1.Sejak “berundur” daripada Panel Bebas pada 16 Mac 2011 – RUJUK DI SINI – kami bertiga tidak menghadiri apa-apa mesyuarat “Panel Bebas” berkaitan walaupun satu mesyuarat seumpama itu diadakan di Menara DBP pada pagi 23 Mac 2011.
.2.Pada jam 12:00 tengah hari, 23 Mac 2011, kami bertiga memenuhi undangan ke perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran) di Aras 3, Menara Parlimen. Perjumpaan itu turut dihadiri Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan timbalannya, Datuk Dr S Subramaniam, serta (pemerhati) Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ravin Ponniah. Beberapa individu lain turut hadir. Pendirian tegas dan “satu suara” jelas antara kami berlima iaitu tiga wakil kaum India dan dua pemimpin MIC. Permintaan dan pendirian kami adalah tetap sama.
.3.Pada akhir perjumpaan itu, Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kesemua 105 pindaan (kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan perkara menyentuh sensitiviti kaum India) seperti dikemukakan wakil kaum India dan diperakukan Panel Bebas secara konsensus pada 4 Mac 2011 akan dilaksanakan. Pindaan itu akan dilakukan dalam tiga bentuk, iaitu gugur/ganti frasa/perkataan yang salah/silap; errata iaitu senarai pembetulan fakta dan kesilapan suntingan; dan glosari sedia ada ditambah bagi memperjelaskan beberapa huraian dan konsep.
.
Ringkasnya, kami bertiga tidak pernah berundur daripada keputusan dan pegangan kami.