5 May 2024

Bengkel Bedah Cerpen Dalam Talian II

Pengenalan

Selain daripada cerpen konvensional yang panjangnya sekitar 2,000 perkataan dan disasarkan untuk siaran di akhbar serta majalah bercetak, terdapat juga minat para penulis menghasilkan cerpen yang lebih ringkas (pendek) dan disasarkan untuk siaran di portal dan media dalam talian (online). Pada masa sama, rata-rata penulis dan bakal penulis menghadapi kesuntukan masa untuk menulis cerpen yang panjang kerana terikat dan sibuk dengan komitmen kerja hakiki. Menyedari hakikat ini, saya mengendalikan bengkel khas secara dalam talian menerusi Google Meet untuk membantu membimbing dan membedah karya. Bengkel pertama dalam siri ini berlangsung pada 4 Mei 2024. Cerpen yang sudah dibedah dan dibengkelkan dinilai kesesuaian untuk disalurkan ke portal seperti Sastera Kavyan, Eksentrika, Cukaria, atau Selangorkini.

 

Bayaran Ikat Libat

Setiap peserta dikenakan bayaran ikat libat (commitment fee) RM15 (Ringgit Malaysia Lima Belas Sahaja). Bayaran ini tidak dipulangkan jika peserta gagal mengikuti sesi bengkel bedah cerpen atas apa alasan sekali pun.

 

Sijil Penyertaan Digital

Setiap peserta berdaftar yang mengikuti bengkel bedah cerpen sepenuhnya dan berjaya mengemukakan manuskrip bersih (dibaiki selepas dibedah pada bengkel) menerima sijil pendaftaran digital (pdf) sebagai kenang-kenangan. Nama pada sijil mengikut nama diberi semasa mendaftar. Sijil ganti tidak diberi.

 

Pembimbing

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. Bengkel penulisan turut dikendalikan secara dalam talian (Google Meet).  Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]

 

Beberapa Tarikh Penting

Harap maklum bahawa saya (Uthaya) amat menghormati masa para peserta dan meminta para peserta mematuhi “Waktu Kavyan” yang menjadi pegangan saya.

Mendaftar sebagai peserta — 18 Mei 2024 (9:00 malam)

Mengirim draf cerpen — 25 Mei 2024 (9:00 malam)

Menyertai sesi bedah cerpen — 1 Jun 2024 (9:00 – 11:00 malam)

Mengirim manuskrip bersih — 8 Jun 2024 (9:00 malam)

 

Bahasa

Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya juga dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu, tidak mahu, atau berpura-pura tidak tahu Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi peserta.

Prosedur Pendaftaran dan Penyertaan

1. Buat bayaran ikat libat RM15 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB) sebelum 18 Mei 2024 (9:00 malam).

2. Kirim maklumat diri (nama penuh untuk sijil) dan maklumat bayaran (tarikh dan masa) ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 18 Mei 2024 (9:00 malam).

3. Tulis draf cerpen sepanjang 400-800 perkataan sahaja. (Sebelum mula menulis, fikirkan ke media mana cerpen itu mahu cuba dihantar selepas dibengkelkan.)

4. Kirim draf cerpen dalam format .doc sebagai lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 25 Mei 2024 (9:00 malam).

5. Pembimbing menyemak dan meneliti manuskrip cerpen serta menyediakan komen bertulis untuk sesi bedah karya.

6. Sertai sesi bedah karya menerusi Google Meet pada 1 Jun 2024 (9:00 – 11:00 malam). Pautan (link) akan dihantar beberapa jam sebelum sesi.

7. Baiki karya dengan mengambil kira komen dan cadangan yang diberi semasa bengkel. (Harap maklum bahawa bukan tugas pembimbing membetulkan ejaan, imbuhan, tanda baca, kata sendi, dan seumpamanya.)

8. Kirim manuskrip bersih (yang disertakan maklumat diri dan biodata seperti akan diberitahu semasa bengkel) dalam format .doc sebagai lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 8 Jun 2024 (9:00 malam).

9. Sijil penyertaan digital dikirim kepada peserta yang layak.

10. Pembimbing akan menghubungi peserta untuk urusan mengirim karya (cerpen) ke media yang sesuai.

 

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 18 Mei 2024 (9:00 malam).