25 Feb 2009

Festival Kuala Lumpur

Di Sini Semaraknya Seni!
.
Pada pagi 25 Februari 2009, saya mewakili Kavyan untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Festival Kuala Lumpur 2009 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Festival Kuala Lumpur – yang lebih dikenali sebagai “KL Festival” (dalam usaha memartabatkan Bahasa Inggeris?) – kini memasuki tahun keempat. Penganjurannya adalah selaras dengan keputusan Kabinet pada 8 Disember 2004 dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai Hub Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa.

Pada 19 Julai 2008, saya mewakili Kavyan dalam aktiviti “Diskusi Karya Sastera” anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Arkib Negara Malaysia sempena Festival Kuala Lumpur.

Pada tahun ini pula, Kavyan diundang untuk menganjurkan beberapa aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya di sekitar Kuala Lumpur pada 1-31 Julai 2009.

Jangan lupa untuk mendapatkan maklumat mutakhir dari semasa ke semasa di blog ini dan/atau di laman sesawang Kavyan.
.
Program lengkap Festival Kuala Lumpur akan dimuatkan juga di laman rasmi www.klfestival.org.my. Di Sini Semaraknya Seni!