23 Mar 2011

Khabar Angin!

Wakil media yang dihormati, terima kasih kerana anda sekalian terus berpegang teguh pada etika kewartawanan dengan tidak menulis, menerbitkan atau menyiarkan sebarang berita berdasarkan maklumat yang tidak disahkan atau berdasarkan sumber yang meragukan.
.

Sila maklum bahawa Dr NS Rajendran, Encik G Krishnabahawan dan saya (Uthaya Sankar SB) tetap dengan pendirian kami seperti yang dinyatakan dalam kenyataan bersama pada 22 Mac 2011, jam 8:00 pagi; dan kenyataan itu boleh DIBACA DI SINI.

.

Jangan percaya pada sebarang khabar angin, misalnya, kononnya kami bertiga “dilihat” sedang menghadiri suatu “Mesyuarat Panel Bebas” pada pagi ini (23 Mac 2011) di DBP.

.

Terima kasih kepada wakil media yang menghubungi saya sebentar tadi untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara itu. Sila layari blog ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat mewakili kami bertiga berhubung isu ini.

.

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kerana anda berpegang teguh pada etika kewartawanan.