Bahan-bahan itu banyak yang saya peroleh, khususnya berkaitan perkara-perkara berkaitan fakta budaya India/Hindu serta perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India/Hindu.
..
Kesemua maklumat dan bahan itu menjadi amat berguna apabila saya kemudian dilantik oleh Menteri Pelajaran untuk menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid.
..
Walaupun saya bersama-sama Dr NS Rajendran dan Encik Krishnabahawan secara khusus lebih tertumpu pada bahagian-bahagian berkaitan watak/kaum India dalam novel berkenaan, saya secara peribadi tetap berusaha mendapatkan maklumat yang ada kaitan dengan bahagian menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan Cina.
..
Saya hanya menerima beberapa “dokumen penting” pada petang 27 Mac 2011 sedangkan keputusan pindaan novel Interlok edisi murid sudah diumumkan Menteri Pelajaran di Parlimen (Dewan Rakyat) pada 23 Mac 2011.
..
Tambahan pula, berlaku sedikit “perubahan pendirian” dalam kalangan beberapa anggota Panel Bebas pada 16 Mac 2011; seperti yang sudah saya laporkan di blog saya sebelum ini.
..
Tentulah saya berasa sedih dan kecewa kerana “nasib” saudara kaum Melayu dan saudara kaum Cina tidak “terbela” dalam isu pemurnian novel Interlok edisi murid.
..
Bagi beberapa “dokumen penting” yang saya peroleh pada 27 Mac 2011, saya sudah muat naik ke blog ini dan dokumen-dokumen berkenaan akan terpapar secara automatik selama beberapa hari bermula esok untuk makluman bersama.