Sempena sambutan Thaipusam esok [7 Februari 2012], baru-baru ini, saya diundang ke studio TV Selangor untuk berkongsi maklumat asas berkenaan sambutan keagamaan itu bersama khalayak pelbagai kaum dan agama.
Saya menganggap itu sebagai peluang baik untuk memberi penjelasan dan penerangan asas mengenai beberapa persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran berhubung perayaan itu.
Secara umum, kita tahu mengenai upacara sambutan besar-besaran di Kuil Sri Subramania Swamy, Batu Caves. Bagaimanapun, sambutan meriah juga diadakan pada setiap tahun di kuil-kuil yang dikhaskan bagi dewa Murugan di Pulau Pinang, Ipoh, Taiping dan Sungai Petani.
Malah, sebenarnya, Thaipusam disambut di semua kuil dewa berkenaan pada tarikh yang ditentukan mengikut kalendar Hindu.
Ramai yang menganggap sambutan Thaipusam sebagai menandakan tarikh kelahiran Murugan yang juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Subramaniam, Velan, Kanthan, Kumaran dan Saravanan.
Sebenarnya, ada kisah dalam purana mengenai asal-usul sambutan Thaipusam. Menurut cerita, golongan asura yang diketuai Surapadman mula memerangi golongan dewa di kayangan. ... bersambung
(Artikel ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB pada 2 Februari 2012 dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 6 Februari 2012. Makalah penuh boleh dibaca dalam buku Malaiur Manikam. Nota: Jangan terpengaruh dengan gambaran negatif mengenai Thaipusam dalam suatu makalah di majalah Dewan Budaya, Mac 2012. Sebaliknya, rujuk maklumat betul dalam makalah "Keunikan Perayaan Thaipusam" tulisan P. Thiruselvam di majalah Dewan Budaya, Jun 2012. Baca juga: Thaipusam Bukan Lagi Upacara Keagamaan.)