25 Apr 2024

Reaksi Cerpen “Mukundan” — Saravanan

Bahagian pembukaan cerpen “Mukundan Sudah Mati” agak saspens dan wujud banyak persoalan yang membolehkan pembaca membuat andaian bahawa watak Anita, Saradah, Indumathi, dan Ramyah tahu siapa mangsa (si mati) itu. Pembukaan juga mendorong saya sebagai pembaca beta untuk meneroka lebih mendalam cerpen ini.

Mengikut jalan cerita, pada pendapat saya, kemungkinan besar watak Satees ialah tunang Anita kerana Anita terkejut apabila Indumathi mencadangkan untuk memberitahu Satees apa yang telah berlaku. Lantas membuatkan Anita keliru dengan nasib seterusnya berhubung hubungannya dengan Satees.

Saya mengandaikan bahawa Saradah yang berusia 40 tahun ialah emak saudara Anita, manakala Indumathi dan Ramyah pula kawan Anita. Menurut bahagian pembukaan cerpen, mereka berempat tinggal di kawasan rumah pangsa yang sama tetapi di tingkat berbeza.

Pada pandangan saya, Mukundan seorang yang jahat dan juga kaya dengan hasil kegiatan perniagaan haram. Dengan kekayaan ini, dia juga melakukan kerja ceti haram (along) dan memberi pinjaman haram kepada penduduk setempat yang memerlukan bantuan kewangan.

Apa yang mungkin telah berlaku sebelum watak Anita menelefon Indumathi? Saya membayangkan bahawa Mukundan telah datang ke rumah Anita untuk mengutip duit pinjaman dan berjaya masuk ke dalam rumah setelah memaksa Anita. Kemudian, Mukundan bertindak memperkosa Anita. Seterusnya, berlaku pergelutan antara mereka yang menyebabkan Mukundan terjatuh dan terhentak kepala di lantai.

Saya cuba menggunakan daya imaginasi untuk membayangkan apa yang mungkin akan berlaku seterusnya dalam cerpen ini. Setelah tengah malam dan suasana sunyi, mereka berempat (Anita, Saradah, Indumathi, dan Ramyah) mengangkat mayat Mukundan ke rumah kosong di tingkat 8 dan mencampaknya ke bawah. Bunyi kuat mayat jatuh di atas kereta penghuni akan mengaktifkan penggera kereta, lalu bunyi ini membangunkan beberapa penduduk yang keluar untuk menyiasat.

[Saravanan @ Thavarajan a/l Ramasamy tinggal di Rawang, Selangor.]

Reaksi pembaca beta bagi “Guruji dari Jaisalmer” [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]

Reaksi pembaca beta bagi “Anak Bunian” [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]