Thursday, 24 January 2019

Punca Anwar Dipecat …


“Saya menganggap Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah. Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.”

“Apa yang saya tahu ialah Anwar tidak layak dan saya tak fikir ada sebab lain. Dia tidak lagi dilihat boleh diyakini untuk menjadi pemimpin negara. Saya amat yakin dengan semua bukti yang ada dan apa yang telah dibuat.”

Menurut Mahathir lagi — dan dilaporkan media cetak pada 9 September 1998 — selain penyiasatan polis, beliau sendiri membuat siasatan mengenai tuduhan-tuduhan seks terhadap Anwar dan mendapati bukti-buktinya tidak dapat ditolak lagi.

Tapi mana ada musuh sebenar dalam politik? Kini, Mahathir pasti kata Anwar adalah suci sesuci-sucinya dan paling layak memimpin Tanah Melayu.

Bukti-bukti [mengenai tuduhan-tuduhan seks] yang “tidak dapat ditolak lagi” pada tahun 1998 pasti sudah hilang daripada ingatan … apa nama … Melayu Mudah Lupa.

Mereka berdua mungkin berkata “Kami sudah melupakan kisah silam” lalu timbul pula persoalan apa yang dimaksudkan:

(A) Benar, dia adalah peliwat tapi sekarang saya mahu dia jadi PM anda.

(B) Dia sebenarnya telah memfitnah dan menzalimi saya tapi saya maafkan sebab hanya melalui dialah kini saya ada peluang jadi PM anda.

Catatan ini untuk renungan anak-cucu. Baca juga   Anwar Mahu Bersihkan Nama — Anwar, LGBT dan Super Liberal — Anwar dan Ketuanan Melayu — Saiful and Anwar — Remaja Dalam Almari.