25 Apr 2024

Reaksi Cerpen “Mukundan” — Selvarajah Murugesan

Apabila saya membaca petikan awal cerpen “Mukundan Sudah Mati”, bahagian pembukaan cerpen berjaya menarik minat saya sebab cerpen dimulakan dengan cangkuk naratif aksi (Dengan tangan terketar-ketar …) dan dialog (“Dia sudah mati”). Gaya penulisan ini mengungkitkan minat saya sebagai pembaca beta untuk mengetahui apakah yang telah berlaku sehingga membawa kepada insiden pembunuhan ini.

Pada pendapat saya, Satees ialah kekasih Anitha. Saya andaikan demikian sebab dalam jalan cerita ada persoalan “Mungkinkah Satees akan menerimannya selepas …”. Malah, pendapat saya boleh dikukuhkan lagi dengan kenyataan Anita sendiri iaitu “Adakah dia sendiri (Anita) akan menerima Satees …”.

Siapakah pula watak Saradah, Indumathi, dan Ramyah? Pada pendapat saya, mereka merupakan kawan sejati (uyirt thoozlighal @ உயிர்த் தோழிகள்) sebab merekalah yang dihubungi oleh Anitha sebaik insiden itu terjadi. Mungkin juga mereka merupakan kawan rapat di asrama atau rumah sewa di institusi pengajian tinggi (IPT) atau di asrama pekerja.

Pada pandangan saya, Mukundan merupakan  anak muda gengster yang mengancam orang ramai serta mengedar dadah di kawasan perumahan tersebut. Dia ingin mengawal dan bermaharajalela dengan keberanian. Dia juga mengancam dan memastikan semua penduduk takut dengannya.

Apa yang sebenarnya telah berlaku pada awal cerita? Pada andaian saya, mungkin Mukundan yang bermaharajalela di kawasan perumahan itu ingin mengancam atau menggoda Anitha dengan cara yang tidak elok. Semasa insiden itu, Anitha pula telah memukul dan membunuh Mukundan setelah dia dirogol.

Pada jangkaan saya, pada bahagian seterusnya cerpen ini, Anita, Saradah, Indumathi, dan Ramyah mengambil keputusan untuk memaklumkan insiden tersebut kepada pihak polis dan juga kepada Satees. Kemungkinan Satees yang merupakan kekasih Anitha masih sanggup menerima wanita itu sebab Satees tahu kelakuan Mukundan. Peristiwa hitam (Anita dirogol) merupakan sesuatu di luar jangkaan dan di luar kawalan mangsa (Anita). Maka, Satees tetap menerima Anita dengan hati terbuka.

[Selvarajah Murugesan @ MuPa.Selva lahir di Kajang, Selangor dan kini menetap di Jenjarom, Selangor. Beliau tamat pengajian Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Tamil) di Universiti Malaya (2005) dan Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2023). Selvarajah berkhidmat di SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur; SMK Seksyen 24, Shah Alam; SMK USJ4, Subang Jaya; dan kini di SMK TTDI Jaya, Shah Alam.]

Reaksi pembaca beta bagi “Guruji dari Jaisalmer” [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]

Reaksi pembaca beta bagi “Anak Bunian” [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]