2 May 2024

Sesi Wawancara dan Menulis Karangan

Aktiviti

Bengkel Kemahiran Insaniah (Soft Skills)

Sesi Wawancara dan Menulis Karangan

 

Tarikh

26 Mei 2024 (Ahad) – cuti sekolah

 

Masa

9:00 pagi – 12:00 tengah hari

 

Tempat

Kuil Sri Maha Mariamman, Bukit Rotan, Kuala Selangor

Waze: Kuil Sri Maha Mariamman (Ladang Sungai Buloh)

 

Peserta

Ada dua kategori peserta:

A. Remaja berumur minimum 13 tahun yang berminat belajar menulis karangan Bahasa Malaysia, boleh menulis dengan baik menggunakan Bahasa Malaysia, serta boleh berkomunikasi (bercakap) Bahasa Malaysia dengan baik.

B. Orang dewasa (umur lebih 40 tahun) yang mahu berkongsi cerita dan pengalaman mereka dalam wawancara bahasa Tamil. Mereka mestilah individu yang membesar di ladang/estet sekitar Kuala Selangor. Mereka akan diwawancara tentang pengalaman semasa kecil serta nasihat mereka kepada generasi muda kaum India tentang pentingnya pendidikan/pelajaran dan minat membaca buku cerita.

 

Pembimbing

Uthaya Sankar SB ialah pengasas Kavyan dan aktif dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Beliau menerima pengiktirafan seperti Hadiah Cerpen Maybank-DBP, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Duta Keamanan (Korea Selatan), dan Anugerah Tokoh Saraswati (India). Karya terbaharu ialah Dewi Pertiwi (2024). Uthaya juga kolumnis di akhbar Utusan Malaysia sejak tahun 2020. [biodata penuh]

Atur Cara

Para peserta perlu menepati masa yang ditetapkan atau apa yang dinamakan “Waktu Kavyan”.

 

9:00 pagi

Ketibaan peserta dan pembimbing.

Hanya peserta yang sudah mendaftar dibenarkan hadir.

Peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan turut serta; walau apa pun alasan.

 

9:15 pagi

Penerangan dalam bahasa Tamil oleh pembimbing tentang teknik wawancara dan cara menulis karangan Bahasa Malaysia selepas wawancara.


[Wawancara Sundari Ganesan]

9:45 pagi

Peserta remaja mewawancara peserta dewasa dalam bahasa Tamil untuk mendapatkan bahan bagi menulis karangan Bahasa Malaysia. Wawancara berkaitan pengalaman semasa kecil serta nasihat kepada generasi muda tentang pentingnya pendidikan/pelajaran dan minat membaca buku cerita.

Setiap peserta remaja mewawancara satu orang dewasa dan mencatatkan nota/isi untuk digunakan bagi menulis karangan Bahasa Malaysia sepanjang sekitar 200-300 perkataan.


10:30 pagi

Peserta remaja membentangkan (menceritakan) hasil wawancara (isi-isi penting) menggunakan Bahasa Malaysia.

Peserta dewasa membetulkan jika ada fakta yang salah.

Pembimbing memberi cadangan dan idea menulis karangan yang menarik dan sesuai untuk siaran.

[Wawancara Sawthy @ Santhy Subramaniam]

11:00 pagi

Peserta remaja menulis karangan Bahasa Malaysia dengan kemas.

Pembimbing membuat rakaman video wawancara peserta dewasa dalam bahasa Tamil. Mereka sekali lagi menceritakan secara ringkas (maksimum 5 minit) pengalaman semasa kecil serta nasihat kepada generasi muda tentang pentingnya pendidikan/pelajaran dan minat membaca buku cerita.

 

12:00 tengah hari

Penyampaian cenderamata (buku cerita) kepada semua peserta.

Peserta remaja menyerahkan karangan kepada pembimbing. Karangan yang baik dan bermutu sahaja akan disiarkan di portal Sastera Kavyan.

Video wawancara peserta dewasa akan disunting dan disiarkan di YouTube.

Kesemua peserta akan menerima sijil digital (pdf).

[Lihat Foto] [Video 1] [Video 2]


Pakaian

Semua peserta digalakkan memakai pakaian tradisional kaum India supaya kelihatan cantik dalam foto dan rakaman video.

 

Alat Tulis

Kertas dan pen disediakan untuk peserta remaja. Bagaimanapun, peserta digalakkan membawa alat tulis sendiri.

 

Paparan di Media Sosial

Foto dan video akan disiarkan di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan blog bagi tujuan promosi dan dokumentasi.

 

Cara Mendaftar

Individu yang berminat dan memenuhi syarat perlu mendaftar nama penuh, nombor telefon, dan nombor MyKad kepada Encik Balakumaran (penyelaras). Pendaftaran ditutup sebaik ada lima peserta remaja dan lima peserta dewasa.