7 May 2020

25 Topik “Panas” Dalam Buku Malaiur Manikam

Dengan membaca buku Malaiur Manikam (2015), anda boleh memahami serta berhujah dengan bijak tentang topik-topik berikut yang mungkin jarang diperkatakan:

1 – Lembu Dalam Budaya Hindu

“Alasan sebenar orang Hindu tidak memakan daging lembu adalah berasaskan budaya dan kepercayaan tradisional; bukan berikutan tuntutan agama semata-mata.” [baca petikan]

2 – Makna Sebenar Thaipusam

“Ramai yang menganggap sambutan Thaipusam sebagai menandakan tarikh kelahiran Murugan yang juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Subramaniam, Velan, Kanthan, dan Saravanan.” [baca petikan]

3 – Cerita Kecil Tentang Agama Hindu

“Kisah yang saya sampaikan ini adalah ringkasan paling umum bagi membantu orang ramai memahami bagaimana agama Hindu bermula.” [baca petikan]

4 – Ponggal Bukan Sekadar Pesta Menuai

Purana tidak mempunyai apa-apa cerita mengenai asal-usul Ponggal. Bagaimanapun, ada satu cerita yang menarik mengenai Dewa Indra iaitu dewa yang diraikan pada perayaan Boghi.” [baca petikan]

5 – Hak Istimewa Orang Melayu

“Dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu, serta kedudukan istimewa orang Melayu.” [baca petikan]

6 – Takkan Melayu Hilang Di Malaysia

“Apa yang saya bimbang adalah kemungkinan tiba suatu hari bilamana segala Hak Istimewa Orang Melayu serta perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Wasiat Raja-raja Melayu tidak lagi menjadi hak serta dinikmati secara eksklusif oleh orang Melayu-Islam.” [baca petikan]

7 – Tentang Guru Agama Sikh

“Terdapat sepuluh Guru dalam agama Sikh. Guru kesepuluh memutuskan bahawa Guru kesebelas dan terakhir dalam agama Sikh adalah Sri Guru Granth Sahib.”

8 – Berapa Tuhan Orang Hindu?

“Walaupun dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza, Tuhan dalam agama Hindu tetap Esa.”

9 – 330 Juta Tuhan Hindu

“Untuk memahami makna sebenar ungkapan ini, tentulah kita perlu memahami beberapa perkara asas dalam ajaran Hindu.”


10 – Kisah Tentang Malayu

“Jangan haraplah mahu membaca fakta/sejarah ini dalam buku-buku Sejarah di sekolah pada masa kini. Apa yang secara terang-terangan disajikan di sekolah sekarang adalah sejarah versi manipulasi.” [baca petikan]

11 – Perihal Raja-raja Melayu

“Amat menarik untuk meneliti konflik yang muncul antara golongan Raja-raja Melayu dan ‘pemerintah’ (UMNO-Barisan Nasional) sejak negara mencapai kemerdekaan.”

12 – Transgender Dalam Mitos Hindu

“Makalah ini bertujuan memberikan pendedahan serba umum bahawa kehadiran golongan transgender bukan sesuatu yang baru dalam budaya India-Hindu.”

13 – Transgender Dan Agama

“Di Malaysia, topik berkaitan transgender amat kurang diperkatakan secara positif, adil, dan bermaruah. Sebaliknya, selalu sahaja diberikan gambaran paling buruk oleh media arus perdana.”

14 – Pak Nyah Tidak Terlepas Gangguan

“Golongan pak nyah mungkin bernasib lebih baik kerana ‘tidak kelihatan’ pada mata pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, golongan pak nyah juga tidak terlepas daripada berdepan pelbagai cabaran berbentuk gangguan seksual dan gangguan mental.”

15 – Memahami Konsep Berhala Hindu

“Masalah paling besar adalah apabila penganut Hindu sendiri kurang — atau langsung tidak — memahami bidang sains imej atau ikonografi yang menjadi asas kepada pembuatan dan pemilikan berhala dewa-dewi.” [baca petikan]


16 – Memahami Minda Melayu

“Hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa isu-isu berkaitan orang Melayu, budaya Melayu, dan bahasa Melayu dianggap terlalu sensitif, serta lebih baik dibiarkan begitu sahaja tanpa mengungkitkan sebarang persoalan.” [baca petikan]

17 – Kaum Melayu Tidak Wujud?

“Bukan sahaja kewujudan ‘kaum Melayu’ dipersoalkan, tetapi tidak wujud sebuah negara bernama ‘Melayu’ sebagai bukti asal-usul nenek-moyang mereka.” [baca petikan]

18 – Memahami Masalah Melayu

“Pelbagai isu dan polemik semasa dijadikan bahan untuk membicarakan serta menganalisis akal dan budi orang Melayu.” [baca petikan]

19 – Dilema Sekelompok Melayu

Uthaya kata bangsa Melayu tidak wujud.” [baca petikan]

20 – Cerita Di Sebalik Pottu

“Pemakaian pottu mempunyai cerita tersendiri yang mungkin tidak diketahui generasi muda India-Hindu sendiri di negara bertuah ini.” [baca petikan]

21 – Kisah Kek Dan Hak Melayu

“Kini, 70 orang Melayu (termasuk 20 orang yang ‘masuk Melayu’) terpaksa berebut untuk mendapatkan 50 kek.” [baca petikan]

22 – Mengenali Lima Epik Agung Tamil

“Kumpulan lima epik agung berkenaan dikenali sebagai Aimperukapiyam (Lima Karya Besar) dan menjadi semacam ‘teks wajib dibaca’ bagi para peminat sastera klasik Tamil.” [baca petikan]


23 – Jesus dan Isa: Serupa Tapi Tak Sama?

“Saya sering tertanya-tanya mengapa ada dua ‘versi’ berbeza bagi individu yang sama. Individu yang benar-benar wujud dalam sejarah dunia.” [baca petikan]

24 – Veda Sebagai Asas Hinduisme

“Secara paling mudah, veda bermakna ‘ilmu’ atau ‘pengetahuan’. Maka, secara paling mudah, segala ajaran dalam kitab-kitab Veda menjadi panduan ke arah kehidupan yang sihat, progresif, kondusif, menyeluruh, teratur, gembira, aman, bermanfaat, dan beretika secara zahir dan batin.”

25 – Mengenali Ciri-ciri Ajaran Buddha

“Kita perlu faham bahawa Gautama tidak pernah mengaku dirinya nabi atau penerima wahyu daripada Tuhan. Gautama lahir sebagai manusia, hidup sebagai manusia, dan meninggal dunia sebagai manusia.”


Sebagaimana dijanjikan, dengan membaca buku Malaiur Manikam (2015), anda boleh memahami serta berhujah dengan bijak tentang topik-topik di atas yang mungkin jarang diperkatakan. [Beli di sini]


Tonton  [VIDEO di YouTube]


Kertas kerja di atas dibentangkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 19 Oktober 2019. [Baca Abstrak] [Artikel Penuh

Mahu membeli buku Malaiur Manikam? [klik di sini]