Monday, 28 March 2011

Quotable Quote

Peranan orang Cina dalam pembangunan ekonomi kolonial dikatakan penting malah mereka dianggap ‘penggerak’ atau tulang belakang kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi British di Tanah Melayu. Ini jelas dapat diteliti daripada laporan Francis Light pada 25 Jun 1894 yang melaporkan, “orang Cina merupakan bahagian terpenting penduduk kami, mereka adalah lelaki, perempuan dan kanak-kanak kira-kira 3,000 orang semuanya. Mereka mempunyai kemahiran sebagai tukang kayu, batu dan tukang besi, mereka juga pedagang, pekedai dan petani untuk menggunakan kapal-kapal kecil serta perahu untuk menjelajah negeri-negeri berhampiran.” (V. Purcell, The Chinese in Southeast Asia, 1966: 244)

Masyarakat di Malaysia (PTS: 2003)