6 Apr 2022

Khanda Puranam dalam Bahasa Malaysia

Kisah berkaitan Ramayana dan Mahabharata (2019), Thirukkural dan Megha Duta (2018), Vetalam dan Vikramaditya (2020), serta Bhagavad Gita (2021) sudah disajikan dalam Bahasa Malaysia berkat sokongan rakan-rakan budiman.

Kini, saya [Uthaya Sankar SB] sedang meneliti teks Khanda Puranam (Skanda Purana) dalam pelbagai versi dan bahasa untuk melakukan penceritaan semula dalam Bahasa Malaysia untuk sasaran bacaan Bangsa Malaysia.


Judul: Khanda Puranam [working title]

ISBN: [akan dikemas kini]

Penulis: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Uthaya Sankar SB

Senarai penyumbang: [rujuk di sini]

Penasihat penerbitan: Koh Yok Hwa

Reka letak: Gemilang Publishing Sdn Bhd

Tarikh terbit: Januari 2023 [jangkaan]

Tebal: [belum diketahui]

Harga pasaran: RM45 [jangkaan]

 

Sumbangan modal sosial (social capital) amat diharapkan bagi menampung sebahagian kos mencetak buku ini. Para penyumbang akan menerima sejumlah buku sebagai tanda penghargaan sebaik terbit.

Jumlah Sumbangan

(1 Mei – 31 Julai 2022)

Jumlah Hadiah Buku

(Sebagai Tanda Penghargaan)

RM100

3 naskhah

RM200

7 naskhah

RM300

12 naskhah

RM400

20 naskhah

RM500

30 naskhah

Nama penyumbang sehingga 31 Oktober 2022 sahaja akan dimasukkan dalam buku dan di blog.

Jumlah Sumbangan

(1 Ogos – 31 Oktober 2022)

Jumlah Hadiah Buku

(Sebagai Tanda Penghargaan)

RM100

2 naskhah

RM200

5 naskhah

RM300

10 naskhah

RM400

16 naskhah

RM500

25 naskhah

Nama penyumbang sehingga 31 Oktober 2022 sahaja akan dimasukkan dalam buku dan di blog.

Harga Jualan

(1 November – 31 Disember 2022)

RM40 senaskhah

(Tidak termasuk kos pos)

Harga Jualan

(1 Januari – 31 Mac 2023)

RM45 senaskhah

(Tidak termasuk kos pos)

 

Langkah mudah:

1. Deposit sumbangan/bayaran ke akaun ini:

2. Kirim maklumat diri anda ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) Nama Penuh, Alamat Lengkap (berserta poskod), Nombor Telefon, Tarikh Deposit, Jumlah Sumbangan (RM).

Nota: Bagi penyumbang modal sosial, sila nyatakan jika anda tidak mahu nama sebenar dipaparkan di blog dan buku. Nyatakan juga jika anda mahu menggantikan nama individu lain (ahli keluarga sahaja) untuk paparan di blog dan buku.

Sumbangan RM100 = 1 nama, sumbangan RM200 = 2 nama, sumbangan RM300 = 3 nama …

Nama para penyumbang modal sosial (sehingga 31 Oktober 2022) akan didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog. Biar anak-cucu-cicit tahu siapa yang menjadi penyumbang dan tulang belakang kepada usaha penerbitan buku penceritaan semula kisah-kisah Khanda Puranam dalam Bahasa Malaysia.

Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum ini: Pulau Pendatang (2015)  Nari! Nari! (2015)  Mandala Bicara (2016)  Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)  Thirukkural dan Megha Duta (2018)  Ramayana dan Mahabharata (2019)  Vetalam dan Vikramaditya (2020)  Putaria (2020) Bhagavad Gita (2021) Kavya Sastra (2021) Suvarna Bhumi (2022).

Skanda Purana ialah teks purana paling panjang/tebal dalam kalangan 18 purana Hindu. Untuk membantu kita membayangkan panjangnya, berikut pecahan kandungan:

BUKU 1

Bahagian 1 – 35 bab

Bahagian 2 – 66 bab

Bahagian 3 – 37 bab

 

BUKU 2

Bahagian 1 – 40 bab

Bahagian 2 – 49 bab

Bahagian 3 – 8 bab

Bahagian 4 – 36 bab

Bahagian 5 – 17 bab

Bahagian 6 – 4 bab

Bahagian 7 – 25 bab

Bahagian 8 – 10 bab

Bahagian 9 – 32 bab

 

BUKU 3

Bahagian 1 – 52 bab

Bahagian 2 – 40 bab

Bahagian 3 – 22 bab

BUKU 4

Bahagian 1 – 50 bab

Bahagian 2 – 50 bab

 

BUKU 5

Bahagian 1 – 71 bab

Bahagian 2 – 84 bab

Bahagian 3 – 116 bab

 

BUKU 6

Bahagian 1 – 279 bab

 

BUKU 7

Bahagian 1 – 365 bab

Bahagian 2 – 19 bab

Bahagian 3 – 63 bab

Bahagian 4 – 44 bab

Saya tidak akan menceritakan semula (retell) keseluruhan teks yang terdiri daripada lebih 81,000 sloka (rangkap).

Sebaliknya, saya memilih kisah-kisah menarik yang ada kaitan secara langsung dengan Skanda yang juga dikenali dengan nama-nama seperti Murugan, Velan, Kartikeya, Kumaran, Shanmugam, dan Subramaniam.

Murugan selalu disebut sebagai “Tuhan Orang Tamil” dan “Tuhan Bahasa Tamil”.


Ada enam kuil Murugan yang tersohor di Tamil Nadu, India dan digelar “Aaru Padai Veedu”.

Di Malaysia, sambutan Thaipusam serta kuil Murugan di Batu Caves dan Pulau Pinang sangat terkenal.

Dewa Murugan sangat sinonim dengan komuniti Tamil di India, Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura.

Sebenarnya, kuil Murugan terdapat di seluruh negara India; tidak terhad kepada komuniti Tamil di Tamil Nadu.

Malah, Skanda (Khandan) tercatat dalam epik Mahabharata, Bhagavad Gita, dan Rig Veda.

Dalam Bab 10 teks Bhagavad Gita, Krishna berkata:

“Senaninam aham Skanda”

“Among warrior chiefs, I am Skanda”

“Antara panglima perang, akulah Skanda”

Saya yakin dan percaya kisah-kisah daripada Khanda Puranam wajar disajikan dalam Bahasa Malaysia untuk bacaan Bangsa Malaysia.

Tentu sahaja usaha penceritaan semula (retelling) ini bukan tugas mudah; namun tidak mustahil untuk dilakukan.

Baca juga: Catatan Khanda Puranam

Proses mengkaji, meneliti, mendalami, dan menceritakan semula kisah-kisah terpilih daripada Khanda Puranam dalam Bahasa Malaysia memang mengambil masa.

Pasti ada juga kisah yang agak menggemparkan – termasuk kepada penganut Hindu. Saya akan menceritakan semuanya seadanya secara penuh objektif.

Penulisan manuskrip  dimulakan secara rasmi pada 1 Mei 2022. Buku dijangka dapat diterbitkan sekitar Januari 2023, menjelang Thaipusam. 

Sebagai seorang pengkaji dan penulis sepenuh masa (baca: tidak kaya), saya perlukan sokongan bagi projek ini.

“Sokongan” yang dimaksudkan adalah sumbangan “modal sosial” dalam bentuk tempahan awal berbayar.

Jika ada sebarang pertanyaan, sudilah menghubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952 atau [klik di sini].



Nota: Projek penceritaan semula Khanda Puranam dalam Bahasa Malaysia tergendala apabila saya “diangkut” ke Bukit Aman dan “disumbat” ke dalam lokap Dang Wangi pada 11 April 2022 – [baca di sini] Kini, diteruskan dengan harapan ANDA sudi menyokong menerusi sumbangan ikhlas bagi menampung sebahagian kos penerbitan.