24 Oct 2020

Hargai Keunikan Orang Asli


Pada Jun 2020, Dr Bahari Belaton dilantik Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Perkara yang membanggakan adalah hakikat bahawa beliau merupakan anak kelahiran suku kaum Semai dari Kampung Orang Asli Tangkai Cermin, Perak.

Dari semasa ke semasa, kita berpeluang membaca berita mengenai kejayaan Orang Asal (Orang Asli) dalam pelbagai bidang. Misalnya, Zumika Azmi dan Sasha Azmi dari suku kaum Temiar mengharumkan nama negara sebagai pemain kriket. Mereka berasal dari Kampung Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.

Orang Asli merupakan khazanah negara yang mungkin kurang diberi perhatian, pengiktirafan, dan pembelaan yang sewajarnya. Sering kali kita membaca pelbagai berita menyedihkan mengenai nasib malang yang menimpa kumpulan ini. Tentu sahaja minoriti yang merupakan “penghuni asal” negara ini perlu dibela dan diberi hak yang sewajarnya.

Mengikut perangkaan tahun 2016, terdapat sekitar 178,200 individu Orang Asli yang mewakili 0.6 peratus penduduk Malaysia. Terdapat 18 suku kaum Orang Asli yang diiktiraf dan tinggal di pelbagai lokasi di Semenjung Malaysia. Taburan penduduk Orang Asli paling ramai di Perak dan Pahang, manakala hampir tiada atau terlalu sedikit di Pulau Pinang dan Perlis.

Istilah yang lazim digunakan ialah “Orang Asli” dan kini istilah “Orang Asal” lebih banyak digunakan. Semasa kempen 1Malaysia masih hangat sekitar sedekad lalu, penduduk berkenaan digelar “Orang Kita”. Seperti diketahui umum, Orang Asli mengamalkan animisme; walaupun ramai juga memeluk agama Kristian dan Islam.

Baca rencana penuh dalam buku Suvarna Bhumi (2022).

[Rencana ini adalah versi asal yang ditulis pada 10 Oktober 2020 dan tersiar dalam ruangan “Bicara Budaya” di Utusan Malaysia pada 17 Oktober 2020. © Uthaya Sankar SB. Baca juga —Kita Makin Renggang  “Mari Kita BercintaUniknya Sastera KitaElakkan FobiaMalaysia Prihatin Satukan Kepelbagaian Melayu Sudah Hilang Jati Diri?Generasi Muda Tidak Lupa OnamKrisis, Bencana Tonjol Sikap KitaSumbangan Penulis Tamil ke Arah PerpaduanChetti Melaka Khazanah Unik NegaraCerita Gadis Dari Estet”]