“Sastera menjadi jambatan pemahaman antara
kaum, antara negara, antara agama dan peradaban. Sastera tidak mengenal
sempadan dan ruang. Semoga pemahaman sastera dan bahasa akan merapatkan yang
renggang, mencantumkan yang terpisah, mengarusperdanakan yang terpinggir, dan
menjalin persefahaman yang sebenar,” katanya.
Beliau menyentuh mengenai beberapa karya
dari Eropah, India dan China untuk menjelaskan betapa sasterawan dan penulis di
Malaysia perlu mengenali karya-karya pelbagai bahasa dari negara-negara luar
yang mengangkat pelbagai budaya dan kisah hidup.
Makalah ini pula bertujuan memperkenalkan
serba-sedikit mengenai lima epik agung bahasa Tamil yang wajar diketahui para
penulis muda dan penulis mapan di Malaysia. Orang ramai juga wajar mengambil
tahu supaya mampu memahami minda orang Tamil.
Kumpulan lima epik agung berkenaan dikenali
sebagai “Aimperukapiyam” (Lima Karya
Besar) dan menjadi semacam “teks wajib dibaca” bagi para peminat sastera klasik
Tamil.
Kelima-lima teks klasik ini asalnya ditulis
pada daun lontar. Hanya selepas tahun 1880-an, satu demi satu karya mula
disalin semula dan diterbitkan dalam bentuk buku. Malah, manuskrip asal bagi
dua daripada epik ini yang ditulis pada daun lontar masih belum ditemui.
[Makalah ini ditulis pada 23 Disember 2014 dan disiarkan di Projek Dialog pada 2 Januari 2015. Rujuk buku Malaiur Manikam untuk membaca makalah penuh. BACA TOPIK BERKAITAN DI SINI. © Uthaya Sankar SB 2015. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini
serta segala kandungan mana-mana blog
kendalian Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]