28 Feb 2014

Memahami Konsep Berhala Hindu

Sesungguhnya Hinduisme adalah antara agama Tauhid yang pertama dan tertua di dunia. Fakta ini mungkin mahu dipertikaikan puak tertentu tetapi tidak boleh dinafikan. Malah, Kamaludin Endol dalam bukunya Hinduisme Agama Tauhid Terawal? (2014) mengemukakan hujah bahawa ajaran Hindu adalah agama Tauhid pertama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Adam.

Ajaran Hindu sering dikaitkan dengan penyembahan berhala. Stereotaip ini sudah terlalu lama berleluasa – khususnya di Malaysia – sehingga ramai yang terlupa akan hakikat bahawa Hindusime bukan (ulang: bukan) agama politeisme yang menyembah berhala.

Lalu orang ramai – dan tentunya puak etnosentrik, fanatik, pelampau, rasis dan ultra kiasu – akan mempersoalkan mengapa penganut Hindu pergi ke kuil dan menyembah berhala Murugan, Shiva, Ganesha, Mariamman, Kaali dan sebagainya.

Makalah bertajuk Memahami konsep berhala Hindu(Projek Dialog, 27 Februari 2014) boleh memberikan huraian lanjut. Makalah penuh dalam buku Malaiur Manikam. Sila baca atas pilihan sendiri dan harap sudi dikongsikan bersama-sama rakan-rakan dan kaum keluarga yang mungkin berminat. Baca juga: Koleksi Makalah Berkaitan Ajaran Hindu.