20 Jan 2026

Penyumbang Modal Sosial dan Projek Swaterbit Buku

Dalam bidang sosiologi dan sains sosial, modal sosial (atau social capital) merujuk kepada sumber yang wujud dalam rangkaian hubungan sosial, nilai-nilai bersama, kadar kepercayaan, dan norma-norma kerjasama yang memudahkan tindakan bersama dan pencapaian manfaat bersama dalam komuniti atau organisasi.

Istilah ini dibincangkan secara meluas oleh sarjana seperti Robert Putnam (1995), James Coleman (1988), dan Pierre Bourdieu (1986) yang melihat modal sosial sebagai ciri organisasi sosial seperti rangkaian, kepercayaan, dan norma-norma timbal balik yang memudahkan koordinasi dan kerjasama demi manfaat bersama.


Secara ringkas, modal sosial bukan sekadar hubungan peribadi tetapi sumber strategik yang mampu memupuk rangkaian sosial yang kuat, kepercayaan bersama, dan norma baharu di mana individu dan kumpulan bekerjasama secara efektif.


Kerjasama ini melibatkan tiga dimensi penting: bonding social capital (hubungan rapat antara individu yang homogen), bridging social capital (hubungan merentas kelompok yang berbeza), dan linking social capital (hubungan yang melibatkan pelbagai lapisan sosial dan institusi).


Dalam konteks teori modal sosial, tentu sahaja modal ini berfungsi sebagai “sumber kolektif” yang memberi manfaat bukan hanya kepada individu yang terlibat tetapi juga kepada kumpulan dan masyarakat terbabit secara keseluruhan. Hal ini demikian kerana konsep modal sosial berupaya memperkasa kerjasama, mempercepatkan perkongsian maklumat, dan mengurangkan kos transaksi antara pihak terlibat.

Konsep modal sosial bukan terbatas kepada hubungan sosial dalam komuniti sahaja. Sebaliknya, terbukti boleh juga diaplikasikan dalam konteks ekonomi kreatif seperti penerbitan buku secara swaterbit (self-publish).

Peralihan kepada sumbangan modal sosial atau sumbangan komuniti kini menjadi realiti baharu, di mana hubungan sosial dan kepercayaan menjadi elemen utama untuk menjayakan projek buku tanpa bergantung sepenuhnya kepada modal kewangan tradisional.

Model ini tidak hanya melibatkan sumbangan dana daripada orang ramai seperti dalam aktiviti crowdfunding konvensional, sebaliknya melibatkan sekali para penyumbang sebagai “rakan kongsi” dalam proses penerbitan — memberi mereka rasa kepunyaan, pengiktirafan, dan hubungan emosi terhadap projek tersebut.

Salah seorang penulis Malaysia yang secara nyata menggunakan konsep social capital dalam menerbitkan karya ialah Uthaya Sankar SB, seorang penulis dan penerbit yang terkenal dalam sastera Bahasa Malaysia, khususnya yang mengetengahkan pengalaman dan identiti komuniti India di Malaysia. Uthaya telah menerbitkan lebih daripada 30 judul buku sepanjang kerjayanya sejak 1994 – rujuk biodata.

Berbeza dengan penerbitan tradisional yang bergantung kepada penerbit dan agensi kewangan, Uthaya menggunakan konsep sumbangan modal sosial sebagai enjin utama untuk menerbitkan buku-buku melalui sumbangan awal, tempahan awal berbayar (paid pre-order), dan sokongan komuniti yang luas.

Apa yang berlaku ialah Uthaya menggalakkan rakan-rakan penulis, peminat karya sastera, rakan-rakan, komuniti pembaca, dan orang ramai menjadi penyumbang modal sosial — iaitu individu yang menyokong projek buku tersebut bukan semata-mata sebagai pembeli tetapi sebagai “rakan kongsi” dalam kejayaan projek penerbitan dari peringkat awal.

Contoh terkini model ini boleh dilihat pada projek “Kumpulan Cerpen 2026” (judul sementara) di mana senarai penyumbang modal sosial mula dikumpul sejak awal Januari 2026. Sumbangan diterima daripada individu pelbagai latar belakang yang sudi menjadi sebahagian tenaga yang menggerakkan kejayaan projek penerbitan buku berkenaan.

Senarai nama penyumbang modal sosial dicetak dalam buku selain didokumentasi di blog – [rujuk di sini]. Langkah ini yang dimulakan oleh Uthaya membuktikan para penyumbang modal sosial diiktiraf sebagai sebahagian daripada projek — bukan sekadar penyumbang dana.

Sesungguhnya, pendekatan modal sosial membuka ruang bagi penulis untuk melibatkan pembaca dan penyumbang sebagai rakan kongsi kreatif, bukan sekadar pembeli pasif. Penyumbang modal sosial merasa dihargai kerana nama mereka diabadikan dalam buku; bukti mereka turut memainkan peranan dalam menjayakan proses penerbitan — walaupun bukan seorang penulis. Apa yang dilakukan oleh Uthaya ialah membentuk sebuah komuniti kreatif yang berkongsi aspirasi bersama.

Dengan adanya sokongan komuniti dalam bentuk modal sosial, penerbitan buku dapat dijayakan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pinjaman bank atau dana penerbitan konvensional. Modal sosial menyediakan jalan pembiayaan bottom-up di mana hubungan sosial menjana keyakinan dan komitmen untuk menampung kos penerbitan awal.

Apa yang lebih penting, tidak timbul keperluan untuk Uthaya bergantung kepada politikus (seperti lazim dilakukan penulis kaum India, khasnya penulis Tamil) atau organisasi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menafikan hak umat Bukan Islam menggunakan istilah “Tuhan” dalam penulisan.

Selain daripada itu, projek penerbitan buku yang dibiayai melalui sumbangan modal sosial memperkukuhkan kepercayaan antara penulis dan komuniti. Penyumbang bukan sekadar menyokong dri sudut kewangan, tetapi turut mempercayai kandungan dan nilai karya yang bakal diterbitkan. Situasi ini memperluas hubungan sosial antara penulis dan komuniti serta meningkatkan hubungan emosi terhadap karya terbabit.

Salah satu manfaat yang jelas dilihat dalam projek penerbitan buku oleh Uthaya ialah pengiktirafan sosial kepada para penyumbang — nama para penyumbang modal sosial didokumentasi dalam buku dan di blog, sekali gus memberi rasa penghargaan atas sokongan yang diberikan. Langkah ini juga meningkatkan reputasi penyumbang dalam kalangan komuniti pembaca yang lebih luas; selagi buku terbabit masih beredar dalam kalangan masyarakat dan tersimpan di perpustakaan.

Ternyata konsep modal sosial bukan sekadar istilah akademik, sebaliknya sumber nyata yang dimanfaatkan oleh penulis seperti Uthaya dalam proses penerbitan buku secara swaterbit. Melalui hubungan sosial yang kuat serta rasa kepercayaan dan komitmen bersama, sumbangan modal sosial membolehkan projek kreatif seperti buku diterbitkan secara kolektif dan berdaya tahan.

Pendekatan yang digunakan oleh Uthaya sejak 2012 menunjukkan bahawa social capital dapat menjadi model yang berkesan untuk menerbitkan karya sastera tanpa bergantung semata-mata pada sistem kewangan tradisional.

Penerbitan buku melalui modal sosial bukan hanya membuka laluan pembiayaan alternatif, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara penulis dan komuniti — memberi manfaat bukan hanya kepada penulis, tetapi juga kepada penyumbang, pembaca, dan lanskap sastera tanah secara keseluruhan.

Projek swaterbit yang sedang diusahakan oleh Uthaya ialah “Kumpulan Cerpen 2026” (judul sementara) dan sumbangan modal sosial daripada orang ramai dialu-alukan.

18 Jan 2026

Bimbingan Peribadi dalam Penulisan

Berbekalkan pengalaman dalam bidang penulisan sejak tahun 1991, serta pengalaman mengendalikan bengkel penulisan sejak tahun 1994, saya [Uthaya Sankar SB] menawarkan Bimbingan Peribadi dalam Penulisan secara profesional (berbayar).

Sesi ini untuk individu yang benar-benar mahu menghasilkan karya bermutu dalam masa terhad—khasnya pada hujung minggu. Tempoh (masa) sesi bergantung kepada pilihan dan kemampuan peserta—empat jam, separuh hari, satu hari, dua hari.


Tempoh Sesi

Bayaran Bimbingan

Empat (4) jam

RM150

Sembilan (9) jam [1 hari]

(termasuk 1 jam rehat/makan)

RM300

Tujuh belas (17 jam) jam [2 hari]

(termasuk 2 jam rehat/makan)

(tidak termasuk kos penginapan)

RM600

Dua puluh satu (21) jam [2 hari]

(termasuk 3 jam rehat/makan)

(tidak termasuk kos penginapan)

RM700

 

Sesi dikendalikan secara bersemuka di tempat pilihan peserta. Jika melibatkan bayaran/sewa/penginapan, peserta menanggung kos itu, sebagai tambahan kepada bayaran bimbingan. Sesi juga boleh dikendalikan di rumah peserta, jika sesuai dan kondusif. Jangan memilih restoran atau kafe yang bising dan sesak. 

Bayaran perjalanan (dua hala) dikenakan jika lokasi melibatkan perjalanan lebih daripada 50 kilometer dari Taman Sri Muda, Shah Alam. Saya akan menanggung kos makan minum sendiri, manakala peserta menanggung kos makan minum sendiri. Kos makan minum tidak termasuk dalam bayaran bimbingan.

Minimum 50% bayaran bimbingan perlu diselesaikan semasa mengesahkan pendaftaran. Baki bayaran (berserta kos perjalanan dan penginapan, jika berkenaan) perlu diselesaikan sebelum sesi tamat. Bayaran secara dalam talian (online banking) sahaja; bayaran tunai tidak diterima—untuk tujuan audit.

Tumpuan diberi kepada penulisan karya fiksyen (cerpen) atau bukan fiksyen (esei, rencana, makalah).

Secara umum, bimbingan peribadi dimulakan dengan sesi sumbang saran (brainstorming) tentang karya yang mahu ditulis. Dikuti sesi penulisan dan semakan berkala berserta kritikan konstruktif. Kandungan sesi diubah suai mengikut keperluan peserta. Bergantung kepada jumlah masa sesi, saya akan cuba membantu sehingga manuskrip siap sepenuhnya dan sedia untuk dikirim ke media yang sesuai bagi siaran. Walau bagaimanapun, sama ada karya disiarkan atau tidak, terpulang kepada pihak editorial terbabit.

(Harap maklum bahawa sesi bimbingan tidak akan dibuat di luar daripada waktu sesi yang dijadualkan. Peserta tidak boleh mengirim manuskrip melalui e-mel atau WhatsApp sebelum atau selepas sesi tamat untuk meminta panduan atau bimbingan atau komen. Jika mahukan khidmat semakan manuskrip di luar sesi bimbingan, sila rujuk di sini.)

Jika berminat, sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 untuk mengatur jadual sesi.

16 Jan 2026

“Uthaya, you are not qualified to offer any negative judgements about SJKTs” – Ramendran Ulaganathan

Rencana bertajuk “Persoalan Kempen SJKT Pilihan Kita” disiarkan di portal The Malaysian Insider pada 12 Januari 2016. Pada 13 Januari 2016, berita yang diputar belit disiarkan di akhbar Tamil Nesan untuk mengecam tindakan saya.

Pada 13 Januari 2026 – ulang tahun kesepuluh – saya berkongsi di Facebook tentang laporan Tamil Nesan yang melabel saya sebagai “pengkhianat” dan perlu dihadapkan ke mahkamah. Akhbar itu turut “menyeru pencinta bahasa Tamil di seluruh negara membuat laporan polis terhadap pengkhianat ini”.

Pada 15 Januari 2026, individu bernama Ramendran Ulaganathan menulis komen berikut di bawah paparan di Facebook:

 

Bro, Uthaya I read and admire your writings in BM but do not use it to run down our SJKTs. Accepted fact the standard of BM in SJKCs is far worse but they never wash dirty linen for all races to see. Instead work with the SJKTs to further enhance the standard. Remember in no way the SKs and SMKs will encourage Tamil to be taught there. They have changed the character of the schools by apeing the Arabs and conversion is done subtly via peer pressure. In SMKs our Tamil students are discouraged and worst still prevented from signing up for SPM Tamil and Tamil literaturem. MOE does not have in their Surat Pekeliling Ikhtisas that says this. Even if the school does not teach the subject you can sign up and take the exam with external private tuition. What is your stand on this? Write about this injustice propagated by some little Nepoleons in some SMK schools in Kluang Johor. I am sure this is the tip of the iceberg. Every school has it weakness but as a responsible writer it is best that you work with SJKTs not against them. I sent my all my kids to SJKT and they all did well in both SMK and university. And I am not the lone Tamilian. We have SJKT products in so many local public and private universities , polytechnics ,Kolej Komuniti and ILP. Times have changed and but you have not kept abreast with the changes. Agreed we have a dwindling enrolment but this is besides a multitude of challenges like lack of Tamil pride amongst our M40 and T20 Tamils in Penang and Perak there issues with the current government dragging their feet on new buildings, relocation of SJKTs to densely populated Indian areas where there is demand. Johor Bahru is a good example. There are leaders in our community who insist on having SJKTs in their area despite not having the demand. Remember without SJKTs our Tamil culture and religion would dissappear from this beloved land Msia we call home.

Ir.U.Ramendran MIEM

former PTA chairman 2012-2016

SJKT Jln Haji Manan

Kluang Johor

 

Untuk makluman, sewaktu menambah saya sebagai rakan di Facebook pada 10 Disember 2025, individu ini memperkenalkan dirinya: “Ir.Ramendran Ulaganathan MIEM, Aktivis Komuniti, Calon bebas PRU 15 P152 Kluang pada 2023 [sic].”

Semakan mendapati dalam pilihan raya itu (19 November 2022), Ramendran Ulaganathan (calon bebas) menerima 404 undi berbanding calon DAP (49,801 undi), calon MCA (23,395), dan calon Bersatu (22,021 undi). [sumber]

“I am basically a busybody, because I was in a Tamil school. I know the B40s. Some of them, they cannot read even a simple thing in the Malay language. [But] the digital content of quality, most of it is in the English language or it’s in Malay. It is not in the Tamil medium.”


Ramendran said that the intention to help his community is what also led him to enrol his four children into a Tamil medium school here (SJKT Jalan Haji Manan, Kluang), to understand the situation of the B40 community, especially the ethnic Indians. [sumber]

Saya boleh sahaja memilih untuk tidak melayan komen Ramendran atau sekadar mengulangi petikan kata-katanya sendiri:

“Again, like I said, because I do not have a party leader, I don’t answer to anybody. ... The easiest thing to do is give up. What I’m saying is, what’s the worst that can happen to me? ... So what? At least I have tried. This is what is lacking now in the country. We are to blame. … Some of them (Indians), they cannot read even a simple thing in the Malay language. [But] the digital content of quality, most of it is in the English language or it’s in Malay. It is not in the Tamil medium.” [sumber]

Namun, saya memperuntukkan masa untuk menjawab beberapa pertanyaan – walaupun jawapan dan penerangan terperinci sudah ada di blog saya. Maka, saya mengucapkan terima kasih (thanks for admitting that what I wrote is true) kerana sesungguhnya Ramendran bersetuju dengan hujah-hujah saya berkaitan kelemahan yang wujud.

Kemudian, saya cuba menjawab satu per satu pertanyaannya. Saya faham bahawa dia suka menulis (he wanted a pen as his logo as he likes writingsumber) dan tentu dia juga suka membaca penjelasan saya. Tulisannya pula – apabila disemak menerusi Google – hanyalah komen-komen di media sosial khasnya Facebook; bukan tulisan akademik di mana-mana jurnal.

Jawapan saya (disalin dari Facebook):

 

“Write about this injustice propagated by some little Nepoleons in some SMK schools in Kluang Johor.” – Since you seem to have the data, YOU should be writing about it. Be fair. Don’t expect me to expose everything. Others (like you) should play a role too. (Note: he wanted a pen as his logo as he likes writingsumber)

Ramendran, if you expect me to say wonderful and beautiful things about the things YOU like (and hide the dirty linen), you are actually fooling yourself. Be ready to accept facts. Facts hurt, but only when you accept the facts, you can correct them.

“Times have changed and but you have not kept abreast with the changes.” – Yes, easy to deny the Truth. So, I have nothing to say to people who are not willing to accept Truth.

“Accepted fact the standard of BM in SJKCs is far worse but they never wash dirty linen for all races to see.” – This reminds me of a Tamil saying, ‘If he is eating shit, are you going to eat shit too?’ Anyway, I admire the classic style of diverting the original fact (SJKT) and start blaming others (SJKC). Now, that is another classic problem among some people – denial. Anyway, you are an educated person. I shall not waste my time explaining facts and Truth to you. Please keep on denying Facts and Truth if that’s the only way you find happiness in life. Thank you.

“Every school has it weakness but as a responsible writer it is best that you work with SJKTs not against them.” – You clearly do not know about what I do. So, I forgive you. Facts are facts.

“Remember without SJKTs our Tamil culture and religion would dissappear from this beloved land Msia we call home.” – The classic political statement to deny the Fact and Truth, as if the Tamil parents are too stupid to educate their children about their own culture and religion. SJKT is a school, not a religious body. But you are an educated person. I shall not waste your time explaining these simple things to you.

 

Susulan penjelasan saya, Ramendran mula mengubah taktik serangan. Dia sebenarnya mula menyerang ibu bapa komuniti Tamil. Dia secara licik mula meletakkan semua kesalahan atas bahu ibu bapa Tamil berstatus B40 dan M40. Katanya:

 

When you get down to the ground and immerse yourself in community work only then you will understand. Many Tamils take the easiest and safest route providing lip service and hope someone else even other races will solve our community issues. Anyway you are entitled to your opinion.

If you get down to the ground you will realise how bad the parenting is amongst our B40s and some M40s. T20s not too bad but many heavily by the western values to the extend the condemn our own culture to look good in front of other races and gain acceptance.

 

Memandangkan saya sudah memahami psikologi bercelaru individu yang terpaksa memakai topeng ala politikus lidah bercabang, saya sekadar mengucapkan terima kasih (thanks for admitting the ACTUAL problem) kepada Ramendran dan cuba mengakhiri perbincangan.

“Anyway you are entitled to your opinion.” – Of course. And my “opinion” (in the said article) is based on facts, truth, observation, discussion, etc. How wonderful if the highlighted issues were looked into ten years ago, rather than denying those issues (“dirty linen” as you put it).

Masalah dengan orang “bangang macam menteri” ialah mereka suka bercakap – “otak di lutut, mulut di dubur”. Dalam kes Ramendran pula, dia menggunakan ruang komen di Facebook untuk meluahkan kegagalan peribadi yang dia sendiri alami dalam hidup. Tetapi dia terpaksa berpura-pura kononnya segala isu itu ditujukan kepada saya. Bacalah dengan teliti:

 

First of all did you study in a SJKT to share your bad experience there? Since you are good in BM most probably you completed your primary school in a SK but not necessarily so. Many who went to SJKTs can also speak,read and write proficiently in BM. Perhaps not got enough for Sastera Negara because it a National language and used to speak to Malay colleagues, business associates and dealing with the government service.

What is your direct contribution to the SJKTs?

1.Your children went to SJKTs and were affected negatively?

2.You are a SJKT PTA member who was frustrated with the committee’s performance?

3.You are a SJKT PTA chairman who could not push your noble agenda because the HM was not supportive.

4. You were in some way contributing to the SJKT through your exceptional fluency in BM and it was stopped after the HM changed.

5. You had contributed in other ways but we’re not appreciated or were asked to stop your contribution.

If your writings on SJKTs are solely based on opinions and interviews and not personal experience then you are not qualified to offer any negative judgements about SJKTs. You writings on Tamil schools are merely based on your biased opinions and others of your tribe. Academic writings in fb and blog spots can never effect change. You have to get your hands dirty.

Expecting change with ‘clean’ hands is just what keyboard warriors do and the community has no respect for folks like this. I speak from experience.

 

Rasa marah saya bertukar simpati kerana saya faham dia sedang cuba “berkomunikasi” untuk secara tersirat meluahkan kegagalan diri sendiri. Sebagai seorang yang pernah gagal teruk dalam pilihan raya serta dipinggirkan rakan-rakan [sumber], Ramendran perlu cuba membuktikan kononnya dia aktivis sebenar yang berjuang bagi SJKT dan komuniti B40 yang katanya, tidak menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris. Malangnya, dia tidak berani melakukan semua itu di Facebook sendiri kerana (mungkin) tiada sambutan.

Dia juga meluahkan kekecewaan diri sendiri menerusi kata-kata seperti “Academic writings in fb … can never affect change. … the community has no respect for folks like this. I speak from experience.”

Maka, dengan penuh rasa simpati dan empati, saya mengakhiri komen di Facebook dengan kata-kata berikut:

 

Ramendran, I understand how frustated your are since you failed in all the things you listed above. I pity you. I understand that you are merely trying to share your own failures and frustations by commenting here. You would not dare to share your failures regarding SJKT on your own Facebook because you have to keep pretending to your “friends”. I understand. Please continue commenting here; I understand that you need to talk about your own failures which you find too hard to face. I understand and I forgive you.

 

Apa-apa pun, nampaknya tulisan saya sepuluh tahun lalu kembali mendapat perhatian. Tambahan pula, kritikan konstruktif saya menerusi rencana bertajuk “Persoalan Kempen SJKT Pilihan Kita” bertujuan mengenal pasti, mengakui, dan seterusnya mengatasi kelemahan atau kepincangan yang wujud. Malangnya, diabaikan dan dianggap tidak wujud apa-apa kelemahan di SJKT.

Bacalah banyak lagi tulisan berkaitan SJKT – [di sini]. Maklumat lain – “Temasya Bahasa di SJKT” dan “Sumbangan Buku Untuk SJKT”. Harap maklum bahawa anda meneliti sebarang paparan di mana-mana blog dan media sosial kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.

14 Jan 2026

Pelajari Keistimewaan Pesta Menuai, Tradisi Ponggal di Malaysia

Diaspora India di Malaysia terdiri daripada keturunan Tamil (majoriti), Malayali, Telugu, Punjabi, Bengali, Gujarati, dan beberapa minoriti lain.

Masing-masing memiliki latar belakang, budaya, adat, identiti, dan jati diri berbeza sebagaimana diterangkan dalam buku Mandala Bicara (2016), Suvarna Bhumi (2022) dan Dewi Pertiwi (2024).

Salah satu perayaan yang menyatukan pelbagai diaspora ini ialah sambutan pesta menuai yang menandakan penghargaan terhadap hasil pertanian dan kesyukuran atas rezeki yang diperoleh.

Antara perayaan yang paling popular ialah Thai Ponggal, Makara Vilaku, Pedda Panduya, Uttarayan, dan Lohri. Setiap perayaan ini mempunyai keunikan tersendiri serta mencerminkan budaya dan tradisi yang kaya dalam komuniti masing-masing.

Salah satu perayaan yang paling terkenal dalam kalangan komuniti Tamil di Malaysia ialah Thai Ponggal yang biasanya disambut pada 14 Januari setiap tahun.

Perayaan ini menandakan musim menuai padi dan merupakan simbol kesyukuran kepada Tuhan atas hasil bumi yang melimpah ruah.

Nama “ponggal” sendiri bermaksud “mendidih” (boiling over). Ia merujuk cara memasak nasi manis di dalam periuk tanah liat dengan susu, gula merah, dan rempah, kemudian dibiar mendidih hingga melimpah sebagai simbol kemakmuran dan keberkatan.

Pada hari Thai Ponggal, rumah-rumah dihiasi dengan lukisan kolem dan bunga-bungaan serta pelbagai makanan nabati tradisional disediakan.

Masyarakat Tamil berkumpul bersama keluarga untuk menyambut Thai Ponggal. Biasanya dimulai upacara sembahyang kepada dewa matahari dan dewi bumi, serta memberi penghormatan kepada lembu yang membantu dalam aktiviti pertanian.

Sambutan Makara Vilaku pula salah satu perayaan utama bagi komuniti Malayali. Ia menandakan hari pertama matahari memasuki tanda zodiak Capricorn (Makara) dan dianggap sebagai masa terbaik untuk memulakan aktiviti pertanian.

Namun begitu, sambutan komuniti Malayali khususnya di Kerala, India lebih tertumpu kepada Dewa Ayyappan di Sabarimala. Makara Vilaku merupakan tradisi mengenang masyarakat orang asli Malayaraya yang sejak turun-temurun memasang unggun di puncak Bukit Ponnambalamedu.

Pedda Panduga pula perayaan menuai padi yang penting bagi komuniti Telugu yang berasal dari Andhra Pradesh dan Telangana. Perayaan ini biasanya disambut dengan penuh kegembiraan pada 14 Januari.

Pedda Panduga atau Makara Sankranti adalah masa untuk meraikan musim menuai dan memberi penghormatan kepada Tuhan atas hasil pertanian yang melimpah. Maka, ada persamaan dengan sambutan Thai Ponggal oleh komuniti Tamil.

Salah satu tradisi utama dalam Pedda Panduga yang semakin dilupakan ialah membuat tilgul, sejenis gula-gula manis yang dimakan sebagai simbol persahabatan dan kemakmuran.

Selain itu, petani pada masa dahulu membuat pada (perarakan) ke kuil untuk berdoa kepada Dewa Surya (matahari) dan berterima kasih atas hasil pertanian yang melimpah.

Uttarayan pula perayaan penting dalam kalendar komuniti Gujarati. Ia menandakan peralihan matahari ke awal musim panas dan juga permulaan musim menuai.

Perayaan Uttarayan di Gujarat, India terkenal dengan pesta layang-layang yang merupakan tradisi utama dalam kalangan orang Gujarati.

Berbagai jenis layang-layang yang berwarna-warni diterbangkan di langit sebagai simbolik mengusir roh jahat serta menyambut musim baharu yang penuh dengan harapan.

Selain itu, makanan manis seperti undhiyu, chikki, dan jilebi disediakan untuk meraikan kegembiraan bersama keluarga dan sahabat.

Lohri merupakan perayaan menuai yang popular dalam kalangan komuniti Punjabi. Ia disambut pada 13 atau 14 Januari setiap tahun dan menandakan berakhirnya musim sejuk serta permulaan musim menuai.

Lohri adalah perayaan yang berkaitan dengan unggun api dan merupakan simbol penghormatan kepada Dewa Agni sejak zaman-berzaman.

Di Punjab, India secara tradisi, penduduk beragama Sikh dan Hindu membakar kayu menjadi unggun yang besar. Sekitar api ini, mereka menyanyi, menari, dan meraikan kegembiraan.

Setiap perayaan yang disebutkan di atas mempunyai tradisi dan makna yang mendalam serta mencerminkan keunikan budaya masing-masing dalam komuniti India, termasuk diaspora di Malaysia.

Namun begitu, tentulah corak sambutan tradisional di tempat asal (India) berbeza dengan apa yang diamalkan diaspora India di Malaysia sekarang.

Banyak aspek yang sudah ditinggalkan dan hanya unsur teras dikekalkan dalam perayaan. Tambahan pula, tidak ramai kaum India di Malaysia menjadi pemilik sawah padi pada masa sekarang.

Pada petang 11 Januari 2025, Pusat Kebudayaan India di bawah Suruhanjaya Tinggi India menganjurkan acara Ullas iaitu gabungan sambutan Makara Sankranti, Lohri, dan Thai Ponggal di Dewan Netaji Subhas Chandra Bose, Brickfields, Kuala Lumpur.

Sambutan meriah juga dapat disaksikan di kuil dan bangunan persatuan komuniti terbabit di seluruh negara. Sepanduk ucapan daripada ahli politik juga pasti kelihatan di mana-mana.

Secara umum, Thai Ponggal, Makara Vilaku, Pedda Panduga, Uttarayan, dan Lohri adalah antara perayaan tradisional berkaitan musim menuai yang menyatukan masyarakat melalui tema kesyukuran, penghargaan terhadap hasil pertanian, dan semangat kebersamaan.

Meskipun setiap perayaan mempunyai cara sambutan yang berbeza, ia tetap membawa nilai teras yang sama, iaitu menghargai kehidupan, alam semula jadi, dan kesuburan bumi.

Memandangkan majoriti iaitu sekitar 85 peratus kaum India di Malaysia berketurunan Tamil, maka sambutan Thai Ponggal lebih meriah dan dikenali umum.

Minoriti kecil seperti Malayali, Telugu, Punjabi, Bengali, dan Gujarati pula mengadakan sambutan tradisional secara kecil-kecilan. Sambutan Ponggol oleh komuniti Chetti Melaka pula sentiasa meriah.

[Baca jugaPonggal Bukan Sekadar Pesta Menuai]

Pada dasarnya, sambutan kesemua perayaan ini bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan dalam komuniti Tamil, Malayali, Telugu, Punjabi, Bengali, Gujarati, dan sebagainya.

Malah, dapat pula memperkayakan lagi kepelbagaian budaya negara Malaysia, sekali gus menjadikannya lebih harmoni dan berwarna-warni serta menarik minat pelancong dari seluruh pelosok dunia.

[Rencana ini ditulis pada 4 Januari 2025 dan disiarkan di ruangan “Bicara Budaya” akhbar Utusan Malaysia pada 11 Januari 2025. © Uthaya Sankar SB. Harap maklum bahawa anda meneliti sebarang paparan di mana-mana blog dan media sosial kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]

7 Jan 2026

Rayuan Sumbangan Modal Sosial – Kumpulan Cerpen 2026

Sokongan anda – ya, ANDA – amat diperlukan untuk membantu usaha menerbitkan kumpulan cerpen @ fiksyen saya [Uthaya Sankar SB] dalam bentuk buku pada tahun 2026. Jika anda sudah membaca buku seperti Cerpen (2024) dan Sebelas Amanat Swamiji (2025), maka anda tahu gaya – dan keberanian – penulisan saya.

Cerpen dalam buku baharu ini belum pernah terbit dalam bentuk buku. Ada yang terbit di portal dalam talian (online) dan ada karya baharu yang belum tersiar di mana-mana.

Judul: [akan dikemas kini]

Kategori: Kumpulan Cerpen @ Fiksyen

Bahasa: Bahasa Malaysia

ISBN: [akan dikemas kini]

Penulis: Uthaya Sankar SB

Tarikh terbit: April 2026 [jangkaan]

Tebal: 200 halaman [anggaran]

Jumlah cetakan: 300 naskhah sahaja

Harga pasaran: RM25 [tidak termasuk kos penghantaran]

Senarai penyumbang: [dikemas kini di sini]

Seperti biasa, saya berusaha mendapatkan sokongan dalam bentuk sumbangan modal sosial (social capital) daripada rakan-rakan budiman sehingga 31 Mac 2026 (10:00 malam) untuk membantu menampung sebahagian kos mencetak buku kumpulan cerpen ini.

Social capital refers to the structure and quality of social relationships and constitutes a positive product of social interactions that can be a source of benefits for individuals, social groups, and the society as a whole.

Fahami konsep “collective resource, goodwill, mutual sympathy, network of family and social relation to promote knowledge and abilities” di bawah Teori Modal Sosial di sini.

Nama para penyumbang modal sosial didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog sebagai tanda penghargaan; selain para penyumbang menerima naskhah buku sebaik terbit—sebelum mula dijual kepada orang ramai pada harga pasaran.

[Promosi di Facebook] – [Promosi di Instagram] – [Promosi di X]

Rayuan sumbangan modal sosial dijalankan sehingga 31 Mac 2026 (10:00 malam).

 

Pakej

Jumlah Sumbangan

(Modal Sosial)

[Sehingga 31 Mac 2026]

Jumlah Buku

(Tanda Penghargaan)

[Alamat seluruh Malaysia]

A

RM50

1 naskhah

B

RM100

4 naskhah

C

RM200

10 naskhah

D

RM300

20 naskhah

E

RM400

30 naskhah

F

RM500

40 naskhah

 

Langkah mudah untuk memberi sumbangan modal sosial:

1. Deposit sumbangan ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB).

2. Kirim maklumat diri anda ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya):

(a) Nama Penuh: (termasuk pangkat/gelaran, jika ada)

(b) Alamat (di Malaysia):

(c) Nombor Telefon:

(d) Tarikh Deposit:

(e) Jumlah Deposit: RM

Nota: Bagi penyumbang modal sosial, sila nyatakan jika anda tidak mahu nama sebenar dipaparkan di blog dan buku. Nyatakan juga jika anda mahu menggantikan nama individu lain (ahli keluarga sahaja) untuk paparan di blog dan buku.

Setiap penyumbang modal sosial akan diberi surat penghargaan (bukan resit pembelian) yang menyatakan jumlah sumbangan. Surat ini akan dikirim selepas pendaftaran ISBN dan judul buku disahkan.

Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum ini boleh dirujuk [di sini] dan juga dalam setiap buku terbabit.

Sila hubungi saya menerusi WhatsApp 011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 31 Mac 2026 (10:00 malam) jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan membina.