21 Oct 2019

43 Sebab Anda Perlu Membaca Karya Uthaya

Pada pagi 20 Oktober 2019, saya [Uthaya Sankar SB] menghubungi sejumlah rakan dalam usaha menyediakan senarai 12 Sebab Anda Perlu Membaca Karya-karya Uthaya Sankar SB.

Senarai itu bagi membantu orang ramai mengenali (dan mungkin membeli) buku-buku saya. — [Senarai Buku di Sini]

Sambutan dan sokongan moral yang diterima daripada rakan-rakan budiman amat memberangsangkan!

Saya menerima reaksi daripada 36 individu. Kemudian, pada akhir Ogos 2020, empat lagi rakan sudi berkongsi reaksi. Senarai dikemas kini dari semasa ke semasa.

Maka, berikut senarai 43 Sebab Anda Perlu Membaca Karya-karya Uthaya Sankar SB.

1. “Dapat menjelajah dan menghayati epik India yang unik dan teragung.” – Mu. Pa. Selva (Shah Alam, Selangor)

2. “Anjakan paradigma dalam memperkenalkan keunikan budaya India kepada seluruh masyarakat Malaysia.” – Thiruselvam Padmanabhan (Shah Alam, Selangor)

3. “Straight to the point. An unique way of introducing Indian culture in Bahasa Malaysia which is a rare initiative among other Malaysian authors.” – Sivasangari Ramasamy (Kuala Lumpur)

4. “Setiap kali saya membaca karya Uthaya ia mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak serta membantu saya mengenali diri sendiri.” – Navanitha @ Nitha Nairu (Menglembu, Perak)

5. “Malaysia mempunyai seorang penulis yang berani menyuarakan suara rakyat dalam penulisannya.” – Saraswathy Sivangnanam (Rawang, Selangor)

6. “Tulisan yang mudah difahami, pandangan yang realistik, serta membincangkan isu-isu yang penting bagi masyarakat.” – Salma Dhineswary (Rawang, Selangor)

7. “Penulisan Uthaya berpandukan fakta yang nyata.” – Prem Kanna Dorairaj (Rawang, Selangor)

8. “Uthaya’s books are well researched, informative and a pleasure to read.” – Gopala Krishnan Sekharan Nair (Seberang Perai, Pulau Pinang)

9. “Uthaya menulis tanpa sempadan untuk semua lapisan masyarakat. Hanya penanya sahaja yang dapat mengawal tulisan dan pandangannya.” – KA. S. Annadurai (Petaling Jaya, Selangor)

10. “Berisi, padat dan cukup memberangsangkan, terutamanya bagi memahami budaya kaum India di Malaysia.” – Lim Hwang Dat (Rawang, Selangor)

11. “Selain mesej dan cerita, karya-karya Uthaya amat membantu saya belajar menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul.” – Sivabarathi Munikanan (Puchong, Selangor)

12. “Tidak ramai warga Bukan Melayu yang mampu menulis dalam bahasa kebangsaan dengan santun sepertinya.” – Nik Mohd Yusoff Nik Ismail (Kampung Meru, Selangor)

13. “Honest, constructive and uplifting articles.” – Sumathi Muniandy (Skudai, Johor)

14. “Menonjolkan budaya kaum India dalam karya menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.” – Ramakrishnan Ramasamy (Klang, Selangor)

15. “Karya-karya yang mampu memupuk minat membaca. Fakta yang dimasukkan dalam karya juga sangat bernas.” – Punithavathy Arumugam (Kuala Lumpur)

16. “Uthaya is perhaps the only Malaysian Indian writer who painstakingly retells Indian literature into Bahasa Malaysia, thus allowing more people the opportunity to enjoy these stories.” – Sukhbir Cheema (Seremban, Negeri Sembilan)

17. “Uthaya sebagai seorang karyawan mempunyai keunikan tersendiri; berani menerobos dimensi penulisan yang jarang diteroka penulis lain.” – Mohamed Nasser Mohammed (Shah Alam, Selangor)

18. “Karya-karya Uthaya berupaya membenihkan ilham dan pemikiran kritis.” – Suganiya Jayabalan (Pengkalan Hulu, Perak)

19. “Karya yang memuatkan cerita yang asli serta unsur budaya dan tradisi.” – Indrarao B. Ramulu (Taiping, Perak)

20. “Uthaya menghasilkan karya tentang budaya kaum India dalam Bahasa Malaysia. Maklumat yang disajikan adalah tepat dan berdasarkan kajian.” – Alexandar Anthony Dars (Ipoh, Perak)

21. “Karya-karya Uthaya sangat membantu membina ilmu dan menambah pengetahuan.” – Adam Arokia Ammaradass (Taiping, Perak)

22. “Memberi kesan komunikatif kerana pembaca dapat berimaginasi dan membayangkan gambaran dalam penulisan Uthaya.” – Jaymani Sevanathan (Klang, Selangor)

23. “Karya-karya Uthaya mengajar saya supaya sentiasa menggunakan bahasa yang betul dan sewajarnya.” – Thanusya Shanmuganathan (Petaling Jaya, Selangor)

24. “Wonderful books. Suitable for everyone.” – Jayasri Sri Ramuloo (Puchong, Selangor)

25. “Uthaya ada kebolehan mengolah dan menyampaikan cerita dengan penuh realistik.” – Venoo Kuppusamy (Taiping, Perak)

26. “Karya-karya Uthaya seperti hujan ilmu yang membasahi tanah gersang.” – Murali Mohan (Pasir Gudang, Johor)

27. “Karya-karya Uthaya membuatkan saya mahu meneroka lebih lanjut isu-isu yang diketengahkannya.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)

28. “Hasil karya yang menarik, berinformasi dan mempunyai nilai estetik.” – Dennis Teo Wei Xiang (Puchong, Selangor)

29. “Seorang penulis yang berkredibiliti, berpengalaman, berfikir di luar kotak dan mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada pembaca.” – Suresh Kumar N. Vellymalay (USM, Pulau Pinang)

30. “Karya Uthaya sangat unik kerana mampu menceritakan semula kisah-kisah klasik dengan penuh kreatif.” – VK Ezhilarasi Velautham (Pandan Perdana, Kuala Lumpur)

31. “Membaca karya-karya Uthaya mendekatkan saya kepada budaya Hindu dan India.” – M. Mahendran (Bentong, Pahang)

32. “Karya Uthaya mengingatkan tentang keindahan tradisi India-Hindu yang menjadi sebahagian jati diri dan akar umbi Tanah Melayu.” – Dina Salvatore (Seri Kembangan, Selangor)

33. “Karya yang jujur dan unik.” – Rushida Abdul Wahid (Meru, Selangor)

34. “Remarkable angles of thought through engaging pieces of writings.” – Vikneswaran Muniandy (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)

35. “Karya-karya Uthaya mengungkap kisah-kisah masyarakat dan diperhalusi dengan mesej-mesej yang sesuai dengan keadaan semasa.” – S. Ghanthimathi (Klang, Selangor)

36. “Karya Uthaya memaparkan kerencaman persoalan kehidupan masyarakat yang digarap pula melalui gaya bahasa yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.” – Abang Sallehuddin Abg. Shokeran (Ketua Pengarah DBP)

37. “Karya Uthaya selalu memberi memberi banyak maklumat tentang pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, tulisannya juga membantu pembaca memahami pelbagai perkara yang mungkin tidak pernah didengar sebelum ini. – Ngan Siew Sin (Alor Gajah, Melaka)

38. “Karya-karya Uthaya mampu menarik minat pembaca serta memberi sesuatu yang luar biasa kepada pembaca. Senang difahami dan straight to the point.” – Nor Azian Azami (Merbok, Kedah)

39. “Karya-karya beliau yang pernah saya baca cukup unik.” – Zaitun Mohd Razeli (Sijangkang, Selangor)

40. “Pertama kali apabila saya mendengar bahawa ada buku-buku berunsur budaya Hindu ditulis dalam bahasa kebangsaan, saya kagum dan amat gembira. Saya mula meminati karya Uthaya dan terus meluangkan masa untuk mendalami penulisannya. Ia turut memberi dorongan kepada saya untuk mengikuti jejak beliau. Mungkin saya pun boleh memulakan misi saya yang terkubur lama. Uthaya menjadi bukti bahawa seseorang  yang mahir dalam Bahasa Malaysia juga mempunyai ruang yang terbuka untuk berjaya.” – Rajeswari Raman (Klang, Selangor)

41. “Pembaca akan mendapat sudut pandangan yang berbeza tentang sesuatu isu. Bukan semua penulis berani menulis apa yang ingin diperkatakan kerana takut akan dihakimi masyarakat. Saya amat berharap hasil penulisan Uthaya bakal melahirkan generasi yang mampu berfikir tanpa kotak.” — Chelvi Ganesan (Lahat, Perak)

42. “Tulisan yang mudah difahami dan padat. Karya Uthaya memberi kesan yang sederhana namun ampuh.” — Fairul Afikin Uzair (Puncak Perdana, Selangor)

43. “Hasil karya Uthaya memang unik, berkualiti, dan tidak boleh dibandingkan dengan karya penulis lain. Karya yang mampu mendorong semua lapisan masyarakat  membaca dan menghayati Bahasa Malaysia.” Malini Lakshmi Bai (Cheras, Kuala Lumpur)