Encik G Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB akan mengadakan taklimat berbentuk penerangan mengenai isu novel Interlok edisi murid bagi memberi penjelasan kepada wakil media dan masyarakat pelbagai kaum mengenai pelbagai perkara yang mungkin masih menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat.
..
Tarikh: 25 Mac 2011 (Jumaat)
Masa: 11:00 pagi
Tempat: Dewan Soma, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur
..
Taklimat berbentuk penjelasan dan penerangan ini diadakan susulan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pelajaran pada 24 Mac 2011 bahawa isu Interlok edisi murid sudah selesai.
..
Krishnabahawan dan Uthaya adalah Wakil Kaum India yang dilantik menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid. Seorang lagi, Dr N S Rajendran tidak dapat hadir sama kerana berlepas ke India pada pagi 25 Mac 2011 atas urusan rasmi (mengajar).
..
Pada bahagian awal, Krishnabahawan dan Uthaya akan memberikan taklimat (briefing) untuk didengar. Kemudian, baru sesi soalan daripada wakil media dan orang ramai.
.
Sesi taklimat ini bukan bertujuan memanjangkan kontroversi; sebaliknya merungkai isu serta memberi penjelasan (khususnya kepada wakil media) ke arah mencari penjernihan.