25 Apr 2024

Reaksi Cerpen “Mukundan” — Murali Mohan

Bahagian pembukaan cerpen “Mukundan Sudah Mati” menarik minat saya sebagai seorang pembaca beta kerana unsur saspens pada awal cerita membuatkan saya meneruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku.

Pada pendapat saya, Satees ialah kekasih Anita. Saya terfikir demikian kerana pemikiran watak Anita tentang penerimaannya oleh Satees selepas suatu insiden yang berlaku dalam cerpen ini.

Siapakah Saradah, Indumathi, dan Ramyah? Pada awal cerita, saya beranggapan mereka ialah kawan kolej kepada Anita. Namun, selepas mengetahui watak Saradah berumur 40 tahun, saya terfikir mungkin mereka hanya jiran tetangga yang rapat.

Saya tidak berapa tertarik atau berminat dengan watak Mukundan kerana watak sebegitu sering kali diketengahkan dalam filem Tamil. Uthaya Sankar SB sendiri menyatakan dalam cerpen ini bahawa watak Mukundan “mewakili kelompok kaum India yang dilabel sampah masyarakat” dan “dia memenuhi setiap kriteria negatif yang sering dijadikan label stereotaip”.

Pada andaian saya, Mukundan sudah lama mengenali Anita. Namun, pada hari tersebut, mungkin kelakuan Mukudan melebihi batasan dan menyebabkan Anita terpaksa bertindak drastik demi menyelamatkan diri dan maruah.

Apa yang mungkin berlaku seterusnya? Indumathi mungkin berpegang keras pada cadangan untuk memaklumkan kejadian itu kepada Satees. Manakala rakan-rakan yang lain mungkin tidak setuju kecuali Anita yang tidak ada apa-apa idea dalam otaknya.

Pada pandangan saya, cerita mungkin boleh digerakkan dengan dua jalan cerita. Satu, mereka memaklumkan kepada Satees dan Satees menguruskan semua. Kedua, mereka tidak memaklumkan kepada Satees, lalu empat wanita itu menyembunyikan atau membuang (dispose) mayat Mukundan.

[Murali Mohan lahir dan membesar di Jasin, Melaka. Selepas tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, beliau memulakan tugas sebagai guru di SK Sungai Papan, Kota Tinggi, Johor pada November 2019. Murali menyertai Sesi Penulisan Intensif (Ogos 2019). Karya beliau tersiar di portal Eksentrika, akhbar Makkal Osai, majalah Thendral, dan antologi Landasan Hidup (2020).]

Reaksi pembaca beta bagi “Guruji dari Jaisalmer” [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]

Reaksi pembaca beta bagi “Anak Bunian” [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]