Thursday, 31 March 2011

Siapa Perjuangkan Hak SN?

Sejak pertengahan Disember 2010, memang amat nyaring suara-suara sumbang yang kononnya memperjuangkan serta mempertahankan hak dan maruah Sasterawan Negara dalam isu tertentu.


Sejak awal, saya ada bertanya, ke mana perginya segala laungan itu sewaktu sajak “Gagak Parit” karya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) diubah makna sewaktu diterjemahkan menjadi teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Tingkatan Satu (2001-2010).



Tiada jawapan.



Saya tertanya-tanya juga ke mana perginya segala laungan itu sewaktu Haslina Usman, anak kepada Allahyarham Sasterawan Negara Datuk Usman Awang sedang – dan masih – “berjuang” memperkenalkan karya arwah kepada khalayak walaupun menghadapi pelbagai cabaran, halangan dan rintangan.



Juga mengenai pelbagai cabaran, halangan dan rintangan berterusan yang terpaksa dihadapi Pak Samad dan anaknya, Helmy Samad, meneruskan legasi karya-karya agung Pak Samad menerusi Wira Bukit Sdn Bhd.



Ke mana perginya segala macam individu, kumpulan, puak dan pertubuhan yang kononnya memperjuangkan hak, maruah dan martabat tokoh-tokoh yang menerima Anugerah Sastera Negara daripada Yang Dipertuan Agong?



Bagi saya mudah sahaja. Jika individu, kumpulan, puak dan pertubuhan terbabit benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan hak, maruah dan martabat Sasterawan Negara, mereka tentu tidak memilih “kasta” dan “bulu”.



Usah berpura-pura lagi kerana topeng lakonan sudah tertanggal!

Winstedt Denial on ‘Lazy Malays’

London, Fri. – The Malayan historian, Sir Richard Winstedt, today denied that he was author of a section of the Encyclopaedia Britannica which describes the Malay race as “lazy, dishonest and immoral.”


The noted Malay scholar, now 80, wrote to the Daily Telegraph following the paper’s publication of a Singapore report naming him as the man who has been commissioned to revise the offensive passage in the encyclopaedia.



Sir Richard, an ex-Malayan government official said: “The wording is calculated to imply that I am author of the article to be revised, which in fact is old and was not written by me.”



He was referring to a letter from Mr. John V. Dodge, the encyclopaedia’s managing editor, to the Editor-in-Chief of the Berita Harian.



It was after a protest from the Berita Harian that Mr. Dodge, writing from Chicago, promised that the passage would be changed “at our earliest opportunity.”



He added: “Sir Richard Winstedt has accepted our London editor’s request to handle this as an assignment of first priority.”



The Berita Harian has since established that the encyclopaedia’s section on Malay is accredited to two correspondents, one anonymous.



The named author is Sir Hugh Clifford, Governor of the Straits Settlements from 1927 to 1929, who died in England in 1941.



(Straits Times, 3 January 1959)

Wednesday, 30 March 2011

Panchayat: 978-983-40562-6-1

Seperti yang saya catatkan sebelum ini – BACA DI SINI – saya sedang dalam proses awal menerbitkan novel Panchayat dalam bentuk Edisi Khas. Malah, judulnya adalah Panchayat: Edisi Khas.


Saya dan Rajan Raj ke Pusat Kebangsaan ISBN di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada petang 29 Mac 2011 untuk menguruskan ISBN bagi Panchayat: Edisi Khas.


Encik Ishak Awang yang pernah membantu saya dalam memproses ISBN bagi Kathakali (2009) turut tampil membantu memudahkan urusan saya bagi novel ini.


Nombor ISBN bagi novel Panchayat: Edisi Khas adalah 978-983-40562-6-1 dan saya bercadang menerbitkannya pada tahun ini. Apabila terbit nanti, akan diedarkan oleh saya sendiri menerusi Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya sebagai usaha mengurangkan birokrasi dalam pengedaran dan pemasaran.


Saya percaya bahawa novel edisi khas yang “dimurnikan” itu mampu membantu masyarakat pelbagai kaum mengenali budaya masyarakat India di Malaysia secara lebih dekat dan mendalam

Malays Lazy? That’s a Textbook Lie, He Says

A Singapore UMNO branch blames school textbooks for the “erroneous” impression that the Malays are a “lazy race.”


The secretary of the Kampong Loyang UMNO branch, Inche Mohamed Tahir bin Haji Ahmad, has written to the Singapore and Federation Ministers of Education urging them to delete textbook passages referring to the Malay people as “a lazy and indolent race.”



In his letters, Inche Mohamed Tahir said that for many years the suggestion in geography books that the Malays were “lazy” had played in the minds of people, to the detriment and embarrassment of the Malays.



He said the Federal Councilor, Mr. Lee Eng Teh, was not speaking from experience when he referred to the Malays as “lazy” last week. That impression came from books, Inche Mohamed Tahir contended.



(Straits Times, 21 November 1956)

Tuesday, 29 March 2011

Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya

Sukacita dimaklumkan bahawa pada pagi 29 Mac 2011, saya akhirnya sempat meluangkan masa untuk ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menguruskan pendaftaran syarikat/perniagaan saya.


Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya juga dikenali sebagai Uthaya’s Media, Motivation and Publication Consultancy dan terlibat dalam jenis perniagaan berikut:



Khidmat rundingan profesional berkaitan media konvensional dan alternatif; ceramah motivasi dan media; penerbitan dan pengedaran bahan bacaan; serta khidmat rundingan berkaitan bahasa dan penulisan.



Sebagai permulaan, saya berasa bangga kerana berpeluang mengedarkan sejumlah kecil buku-buku Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Saya dan Rajan Raj mendapatkan stok buku-buku berkenaan daripada Saudara Helmy Samad pada petang 29 Mac 2011.



Judul yang ada pada saya sekarang adalah:



Rindu Ibu -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI



Keledang -- RM10.00 (Kulit Tebal) -- Maklumat DI SINI



Cinta Fansuri -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI



Ilham di Tepi Tasik -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI



Dari Salina ke Langit Petang -- RM10.00 (Kulit Nipis) -- Maklumat DI SINI



Bendera di Atas Bukit -- RM10.00 (Kulit Tebal) -- Maklumat DI SINI



Yang Berat Sama Dipikul -- RM10.00 (Kulit Tebal) -- Maklumat DI SINI



Saya juga akan cuba mendapatkan sejumlah kecil buku-buku Sasterawan Negara Datuk Usman Awang daripada Puan Haslina Usman dalam masa terdekat:



Tulang2 Berserakan



Turunnya Sebuah Bendera



Sahabatku



Buku-buku berkenaan akan dijual pada harga diskaun kepada guru dan pelajar semasa program di sekolah. Juga untuk dijual kepada orang ramai yang berminat mendapatkan karya nadir kedua-dua Sasterawan Negara berkenaan; sama ada untuk bacaan sendiri atau sebagai hadiah bernilai tinggi untuk diberi kepada anak-anak, rakan-rakan dan kenalan.



Nantikan maklumat lanjut dalam masa terdekat!

Malay Wants This Book Burned

A call to burn copies of the Oxford Junior Encyclopedia because of “despicable remarks” against the Malay race contained in it, was made in Malacca yesterday by the Secretary-General of the United Malays National Organisation, Inche Zulkifli Hashim.

..

He was speaking at a joint UMNO-MCA tea party in honour of Tengku Abdul Rahman, President of UMNO.


..

Sir Cheng-lock Tan, President of the M.C.A also spoke at the meeting.


..

Inche Zulkifli said that not only every UMNO member but every true Malay should resent the remarks made in the latest copy of the encyclopedia about the Malays.


..

The 12-volume encyclopedia, printed by the Oxford University Press, is on sale in Singapore at $18 a volume.


..

The chapter on the Malays is contained in volume one, which deals with Mankind.


..

References are made to the “backwardness and indolence” of the Malays.


..

Dealing with the Malayan Union, the encyclopedia says:


..

‘Lazy people’


..

“At the beginning of 1946 a new constitution—a United States of malaya—was offered to Malaya; but this has met with considerable opposition.


..

“It is naturally difficult for a people so backward, indolent, and accustomed to the autocratic rule of their sultans to learn the meaning of a more democratic form of government.”


..

The reference which the Malays will most resent calls them “a dishonest and a lazy people with considerable charm.”


..

Although a long list of contributors has been published, there is no indication who the author of the section on Malaya could be.


..

Not a single well known Malayan name appears in the list.


..


(Straits Times, 16 December 1952)

Monday, 28 March 2011

Quotable Quote

Peranan orang Cina dalam pembangunan ekonomi kolonial dikatakan penting malah mereka dianggap ‘penggerak’ atau tulang belakang kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi British di Tanah Melayu. Ini jelas dapat diteliti daripada laporan Francis Light pada 25 Jun 1894 yang melaporkan, “orang Cina merupakan bahagian terpenting penduduk kami, mereka adalah lelaki, perempuan dan kanak-kanak kira-kira 3,000 orang semuanya. Mereka mempunyai kemahiran sebagai tukang kayu, batu dan tukang besi, mereka juga pedagang, pekedai dan petani untuk menggunakan kapal-kapal kecil serta perahu untuk menjelajah negeri-negeri berhampiran.” (V. Purcell, The Chinese in Southeast Asia, 1966: 244)

Masyarakat di Malaysia (PTS: 2003)

Surat terbuka untuk Uthaya Sankar SB

Penulis rasa isu novel lnterlok semakin dibiarkan berlarutan dikhuatiri kelak masyarakat menganggap seperti 'kebudak-budakan'. ..

Sejak awal lagi penulis menekankan bahawa sesiapa yang mahu bercakap mengenai novel lnterlok maka wajib dibaca dan dihayati. Jika tidak dapat dihayati maka membaca hanya sekali tidak memadai. Bacalah dua atau tiga kali ataupun beberapa kali yang disukai.

..

Penulis rasa tidak perlulah berhujah berdasarkan pengalaman sendiri sebagai seorang Guru Bahasa Melayu, Guru Kesusasteraan Melayu, Pemeriksaan Kertas Peperiksaan Kesusasteraan Melayu SPM, penggiat kesusasteraan, penulis kreatif, wartawan sambilan, stringer sebuah akhbar arus perdana terkemuka dan lain-lain.

..

Tidak perlu penulis sebutkan yang 'lain-lain' lagi. Apatah lagi salah seorang ahli panelnya Uthaya Sankar SB dilaporkan oleh wartawan portal berita 'seorang novelis dan penulis cerpen terkenal'. Jikalau begitu, elok dan tahniahlah.

..

Soalnya; jika perbincangan tersebut dibincangkan dari sudut leksikologi , psikosastera dan psikolinguistik maka biarlah dibicarakan dari aspek tersebut. Dan sudah tentulah disiplin pembicara atau ahli-ahli panelnya juga berada dalam lingkungan tersebut.

..

Begitu juga andainya diperhalusi dari aspek sosiolinguistik, semantik, antropologi dan silang budaya maka keahlian dan kepakaran pembicara juga tidak boleh dipertikaikan lagi. Bak kata bidalan Melayu; jika tidak tahu menari, janganlah dikatakan tanah tinggi rendah; jika kail panjang sejengkal, janganlah lautan dalam hendak diduga; usahlah menangguk di air keruh; buang yang keruh, ambil yang jernih.

..

Kepada Uthaya Sankar SB yang penulis rasakan mewakili generasi anak muda pascamerdeka ataupun lebih tepat pasca-Malaysia; Uthaya tentulah mempunyai deria bara yang berkobar-kobar; semarak juang dan idealis memuncak.

..

Namun sebagai individu yang tahu sedikit sebanyak dunia penulisan, kreatif dan kreativiti adalah lebih baik Uthaya bercakap sebagai seorang seniman kreatif.

..

Apabila penulis membaca sebuah laporan daripada akhbar bahawa Uthaya juga salah seorang exco pemuda MIC maka penulis rasa agak kurang seronok dan dirasakan adalah malang jika Uthaya berfikir dan berdiri sebagai seorang exco pemuda MIC yang mana tentulah memakai kaca mata yang berkepentingan politik.

..

[Pembetulan: Sila RUJUK DI SINI]

..

Walaupun ini hanya pendapat peribadi penulis sebagai sahabat dan rakan sesama penulis namun sewaktu pertemuan singkat dengannya sewaktu waktu dahulu penulis ada menyebut, "Jangan anda risau. Sesuatu bangsa atau individu itu akan dihormati dan dikagumi bukan kerana asal usul keturunannya tetapi kerana kejayaannya berjaya meningkatkan martabat diri dengan ilmu pengetahuan”.

..

Tegasnya, bukan kerana perkara-perkara yang remeh-temeh ini.

..

Sebenarnya penulis pun tidak mengenali sangat siapakah Uthaya Sankar SB ini. Maklumlah antara penulis dan beliau kami berbeza generasi.

..

Uthaya sudah pasti generasi pasca 13 Mei 69 yang mana era negara kita ke arah pembangunan dalam serba bidang; baik pendidikan, ekonomi mahupun pembinaan sosial.

..

Kebetulan semasa penulis bertugas di Negara Brunei Darussalam, pada awal pagi sering menonton RTM1 slot laporan dan komentar akhbar-akhbar Malaysia lalu ternampak Uthaya di kaca TV yang pernah bekerja secara kontrak di RTM ketika itu.

..

Sebelum itu lama dahulu pernah penulis terserempak dengan beliau kerana ketika itu beliau satu-satunya anak muda keturunan lndia yang ikuti kuliah sarjana di Jabatan Persuratan Melayu UKM manakala TB ketika itu sudah pun berjaya mendaftarkan diri sebagai mahasiswa PhD di UKM.

..

[Nota: Apa makna “TB”? Sila rujuk catatan asal mamat ini pada 22 Mac 2011 DI SINI untuk mendapatkan jawapannya.]

..

Ditakdirkan dalam kesibukan isu Interlok diperkatakan sana sini pada bulan Februari lalu, kebetulan penulis terserempak Uthaya di Shah Alam. Penulis sedang mencari bahan untuk satu projek penyelidikan manakala Sankar sibuk katanya kini bertugas sebagai wartawan di sebuah penerbitan.

..

[Pembetulan: Penolong Editor di sebuah penerbitan (akhbar).]

..

Penulis seperti biasa, bertegur-sapa terlebih dahulu kerana berpegang kepada bidalan 'ular jika menyusuri akar takkan hilang bisanya'.

..

Oleh kerana komitmen dan hambatan waktu, penulis sekadar bertanya khabar dan berbual ringkas kerana kami saling memahami tanggungjawab masing-masing. Penulis bertanyakan tentang pengajian sarjananya di UKM. Beliau memberitahu pengajiannya tidak tamat, separuh jalan.

..

Penulis bertanyakan juga beliau mendapat ijazah pertama daripada universiti mana dan katanya dari Universiti Malaya dalam bidang pengajian media. Eloklah, ujar penulis jujur.

..

Apa yang penulis mahu nyatakan bahawa pada mulanya penulis menyangkakan mungkin Uthaya memperoleh disiplin linguistik Melayu atau antropologi ataupun dalam disiplin kesusasteraan Melayu seperti Lim Swee Tin sahabat lama penulis. Namun keadaan di sebaliknya. Tetapi tidak kisahlah. Yang penting ada minat, ada latar penglibatan dan ada kesungguhan.

..

Begitulah Uthaya Sankar yang penulis temui secara kebetulan. Kemudian penulis cuba memancing bertanyakan isu Interlok. Tetapi mungkin situasi ketika itu, Uthaya cuba mengelaknya.

..

Penulis faham dan akur. Daripada situ penulis diberitahu olehnya bahawa kebolehannya berwacana dalam Bahasa Melayu kerana latarnya mendapat pendidikan formal di sekolah kebangsaan bukan SJK Tamil dan tinggal di kawasan perkampungan Melayu bukan di estet.

..

[Pembetulan: Sila RUJUK DI SINI]

..

Dengan selamba penulis bergurau bahawa jika begitu penulis lebih mengenali masyarakat lndia di Malaysia daripada beliau. Penulis jelaskan bahawa penulis membesar dan bergaul dengan kehidupan di estet sejak dilahirkan dan membesar dalam kelompok komuniti Melayu, Cina dan lndia.

..

Dalam erti kata lain, penulis sangat masak dengan tingkah ragam dan gaya resam masyarakat lndia ketika itu di estet. Bahkan apa yang ada dalam budaya pemikiran masyarakat lndia di Malaysia ini penulis dapat rasakan.

..

Sebab itu lnterlok yang penulis pernah baca pada tahun 1970, dapat penulis hayati kerana penulis merasakan terlalu hampir dengan kehidupan itu dan tiada masalah apapun jika tidak dipinda apa jua pun.

..

[Hebat: Novel itu hanya terbit pada 1971 tetapi mamat ini sudah membacanya setahun lebih awal.]

..

lni adalah hakikat dan realiti serta bukan penghinaan; dan merupakan silap faham dan prasangka sia-sia.

..

Mungkin Uthaya boleh bertutur bahasa Tamil tidak dinafikan. Namun jika dibandingkan latar kehidupan penulis dengan Uthaya yang berlatarkan masyarakat lndia maka penulis yakin melebihi beliau dari aspek latar walaupun penulis gagal untuk belajar bertutur dan menulis Tamil kerana tidak belajar di SJK Tamil.

..

Sekadar pengalaman membesar dan bekerja sambilan di estet semasa remaja serta pernah mengendalikan kelas tiusyen [sic] Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia untuk pelajar lndia yang mengambil SPM dan SRP (PMR) di estet pada tahun 1975. Ah, di manakah Uthaya ketika itu?

..

Justeru antara dipolitikkan dan disensasikan untuk meraih publisiti berhubung isu Interlok yang belum berkesudahan; terserahlah kepada pembaca dan masyarakat untuk menilainya.

..

Kesimpulannya: Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. lkutlah rentak dan adat, 'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.

...

(Rajiee Hadi, Malaysiakini, 26 Mac 2011)

Beberapa Dokumen Penting

Sejak bermulanya kontroversi berkaitan novel Interlok edisi murid (DBP: 2010), saya berusaha mendapatkan maklumat dan fakta daripada pelbagai sumber untuk menguatkan hujah Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) bahawa novel edisi murid itu wajar – malah wajib – dimurnikan sebelum dibenarkan digunakan di sekolah sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia SPM.

.

Bahan-bahan itu banyak yang saya peroleh, khususnya berkaitan perkara-perkara berkaitan fakta budaya India/Hindu serta perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India/Hindu.


..


Kesemua maklumat dan bahan itu menjadi amat berguna apabila saya kemudian dilantik oleh Menteri Pelajaran untuk menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid.


..


Walaupun saya bersama-sama Dr NS Rajendran dan Encik Krishnabahawan secara khusus lebih tertumpu pada bahagian-bahagian berkaitan watak/kaum India dalam novel berkenaan, saya secara peribadi tetap berusaha mendapatkan maklumat yang ada kaitan dengan bahagian menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan Cina.


..


Saya hanya menerima beberapa “dokumen penting” pada petang 27 Mac 2011 sedangkan keputusan pindaan novel Interlok edisi murid sudah diumumkan Menteri Pelajaran di Parlimen (Dewan Rakyat) pada 23 Mac 2011.


..


Tambahan pula, berlaku sedikit “perubahan pendirian” dalam kalangan beberapa anggota Panel Bebas pada 16 Mac 2011; seperti yang sudah saya laporkan di blog saya sebelum ini.


..


Tentulah saya berasa sedih dan kecewa kerana “nasib” saudara kaum Melayu dan saudara kaum Cina tidak “terbela” dalam isu pemurnian novel Interlok edisi murid.


..


Bagi beberapa “dokumen penting” yang saya peroleh pada 27 Mac 2011, saya sudah muat naik ke blog ini dan dokumen-dokumen berkenaan akan terpapar secara automatik selama beberapa hari bermula esok untuk makluman bersama.

Sunday, 27 March 2011

Panchayat: Edisi Khas

Sejak belakangan ini, ramai juga yang bertanya kepada saya mengenai novel Panchayat (2002). Nampaknya, kini semakin timbul minat masyarakat pelbagai kaum untuk mendalami budaya, permasalahan, pemikiran dan pandangan dunia (worldview) kaum India di Malaysia; khususnya selepas merdeka.
.

Novel berbentuk faksyen itu hanya dicetak dalam jumlah terhad kerana diterbitkan sendiri (baca: duit sendiri). Sebenarnya, manuskrip asal novel itu pada mulanya diluluskan untuk penerbitan oleh sebuah penerbit terkemuka tanah air.

.

Bagaimanapun, penerbit berkenaan tiba-tiba “membatalkan” keputusan itu. Hal ini mungkin (ulang: mungkin) ada kaitan dengan perjuangan saya terhadap hak menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” apabila merujuk kepada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

.

Apa pun, kini, saya bercadang menerbitkan novel Panchayat dalam Edisi Khas dan dalam jumlah terhad. Edisi Khas ini juga akan memuatkan Prakata, Pengantar dan Pendahuluan mengikut format yang digunakan dalam Kathakali (2009).

.

Saya sedang cuba mengumpul dana bagi menampung kos mencetak Panchayat: Edisi Khas dengan harapan dapat menerbitkannya sebelum hujung tahun 2011.

.

Sementara itu, saya juga juga sedang mengumpulkan reaksi daripada orang ramai yang sudah berpeluang membaca novel Panchayat (2002) untuk dimuatkan pada ruangan Pengantar. Pandangan ringkas-padat wajib ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.

..

Sebarang cadangan dan komen membina amat dialu-alukan demi hasrat melahirkan Panchayat: Edisi Khas.

Quotable Quote

..
For (the) Malays to understand the non-Malay situation and vice-versa and for each other to communicate their ideas to their respective community, the media has a critical role to play. It is perhaps the only channel through which a balanced perspective on our ethnic problems and their solutions can grow and develop. One hopes that the media realizes how important its role is in promoting inter-ethnic understanding.
...
Dr Chandra Muzaffar (A Plea for Empathy)

Saturday, 26 March 2011

Statistik Pengunjung Blog

Rajah/foto di atas memaparkan statistik pengunjung blog ini sehingga jam 9:00 malam, 26 Mac 2011. .
..

Sila klik pada foto untuk melihat saiz besar.

.

Terima kasih kepada para pengunjung yang sentiasa ke blog ini untuk mendapatkan maklumat tepat, benar dan sah; khususnya mengenai kontroversi novel Interlok edisi murid.

Taklimat Media: Suatu Penjernihan

Hasil daripada Taklimat Media yang diadakan pada 25 Mac 2011, wakil media khasnya, dan para hadirin amnya, ternyata semakin jelas dan faham mengenai kerja-kerja pemurnian terhadap novel Interlok edisi murid.
.

Tiga laporan di portal berita dalam talian yang sempat saya baca:

.

Kekeliruan Jumlah Pindaan Sebenar Interlok TerjawabFree Malaysia Today (K Pragalath)

.

Interlok: Belum Cukup Murni, Desakan Ditarik Balik BerterusanThe Malaysian Insider (G Manimaran)

.

Isu Interlok Belum Selesai, Panel Kata ‘Belum Puas’Malaysiakini (Jimadie Shah Othman)

.

Saya percaya akhbar-akhbar pada 26 Mac 2011 juga mampu memberikan “versi sebenar” dan “versi lengkap” kepada khalayak selepas wakil media menghadiri taklimat berbentuk penerangan dan penjelasan.

.

Dalam apa keadaan sekali pun, wakil media dan orang ramai boleh merujuk teks rasmi taklimat media itu DI SINI bagi mengelak sebarang kekeliruan, walau sekecil mana.


Friday, 25 March 2011

Taklimat Media di Dewan Soma

Wakil Kaum India dalam Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid mengadakan Taklimat Media di Dewan Soma, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur pada 11:30 pagi, 25 Mac 2011 (Jumaat).
.

Wakil Kaum India yang hadir ialah Encik G Krishnabahawan dan Saudara Uthaya Sankar SB, manakala Dr NS Rajendran tidak dapat hadir kerana berada di India atas urusan lain.

.

Taklimat media ini turut dihadiri wakil parti politik, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat unum yang mahu mendapatkan penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku berikutan pengumuman Menteri Pelajaran di Parlimen (Dewan Rakyat) pada 24 Mac 2011.

.

Krishnabahawan berkata, taklimat ini bertujuan memberi penjelasan kepada wakil media dan orang ramai mengenai kedudukan sebenar dan tidak sama sekali bertujuan menimbulkan masalah atau mencetuskan kontroversi yang berpanjangan.

.

Beliau menceritakan secara ringkas dan padat mengenai tugas Panel Bebas sejak 16 Februari 2011; sehingga ke tarikh 23 Mac 2011 di mana Wakil Kaum India mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pelajaran.

.

Seterusnya, Uthaya menyampaikan taklimat mewakili ketiga-tiga Wakil Kaum India dalam Panel Bebas. Beliau menekankan bahawa mereka bertiga tidak akan bercakap mewakili mana-mana ahli lain dalam Panel Bebas. Sebaliknya, semua yang diperkatakan adalah mewakili mereka bertiga semata-mata.

.

Uthaya juga meminta dan menasihatkan serta meminta kerjasama wakil media dan orang ramai sentiasa merujuk blog www.uthayasb.blogspot.com untuk maklumat tepat dan benar kerana tiada sebarang “pembohongan” dalam blog itu berhubung kontroversi novel Interlok edisi murid.

.

Beliau juga berkata, Wakil Kaum India faham bahawa wakil media sedikit “terkeliru” dengan penerangan Menteri Pelajaran di Parlimen pada 24 mac 2011; sehingga menyebabkan pelbagai kekeliruan dalam apa yang dilaporkan di media.

.

Malah, atas tujuan itulah juga Taklimat Media ini diadakan – supaya wakil media mendapat penjelasan sepenuhnya dan mampu melaporkan berita yang tepat kepada masyarakat.

.

Uthaya memaparkan (pada skrin) keratan beberapa akhbar pelbagai bahasa keluaran 25 Mac 2011. Ternyata berlaku “percanggahan” dari segi apa yang dilaporkan. Katanya, bukan salah wakil media kerana mereka hanya melaporkan maklumat yang diterima.

.

Beliau turut mengingatkan bahawa apa yang diadakan adalah “taklimat” dan berharap hadirin mendengar dengan teliti. Sesi soal jawab hanya akan diadakan selepas taklimat selesai.

.

Uthaya menjelaskan laporan Bernama [BACA DI SINI] bahawa hanya 19 perkara menyentuh sensitiviti kaum India. Katanya, memang benar.

.

Mengenai soal “100 pindaan” atau “106” pindaan [BACA DI SINI] Uthaya menjelaskan bahawa 6 pindaan adalah secara khusus berkaitan usaha memulihkan serta mengangkat maruah dan martabat Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) yang tercalar sejak tercetusnya kontroversi pada 15 Disember 2010.

.

Uthaya mewakili ketiga-tiga Wakil Kaum India juga menjelaskan secara terperinci mengenai kekeliruan antara “106 pindaan” dan “19 pindaan”. Beliau menjelaskan bahawa “87 pindaan” adalah berkaitan maruah Pak Lah, kesilapan bahasa dan kesalahan fakta. Menteri Pelajaran sudah memberi jaminan semasa perjumpaan di Aras 3, Menara Parlimen pada 23 Mac 2011 bahawa kesemua “87 pindaan” itu tidak perlu dibahaskan lagi; sebaliknya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku penerbit novel berkenaan sudah diminta melakukan pembetulan.

.

Bagi baki “19 pindaan” pula, ia dilihat bukan kesalahan fakta dan dibincangkan dalam pertemuan pada 23 Mac 2011 di Menara Parlimen. Wakil Kaum India serta Presiden MIC dan Timbalan Presiden MIC bertegas dan “satu suara” memberi penjelasan lengkap mengapa “19 pindaan” itu juga wajib dilakukan kerana ia tetap menyentuh sensitiviti kaum India.

.

Maka, 87 pindaan + 19 pindaan = 106 pindaan; seperti diminta Wakil Kaum India (mewakili kaum India) serta diperakukan Panel Bebas secara konsensus pada 4 Mac 2011.

.

Uthaya turut menjelaskan bagaimana “pindaan” akan dilakukan dan wakil media boleh merujuk blog untuk huraian lengkap dan menyeluruh mengenainya.

.

Pendirian Wakil Kaum India sejak dilantik ke dalam Panel Bebas adalah tetap dan tidak berubah; iaitu jika segala pindaan yang diperakukan tidak dilakukan sepenuhnya, maka buku itu perlu dikeluarkan daripada dijadikan teks Komsas.

.

Malah, hingga kini, pendirian Wakil Kaum India adalah sama. Malangnya, seperti diketahui umum, pada 16 Mac 2011, pihak tertentu sudah bersetuju untuk “menarik balik” senarai yang mereka kemukakan dan ada kaitan dengan sensitiviti kaum Melayu dan kaum Cina. Maka, Wakil Kaum India tidak dapat “bertegas mempertahankan” saranan pindaan itu – kerana sudah ditarik balik oleh pihak yang mengemukakan “cadangan” itu.

.

Uthaya turut menjelaskan mengenai Terma Rujukan yang digunakan Panel Bebas sepanjang melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Menteri Pelajaran. Begitu juga dengan Cadangan Pindaan yang diperakukan Panel Bebas secara konsensus pada 4 Mac 2011.

.

Seterusnya, Uthaya merujuk kepada bahan Noli Me Tangere, Jangan Sentuh Pak Lah, Abdullah Tidak Bersalah dan Panel Tiada Prasangka Terhadap Abdullah serta Siapa Perjuangkan Maruah Pak Lah? untuk menjelaskan bahawa Wakil Kaum India (serta Kumpulan Sasterawan Kavyan dan Uthaya sendiri) sejak awal berjuang mempertahankan maruah Pak Lah. Malah, enam perkara pertama dalam senarai pindaan dikemukakan Wakil Kaum India adalah berkaitan Pak Lah.

.

Senarai lengkap Saranan Pemurnian turut diedarkan kepada wakil media dan para hadirin untuk memudahkan mereka membuat rujukan dan pengesahan bahawa Wakil Kaum India sudah 100% melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan oleh Menteri Pelajaran yang melantik mereka ke dalam Panel Bebas.

.

Mengenai anggota lain dalam Panel Bebas serta pendirian dan reaksi mereka, Uthaya menegaskan bahawa Wakil Kaum India tidak akan dan tidak berhak mengeluarkan sebarang komen. Wakil media dan orang ramai wajar/perlu/boleh menghubungi mereka secara langsung untuk mendapatkan sebarang komen; jika mahu.

.

Uthaya yang memberi taklimat mewakili ketiga-tiga Wakil Kaum India berkata, mereka berharap “masalah” berhubung isu-isu menyentuh sensitiviti kaum India dalam novel Interlok edisi murid sudah selesai dan tidak perlu dipolemikkan atau dipolitikkan lagi.

.

Bagaimanapun, secara peribadi – sebagai seorang sasterawan dan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) – BUKAN MEWAKILI PANEL BEBAS – Uthaya melahirkan “rasa sedih” kerana “bahagian yang menyentuh sensitiviti saudara kaum Melayu dan saudara kaum Cina tidak dapat dipinda” berikutan “pihak tertentu memutuskan untuk menarik balik saranan pindaan yang mereka sendiri kemukakan” atas alasan tersendiri.

.

Kata Uthaya, mujurlah enam perkara berkaitan “maruah” dan “martabat” Pak Lah terkandung dalam senarai dikemukakan Wakil Kaum India; maka mampu dipertahankan oleh mereka bertiga hingga akhir!

.

Selesai taklimat, Krishnabahawan menyampaikan BERITA TERKINI yang diterima daripada sumber rasmi, iaitu bahawa Menteri Pelajaran bersetuju pada pagi ini (25 Mac 2011) agar novel Interlok edisi murid akan dicetak semula dengan segala pindaan (106 pindaan) dilakukan. Malah, Wakil Kaum India akan meneliti draf akhir sebelum buku “edisi dimurnikan” itu dicetak.

.

Selesai Taklimat Media, berlangsung pula sidang media yang turut disertai beberapa individu lain bagi menjawab pertanyaan dan persoalan yang dikemukakan wakil media, wakil NGO dan orang ramai.

.

Semoga taklimat pada 25 Mac 2011 menjawab segala persoalan dan merungkai segala kekeliruan yang timbul. Taklimat ini juga selaras permintaan Menteri Pelajaran kepada Wakil Kaum India supaya memberi penjelasan kepada masyarakat.

.

Sekali lagi, untuk segala maklumat yang sahih daripada pihak Wakil Kaum India, sila rujuk blog www.uthayasb.blogspot.com supaya tidak “tersilap” melaporkan berita yang “kurang tepat” dan “mengelirukan” masyarakat.

Interlok: Taklimat Media & Masyarakat

Encik G Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB akan mengadakan taklimat berbentuk penerangan mengenai isu novel Interlok edisi murid bagi memberi penjelasan kepada wakil media dan masyarakat pelbagai kaum mengenai pelbagai perkara yang mungkin masih menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat.
..

Tarikh: 25 Mac 2011 (Jumaat)


Masa: 11:00 pagi


Tempat: Dewan Soma, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur

..

Taklimat berbentuk penjelasan dan penerangan ini diadakan susulan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pelajaran pada 24 Mac 2011 bahawa isu Interlok edisi murid sudah selesai.

..

Krishnabahawan dan Uthaya adalah Wakil Kaum India yang dilantik menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid. Seorang lagi, Dr N S Rajendran tidak dapat hadir sama kerana berlepas ke India pada pagi 25 Mac 2011 atas urusan rasmi (mengajar).

..

Pada bahagian awal, Krishnabahawan dan Uthaya akan memberikan taklimat (briefing) untuk didengar. Kemudian, baru sesi soalan daripada wakil media dan orang ramai.

.

Sesi taklimat ini bukan bertujuan memanjangkan kontroversi; sebaliknya merungkai isu serta memberi penjelasan (khususnya kepada wakil media) ke arah mencari penjernihan.

Thursday, 24 March 2011

Quotable Quote

..
Jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Bangsa Malaysia menerusi e-mel. Maka, kejayaan ini adalah kejayaan semua.
.

Ikhlas daripada,

.

Dr NS Rajendran

G Krishnabahawan

Uthaya Sankar SB

Hanya 19 Perkara Sentuh Sensitiviti Kaum India

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2011 (Bernama) – Kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.
.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok [Uthaya: bukan berkaitan menyentuh sensitiviti kaum India; sebaliknya berkaitan kesilapan bahasa dan kesalahan fakta] termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan “tali” dipinda kepada “taali”.

.

“Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya.

.

“Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai," katanya.

.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) bersama empat lagi pertanyaan Ahli Parlimen lain pada persidangan Dewan Rakyat berhubung kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara yang menjadi teks Komponen Sastera (Komsas).

.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh perkara dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan “errata” di dalam novel terbabit serta membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India.

.

Katanya, enam perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis sekali lagi telah bersetuju untuk meminda perkata “tuhan” kepada “dewa” dan menggugurkan frasa “orang berkulit hitam” daripada novel itu.

.

“Oleh yang demikian, kesemua ahli panel termasuk wakil masyarakat India telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang,” katanya.

.

Selain itu, katanya, kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

.

“Alhamdulillah, dengan persetujuan yang dicapai oleh Panel Bebas dan perakuan yang dikemukakan kepada kerajaan, isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Ini adalah satu testimoni yang amat nyata bahawa di negara kita tidak ada satu isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja perundingan.

.

“Dengan semangat musyawarah dan muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima, kita telah buktikan bahawa serumit manapun kemelut yang kita hadapi, kita dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.

.

“Episod Interlok ini menjadi bukti kepada kita betapa semangat perpaduan, penerimaan dan hormat menghormati antara kaum selaras dengan Gagasan 1Malaysia terus subur di negara kita,” katanya.

.

Muhyiddin berkata, Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang.

.

Katanya, melalui adunan realiti dan imaginasi, novel itu cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.

..

Nota: Sila maklum bahawa TIADA percanggahan antara kenyataan Wakil Kaum India [BACA DI SINI] dengan apa yang dimaksudkan oleh Menteri Pelajaran. Sentiasa merujuk www.uthayasb.blogspot.com untuk maklumat sebenar.

Quotable Quote


I just hope all the amendments would be made fully as agreed so the issue can be solved once and for all, as the Education Minister himself sincerely hopes.
...

Uthaya Sankar SB

President of Kavyan

100 Pindaan atau Lebih?

Wakil media yang dihormati. Nampaknya timbul persoalan baru mengenai jumlah pindaan yang dipersetujui akan dilakukan pada novel Interlok edisi murid (2010). Penjelasan ini adalah susulan daripada kenyataan rasmi pada 24 Mac 2011, 11:30 pagi.
.

[Jika wakil media ada sebarang pertanyaan, sila hantar melalui e-mel ke uthayasb@yahoo.com.my dan akan dijawab di blog ini sebagai jawapan rasmi dan sah. Pertanyaan menerusi SMS dan panggilan telefon mungkin tidak dapat dilayan.]

.

Senarai yang dikemukakan oleh Wakil Kaum India dalam Panel Bebas berjumlah 106. Seperti yang dinyatakan sejak awal, saranan pindaan ini meliputi aspek kesilapan Bahasa Malaysia, kesalahan fakta berkaitan kaum India/Hindu dan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India/Hindu.

.

[Nota: Jika mahu tahu senarai perkara yang menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan Cina, sila rujuk pihak berkenaan kerana ketiga-tiga wakil kaum India “bertugas” menyenaraikan mewakili kaum India. Kami bertiga tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan mewakili mana-mana pihak lain.]

.

Daripada 106 saranan pindaan itu, enam daripadanya secara khusus disenaraikan dalam usaha Wakil Kaum India memulihkan serta mengangkat martabat dan maruah Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang sedikit sebanyak tercalar berikutan kontroversi berhubung novel Interlok edisi murid sejak 15 Disember 2010.

.

Misalnya, Wakil Kaum India menuntut supaya “Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain” dicetak pada kulit depan novel Interlok edisi murid.

.

Selain itu, perlu dinyatakan pada halaman hak cipta bahawa novel asal terbit pada tahun 1971 serta hak cipta karya perlu kekal pada penulis; iaitu © Abdullah Hussain 2010.

.

Cadangan lain Wakil Kaum India supaya dinyatakan juga di halaman hak cipta bahawa “Novel Interlok edisi murid ini adalah edisi yang disunting daripada edisi pelajar (2005). Novel Interlok menang hadiah penghargaan dalam Peraduan Mengarang Sempena 10 Tahun Merdeka”.

.

Wakil Kaum India turut mencadangkan supaya novel Interlok edisi yang “dimurnikan” nanti dimasukkan bahagian Prakata: “Boleh dipetik daripada Prakata dalam novel Interlok (DBP: 2003) kerana mengandung pelbagai maklumat yang mampu mengangkat martabat dan maruah novel ini dan pengarang”.

.

Juga dicadangkan Wakil Kaum India adalah supaya Biodata dikemas kini atas alasan “Aneh kerana biodata dalam edisi murid (2010) langsung tidak menyebut bahawa novel Interlok pernah menang hadiah pada tahun 1967”.

.

Atas dasar “tolak-ansur” dan “toleransi” maka Wakil Kaum India membenarkan satu daripada 106 saranan pindaan itu dibatalkan daripada senarai. Maknanya tinggal 105 sahaja.

.

Senarai 105 saranan pindaan yang dikemukakan oleh Wakil Kaum India dibahagikan kepada beberapa bahagian; misalnya “kesilapan bahasa”, “kesalahan fakta” dan “menyentuh sensitiviti”. Tentulah ada “kesilapan” yang berulang – misalnya “papa” di beberapa tempat dan “kasta” di beberapa tempat. Pindaan juga dibahagikan kepada beberapa kategori [RUJUK DI SINI].

.

Semoga penjelasan ini menyelesaikan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan wakil media.

..

Bagi pertanyaan “Siapa perjuangkan maruah Pak Lah?” ... Maaf, saya tidak mahu terlibat dalam sebarang kontroversi yang berlarutan! Ahimsa.