Apabila saya membaca petikan awal sekitar 330 perkataan cerpen terbaharu Uthaya Sankar SB, saya mendapati bahagian pembukaan (beberapa perenggan awal) sangat menarik dan penuh dengan saspens. Ia mempunyai cangkuk naratif yang membuatkan saya ingin tahu kisah seterusnya. Pendedahan nama beberapa watak juga menambah minat saya untuk mengetahui siapakah sebenarnya mereka.
Pada pendapat saya, watak Satees dalam cerpen “Mukundan Sudah Mati” mungkin pernah menjadi kekasih Anita dan mereka berpisah atas sebab tiada persefahaman antara mereka. Mungkin sesuatu berlaku pada masa lalu dan kedua-dua mereka tidak bersedia untuk mendengar penjelasan masing-masing pada ketika itu.
Kemungkinan besar watak Saradah ialah ibu atau emak saudara kepada Anita. Pada pendapat saya juga, Indumathi ialah sahabat Anita manakala Ramayah pula sahabat Saradah. Mereka pasti pernah dianiya oleh watak bernama Mukundan, maka mereka inginkan satu kesudahan untuk apa yang pernah dilakukan Mukundan ke atas mereka.
Pada pandangan saya, Mukundan mungkin seorang individu yang ditinggalkan oleh ibu bapa sejak lahir dan dia tiada hala tujuan dalam hidup. Dia memilih jalan mudah untuk hidup setelah melihat apa yang berlaku di persekitarannya. Dia ingin menjadi hebat dengan mengongkong kehidupan individu lain.
Apa yang telah berlaku dalam cerpen ini? Pada andaian saya, Anita dan rakan-rakannya merancang untuk membunuh Mukundan dan akhirnya mereka mendapat peluang untuk berbuat demikian. Saya rasa pembunuhan ini memang telah dirancang tetapi berlaku sesuatu di luar jangkaan. Saya juga berpendapat watak Mukundan berperanan dalam perpisahan hubungan antara Satees dan Anita.
Saya rasa
agak sukar untuk menjangkakan apa yang berlaku seterusnya atau bagaimana
pengakhiran cerpen ini. Kemungkinan besar penyiasatan akan dilakukan dan kes
akan dibicarakan di mahkamah untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan ini.
[Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan
rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pengajian dalam jurusan
Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis
sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Karya beliau termuat dalam pelbagai
antologi seperti Busana
Bahasa (2019), Landasan
Hidup (2020), Peluru
Aksara (2020), dan Lakaran
Diri (2022). Pada 2024, Anuradha dipilih menjadi timbalan
pengerusi Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).
Tulisan beliau di portal Sastera Kavyan
boleh dibaca di sini.]
Reaksi pembaca beta bagi “Guruji
dari Jaisalmer” — [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]
Reaksi pembaca beta bagi “Anak
Bunian”
— [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]