12 Dec 2020

Pengajaran Polemik “Melayu” 1939


Sejak 1957, sebarang pertikaian dan kekeliruan mengenai definisi “Melayu” boleh diselesaikan secara mudah dengan merujuk Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, tidak salah jika kita cuba meneliti kontroversi dan polemik yang muncul pada 1939. Pada waktu itu, Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka dikenali sebagai Negeri-negeri Selat, manakala Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Selangor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Kontroversi timbul susulan mesyuarat penubuhan Persatuan Melayu Singapura (Singapore Malay Association) pada Jun 1939. Sebelum itu, sudah ada Persatuan Melayu Pulau Pinang sejak 1927. Kesatuan Melayu (Malay Union) pula diasaskan di Singapura pada 1926 bagi menjaga kebajikan masyarakat Melayu.

Dalam ucapannya pada mesyuarat penubuhan Persatuan Melayu Singapura, N. M. Hashim selaku penaung menyatakan persatuan serupa akan diusahakan di Melaka dan Labuan. Pada masa sama, sudah ada cawangan Kesatuan Melayu di Melaka dan Pulau Pinang.

Persatuan Melayu Perak diasaskan pada 1937, manakala persatuan serupa ditubuhkan di Pahang dan Selangor pada 1938. Persatuan Melayu Singapura mendapat kritikan pelbagai pihak apabila ia mengeluarkan kenyataan membidas Kesatuan Melayu yang dituduh tidak bersifat inklusif.

Beberapa individu mula membahaskan topik itu di akhbar The Straits Times dan Malaya Tribune. Pada mulanya, dipersoalkan mengapa perlu ada persatuan baharu sedangkan sudah ada Kesatuan Melayu bagi menjaga kepentingan Melayu.

Apabila polemik ini diteliti, isu sebenar semakin jelas dan nyata. Boleh dibaca sepenuhnya dalam kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022).

[Rencana ini adalah versi asal yang ditulis pada 29 November 2020 dan tersiar dalam ruangan “Bicara Budaya” di Utusan Malaysia pada 5 Disember 2020. © Uthaya Sankar SB]