Pengenalan
Dari semasa
ke semasa, Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)
mengendalikan pelbagai aktiviti untuk mengasah bakat penulisan kreatif dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum – misalnya Bengkel Penulisan Intensif. Pada masa
sama, rata-rata peserta ada idea atau bahan cerita, namun mereka bukanlah
penulis sepenuh masa, sekali gus sering menghadapi masalah memperuntukkan masa
dan tenaga untuk aktiviti penulisan.
Projek Alasan Untuk Tidak Menulis
Projek ini
dirangka khusus bagi sesiapa yang sering ada alasan untuk tidak menulis. Malah,
situasi, kekangan, dan alasan itu boleh diolah menjadi bahan cerpen (cerita
pendek) di mana saya [Uthaya Sankar SB] bertindak sebagai
pembimbing. Tempoh keseluruhan perjalanan projek ini adalah selama dua bulan
dan peserta perlu menyiapkan tugasan mingguan. Pada akhir Projek Alasan Untuk Tidak Menulis, setiap peserta dijangka sudah
menghasilkan sebuah cerpen. Cerpen itu akan disiarkan di portal Sastera Kavyan
(peserta kaum India sahaja) atau disalurkan ke mana-mana media penyiaran yang
sesuai.
Tempoh Projek dan Tarikh
Penyerahan Tugasan
Tempoh perjalanan
Projek Alasan Untuk Tidak Menulis
adalah selama dua bulan, iaitu dari 1 November 2025 hingga 31 Disember 2025. Para
peserta perlu menyerahkan draf penulisan pada setiap hari Sabtu (8, 15, 22, dan
29 November 2025, serta 6, 13, 20, dan 27 Disember 2025), sebelum pukul 10:00
malam [Waktu Kavyan]. Sesi perbincangan
menerusi Google Meet diadakan pada 1
November 2025 (Sabtu), 9:00 malam untuk membantu peserta bertanya apa-apa
soalan dan kemusykilan sebelum memulakan projek penulisan. Sesi Google Meet ini tidak wajib disertai tetapi
wajar disertai.
Siapa Boleh Menjadi Peserta?
Penyertaan
bagi Projek Alasan Untuk Tidak Menulis
terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang mampu berkomunikasi
(bercakap, menulis) menggunakan Bahasa Malaysia. Individu yang selalu
ada macam-macam alasan untuk tidak menulis dialu-alukan menjadi peserta. Individu
yang mahukan motivasi dan bimbingan untuk menulis dipelawa menjadi peserta.
Siapa Menjadi Pembimbing?
Uthaya
Sankar SB menulis secara profesional sejak tahun 1992 serta mengendalikan
bengkel penulisan di seluruh negara dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Tamil
sejak 1994. [biodata penuh]
Berapa Banyak Perlu Menulis?
Pada setiap
minggu, setiap peserta hanya perlu menulis draf sepanjang 50 (minimum)
hingga 100 (maksimum) perkataan.
Pastikan karya adalah asli dan bukan diciplak dari mana-mana. Draf ini perlu
dikirim kepada pembimbing untuk disemak dan diberi bimbingan. Kemudian, peserta
menyambung kerja menulis pada setiap minggu. (Rujuk jadual di bawah) Jika
peserta gagal mengirim draf pada tarikh dan masa yang ditetapkan [Waktu Kavyan], maka secara automatik
dianggap menarik diri dan tidak lagi terlibat dalam Projek Alasan Untuk Tidak Menulis.
Topik Apa Boleh dan Perlu
Ditulis?
Peserta
bebas memilih apa-apa topik atau tema yang diminati. Topik cerita yang paling
mudah adalah mengenai watak (peserta) yang sentiasa mencari alasan untuk tidak
menulis! Bolehlah kembangkan idea pada setiap minggu sehingga menjadi sebuah
cerpen yang lengkap. Pastikan karya adalah asli dan bukan diciplak dari
mana-mana.
Bayaran Ikat Libat
Setiap
peserta dikenakan bayaran ikat libat (commitment fee) sebanyak RM50
(Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja). Bayaran ini tidak dikembalikan jika
peserta menarik diri atau tidak menyertai projek hingga tamat. Bayaran ikat
libat ini juga sebagai motivasi kepada peserta agar terlibat secara aktif
sepanjang tempoh Projek Alasan Untuk
Tidak Menulis.
Cara Mendaftar
Individu
yang berminat menyertai Projek Alasan
Untuk Tidak Menulis perlu menghubungi WhatsApp
011-11411952 untuk mendapatkan
nombor akaun bank bagi bayaran ikat libat. Pendaftaran (berserta bayaran)
ditutup pada 31
Oktober 2025 (10:00 malam).
Jadual Projek Alasan Untuk Tidak Menulis
Peserta
perlu mencari alasan untuk mematuhi jadual yang ditetapkan, seperti di bawah.
Tarikh |
Pembimbing |
Peserta |
31/10/2025 |
Pendaftaran Ditutup (10:00 malam) |
|
1/11/2025 |
Sesi Google
Meet (9:00 malam) |
|
2/11/2025 |
Menghubungi peserta dan memberikan “Tugasan 1” |
Memulakan “Tugasan 1” |
8/11/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 1” sebelum 10:00 malam |
9/11/2025 |
Menyemak “Tugasan 1” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
15/11/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 2” sebelum 10:00 malam |
16/11/2025 |
Menyemak “Tugasan 2” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
22/11/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 3” sebelum 10:00 malam |
23/11/2025 |
Menyemak “Tugasan 3” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
29/11/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 4” sebelum 10:00 malam |
30/11/2025 |
Menyemak “Tugasan 4” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
6/12/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 5” sebelum 10:00 malam |
7/12/2025 |
Menyemak “Tugasan 5” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
13/12/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 6” sebelum 10:00 malam |
14/12/2025 |
Menyemak “Tugasan 6” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
20/12/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 7” sebelum 10:00 malam |
21/12/2025 |
Menyemak “Tugasan 7” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
27/12/2025 |
|
Mengirim “Tugasan 8” sebelum 10:00 malam |
28/12/2025 |
Menyemak “Tugasan 8” dan mengirim komen
membina serta panduan kepada setiap peserta bagi membaiki draf |
Boleh menghubungi pembimbing dari semasa ke
semasa menerusi WhatsApp |
30/12/2025 |
|
Mengirim manuskrip lengkap sebelum 10:00
malam |
31/12/2025 |
Menyemak manuskrip lengkap dan memberi komen
terakhir |
Memutuskan ke mana cerpen mahu dikirim |
Pertanyaan
Jika ada
sebarang pertanyaan untuk mendaftar sebagai peserta Projek Alasan Untuk Tidak Menulis, sila hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2025 (10:00 malam).