27 Feb 2009

Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah


நீங்கள், ஒரு கிராமம், ஒரு கதை


இந்த கதை¨Âô படிக்கும்போது நீங்கள் அதிர்ச்சி அ¨¼வீர்கள். நீங்கள் நம்ப மÚப்À£ர்கள். ஆனால் சொல்ல வேண்டியது என் கட¨Á என கருதுகிறேன்.

Anda mungkin terkejut membaca kisah ini. Atau mungkin tidak percaya. Walau apa pun reaksi anda, saya amat perlu mendedahkan kisah ini sekarang. Anda boleh sahaja mempersoalkan hak saya berbuat demikian. Tetapi, percayalah, saya tidak bermaksud hendak menjaga tepi kain orang.

Saya mungkin seperti watak Ratanbabu dalam cerpen “Ratanbabu dan Lelaki Itu” karya Satyajit Ray. Maksud saya, kami sama-sama suka mengembara ke tempat-tempat pelik yang jarang diketahui orang. Begitulah pada tahun lalu, saya terbaca sebuah buku kecil (dan nipis juga) bertajuk Unknown Facts About Little Known Siru Kambam. Anda tentu masih ingat kampung itu; saya pasti. Setelah terbaca buku itulah maka saya berjaya sampai ke Siru Kambam.

Perjalanan ke situ bukannya mudah. Apabila sampai di Stesen Kereta Api Taiping, saya bertanya akan kampung itu kepada beberapa orang di sana. Malangnya mereka tidak kenal. Mereka tidak tahu-menahu tentang Siru Kambam yang terletak di kawasan Taiping sendiri! Pelik juga. Tetapi bagus juga begitu dari satu segi: saya memang mahu melawat suatu tempat yang kurang diketahui orang.

(Petikan cerpen yang menang tempat kedua Hadiah Cerpen Esso-Gapena 1996. Boleh dibaca dalam Rudra Avatara. Akhbar New Straits Times (6 Ogos 1997) melaporkan bahawa “an entry  which would have been originally eligible for for consideration in the category for non-Malays was instead awarded the overall second prize” kerana “according to the organisers, ‘it is of a quality well above those in the non-Malay category’.”)