“Ceritakan kepada saya tentang Hanuman,” pintanya sewaktu kami bertemu di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.
Saya yang mencadangkan tempat itu apabila dia menelefon semalam dan menyatakan keinginan untuk bertemu.
“Hal penting,” katanya.
Seingat saya, kali terakhir kami bertemu adalah pada tahun 2000; beberapa hari selepas isterinya melahirkan anak sulung. Selepas itu, kami hanya berhubung melalui telefon dan e-mel. Itu pun tidak selalu. Cuma saya pastikan bahawa setiap kali buku baru saya terbit, dia akan menerima satu naskhah buku hadiah ikhlas.
“Versi mana?” Saya terpaksa bertanya kerana sesungguhnya watak Hanuman muncul dalam pelbagai versi di seluruh dunia.
“Tentang inkarnasi dan reinkarnasi.”
Saya tidak tahu mengapa Dr. Balakrishna tiba-tiba begitu berminat terhadap watak Hanuman. Cuma, setahu saya, mendiang Khandan dulu suka akan watak lotong putih berkenaan.
“Dia dipercayai adalah inkarnasi Dewa Shiva. You know, seperti juga makna nama saya: Uthaya Sankar SB – ‘Dewa Shiva yang muncul kembali’. Malah nama saya sama makna dengan nama Hanuman.”
Dr. Balakrishna kelihatan resah. Lalu saya berusaha menjawab pertanyaannya secara terus terang.
“Rudra yang merupakan avatara Dewa Shiva yang kesebelas dikatakan lahir ke bumi sebagai Hanuman untuk membantu Rama membunuh Ravana. Tapi dalam versi saya pula …”
Saya pandang wajahnya kerana bimbang kalau-kalau dia tidak berminat mengetahui perwatakan Hanuman dalam karya-karya parodi yang saya hasilkan.
“Ya?” tanyanya dengan penuh minat tanpa mengendahkan beberapa mahasiswa yang melambai kepada saya dari pintu masuk ke kantin Kompleks Perdana Siswa.
(Salah seorang daripada mahasiswa berkenaan memakai kemeja-T lusuh bertulis “MISI KEPARAT”. Entah dari mana dia mendapat kemeja-T itu yang pernah disebarkan secara sembunyi-sembunyi di kalangan mahasiswa/i pada sekitar tahun 1995.)
“Saya percaya Hanuman adalah anak Rama dan Sita.”
“Lahir sebagai monyet, bukan?” pintas Dr. Balakrishna.
“Lotong sebenarnya. Tapi saya jadikan kera dalam novel Hanuman: Potret Diri.”
“Ya, novel itu! Awak kata dia begitu ingin bertemu ibu bapanya, bukan? Tapi Rama dan Sita tidak mengakuinya anak. Lalu, Tuhan menghukum mereka, bukan?”
Saya angguk; tidak menduga doktor muda ini memang berminat membaca karya sastera. Tidak sia-sia saya kirim buku kepadanya.
(Petikan cerpen yang termuat dalam buku Rudra Avatara)