Bahagian pembukaan cerpen ini menimbulkan tanda tanya, siapakah yang telah mati? Mengapa Anita ada bersama si mati di rumah itu? Dan mengapa Anita perlu membunuh manusia itu?
Begitulah anggapan dan andaian yang timbul di benak saya sewaktu membaca petikan awal sekitar 330 patah perkataan cerpen terbaharu Uthaya Sankar SB. Memang beberapa perenggan awal menimbulkan perasaan ingin tahu saya selaku pembaca beta (beta reader).
Pada pendapat saya, watak Satees mungkin bakal suami Anita. Satees juga mungkin adalah kawan kepada Mukundan. Mungkin Mukundan dan Satees masing-masing adalah penjahat (penjenayah). Mungkin Anita baru mengetahui perkara ini apabila berdepan dengan Mukundan di rumahnya.
Siapa pula Saradah, Indumathi, dan Ramyah? Pada pendapat saya, mereka mungkin merupakan rakan sekerja Anita di sebuah kilang. Mungkin juga mereka ialah adik-beradik Anita.
Pada pandangan saya selepas membaca petikan awal cerpen ini (“Mukundan Sudah Mati”), watak Mukundan merupakan seorang penjenayah yang berkaliber, hingga polis pun tidak dapat ambil tindakan ke atasnya. Tidak mustahil Mukundan telah “menyuap” mereka. Selain itu, saya percaya, Mukundan juga seorang kaki perempuan.
Saya mengandaikan bahawa sebelum Mukundan mati, dia pecah masuk rumah Anita dan berlaku tidak senonoh dengan wanita itu. Mukundan mungkin telah menceritakan bahawa Satees juga bukan seorang lelaki yang baik seperti dianggap oleh Anita selama ini.
Apabila berlaku pergelutan antara mereka berdua, Anita menolak Mukundan. Lelaki itu jatuh dan mati (terbunuh). Tidak diceritakan dalam petikan awal ini cara Mukundan dibunuh. Saya percaya dia tidak ditikam dengan benda tajam seperti pisau sebab tidak ada kesan darah di tempat kejadian.
Apa yang
saya jangka akan berlaku seterusnya dalam cerpen ini? Watak Anita, Saradah,
Indumathi, dan Ramyah akan memikirkan cara untuk menyembunyikan mayat Mukundan
atau cara untuk melupuskan mayat itu. Satees
pula tidak tahu akan kejadian ini.
[M. Mahendran
dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan
cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987. Karupaya (2018) ialah kumpulan
cerpen sulung beliau manakala Thalaivar (2021) kumpulan cerpen bahasa
Tamil. Mahendran salah seorang pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
pada tahun 1999 dan beliau dipilih memegang jawatan pengerusi pada tahun 2023.
Karya-karya Mahendran boleh dibaca di portal Sastera Kavyan dan Eksentrika.]
Reaksi pembaca beta bagi “Guruji
dari Jaisalmer” — [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]
Reaksi pembaca beta bagi “Anak
Bunian”
— [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]