Terpinga-pinga Surpanaka melihat Letchumanen dibawa turun dari rata ajaib oleh abangnya, Ravana.
“Eh! Kenapa dia yang kanda culik?” Tanyanya dengan perasaan ingin tahu yang berbaur dengan rasa kecewa dan terkilan. Jika dibawanya Rama, ada juga faedahnya. Demikian fikir Surpanaka.
“Aku tahu apa yang sedang aku lakukan.” Ravana tertawa. “Sekarang, Rama akan menjadi lemah. Dia tidak akan berupaya menghalangku, apatah lagi menentangku. Kalau dicubanya juga, nescaya dengan mudah sahaja boleh aku tewaskannya. Malah Sita juga boleh menjadi milikku apabila Rama sudah tiada.”
“Tapi kanda ... kenapa tidak kanda culik sahaja Sita?”
“Masakan pula kau sudah lupa, dinda. Kalau aku mencumbui seseorang wanita secara paksa, kepalaku akan pecah.”
(Petikan cerpen yang disiarkan dalam majalah Pelita Bahasa, April 1997)