1. Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar anjuran Tadika Epal Emas, Taman Putra, Dengkil dan Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berlangsung di tadika berkenaan pada tengah hari, 28 Februari 2009 (Sabtu).
2. Hadirin terdiri daripada kanak-kanak 4-6 tahun dari beberapa buah tadika, guru tadika serta ibu bapa dan penjaga di sekitar Dengkil dan Banting.
3. Maklumat mengenai taklimat ini turut tersiar dalam akhbar The Star (23 Februari 2009) lalu mendapat sambutan daripada orang luar.
4. Puan Balammah Subramaniam yang merupakan Pengetua Tadika Epal Emas dan penyelaras aktiviti telah memberikan penjelasan menyeluruh kepada para hadirin mengenai objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar. Beliau pernah menghadiri taklimat pada 18 Januari 2009 di SJK (T) Taman Permata, Dengkil.
5. Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB pula memberikan penjelasan lanjut mengenai manfaat menjadi Ahli dan Mentor kelab ini, aktiviti Kavyan dan PNM; serta menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan oleh peserta yang hadir dan berminat menjadi Mentor kelab.
6. Seramai 17 individu mengisi dan menyerahkan borang Mentor manakala 43 individu mengisi dan menyerahkan borang Ahli. Borang-borang ini diserahkan kepada pegawai terbabit di Bahagian Gerakan Literasi Maklumat PNM untuk tindakan lanjut.
7. Cabutan bertuah dibuat menggunakan borang Ahli dan Mentor yang sudah diserahkan. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah buku cerita, buku nota, pensel, dan pemegang kunci PNM.
8. Gegantung (bunting) Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan kepada Puan Balammah untuk dipaparkan di Tadika Epal Emas.
9. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada kanak-kanak dan penduduk, khususnya di sekitar Taman Putra, Dengkil.
10. Foto-foto yang dirakam semasa aktiviti ini boleh dilihat di Facebook. Sila ambil perhatian bahawa hanya individu yang mendaftar sebagai ahli Facebook (percuma) dan menambah uthayasb@yahoo.com.my sebagai ”rakan” boleh mengakses ke ”album foto” yang disediakan.