22 Mar 2011

Tugas Panel Bebas Sudah Selesai

Berikut kenyataan bersama Dr N. S. Rajendran, G. Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB pada jam 8:00 pagi, 22 Mac 2011: .
...

1. Pada 4 Mac 2011, Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid Karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain sudah menyelesaikan sepenuhnya tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Menteri Pelajaran mengikut terma rujukan yang ditetapkan. (Rujuk catatan DI SINI.)

.

2. Pada 4 Mac 2011, Panel Bebas memperakukan secara konsensus segala cadangan pindaan novel Interlok edisi murid (DBP: 2010). (Boleh dirujuk DI SINI.)

.

3. Pada jam 12:00 tengah hari, 4 Mac 2011, selepas tugas Panel Bebas selesai sepenuhnya, Pengerusi Panel Bebas, Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin mengisytiharkan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid Karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain sudah “tamat tugas” secara rasmi. (Rujuk juga pengesahan Datuk Shamsul Amri DI SINI dan pengesahan seorang “ahli panel yang enggan namanya didedahkan” DI SINI.)

.

4. Laporan mengandungi kesemua cadangan pindaan yang diperakukan secara konsensus itu diserahkan oleh Pengerusi Panel Bebas, Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin kepada Menteri Pelajaran. (Rujuk pengesahan Menteri Pelajaran bahawa beliau sudah menerima dan membaca semua cadangan yang dikemukakan DI SINI.)

.

5. Kini, terserah kepada Menteri Pelajaran dan Kabinet untuk membuat keputusan berdasarkan cadangan pindaan yang diperakukan secara konsensus pada 4 Mac 2011 oleh Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid Karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

.

Sekian. Terima kasih.