Budaya kaum
Masyarakat India di Malaysia merupakan generasi kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Namun, di negara bertuah ini, rata-rata kaum India masih dilabel sebagai “pendatang” bagi tujuan politik.
Apa pun, budaya dan kepercayaan nenek-moyang yang berasal dari Benua Kecil
Kebanyakan “kepercayaan” dianggap tidak logik oleh generasi muda. Lalu, dinamakan sebagai “kepercayaan karut”. Bagaimanapun, jika diteliti, akan nampak bahawa sesungguhnya terdapat alasan yang logik di sebalik setiap kepercayaan.
Kepercayaan dalam budaya
Penampilan unsur-unsur seperti inilah yang menyebabkan masyarakat moden – khususnya generasi muda – mula menganggap kepercayaan kaum
Sesungguhnya, memang tidak ada sebarang bukti konkrit dapat dikemukakan bagi menyokong hujah dalam kepercayaan yang menjadi amalan kaum
Misalnya, masyarakat
Pasti sahaja tidak ada kejadian sebenar yang dapat dijadikan bukti untuk menyokong hujah dalam kepercayaan ini. Misalnya, belum ada individu dalam masyarakat yang membuat kenyataan bahawa dirinya kurus-kering dan tidak pernah kenyang kerana setiap kali dia makan di tempat gelap, ada “hantu” yang mencuri makanannya.
Kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat
Sebagai contoh, masyarakat
Tentu sekali “kepercayaan” ini tidak dapat dibuktikan menggunakan teori sains! Sebab itulah juga generasi muda – atau kelompok yang menganggap diri mereka sudah “moden” – ketara menganggap segala “kepercayaan” ini sebagai “kepercayaan karut”.
Kalau kita teliti, setiap kepercayaan dalam masyarakat
Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negatif. Sebagai contoh, perbuatan mengasah pensel pada kedua-dua belah. Natijahnya adalah ibu bapa akan bergaduh.
Tentu sekali kanak-kanak tidak mahu melihat ibu bapa mereka bergaduh. Lalu, mereka disuakan dengan cerita yang menakutkan ini dengan harapan kanak-kanak berkenaan tidak akan mengasah pensel pada kedua-dua belah.
Bagi mereka yang makan di tempat yang gelap pula, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu. Akibatnya, secara logik, kanak-kanak tidak akan berani makan di tempat gelap dan tidak diterangi cahaya.
Bagi remaja dan kanak-kanak yang suka bersiul pada waktu malam, mereka ditakut-takutkan dengan “kepercayaan” bahawa perbuatan mereka akan membawa kesan negatif, iaitu ular akan masuk ke dalam rumah.
Setiap kepercayaan dalam masyarakat
Misalnya, masyarakat India – khususnya yang beragama Hindu – percaya bahawa pada hari-hari perayaan seperti Tahun Baru, Deepavali, Ponggal, Onam dan Ugadi, setiap individu perlu membuka mata pada waktu subuh dan memandang apa-apa objek yang dianggap suci. Tindakan itu dikatakan akan membuatkan hidup mereka diberkati dengan kebahagiaan, kemewahan dan segala macam kebaikan.
Namun, seperti yang dikatakan tadi, rata-rata kepercayaan ini dianggap “karut” oleh generasi muda yang kononnya berfikiran moden. Mereka tidak dapat menerima alasan dan cerita yang dikemukakan oleh generasi terdahulu bagi setiap amalan dan kepercayaan dalam masyarakat.
Pada masa sama, generasi muda ini sebenarnya masih tepu dengan kepercayaan. Bezanya, mereka menerima kepercayaan dari luar; sama ada daripada masyarakat luar atau dari negara luar.
Tanpa mereka sedari, generasi muda kaum
Sebagai contoh, ada kelompok muda kaum
Walau dalam masyarakat mana sekali pun, setiap amalan dan kepercayaan pasti ada penjelasan yang logik dan boleh diterima akal. Dalam masyarakat Cina, misalnya, angka 4 dikatakan membawa sial kerana sebutan angka “empat” hampir sama bunyinya dengan sebutan “mati”.
Penjelasan yang logik juga dapat dikemukakan bagi setiap amalan dan kepercayaan dalam masyarakat
Orang tua biasanya hanya menceritakan kepercayaan (misalnya, jangan bersiul pada waktu malam) serta cerita yang menakutkan (misalnya, ular akan masuk ke dalam rumah). Mereka tidak menerangkan alasan rasional (misalnya, mengganggu orang yang mahu tidur atau berehat).
Lama-kelamaan, apabila kepercayaan itu disampaikan pula oleh generasi terdahulu kepada generasi terkemudian, yang tinggal hanyalah “cerita yang menakutkan” tanpa disertai “alasan rasional”.
Maka tidak salah jika generasi muda yang berfikiran moden menganggap segala kepercayaan dalam masyarakat
Rata-rata mereka menolak kepercayaan dan amalan dalam masyarakat
Sepatutnya, generasi muda yang berpendidikan dan berfikiran moden perlu berfikir secara rasional. Generasi terdahulu telah melakukan kesilapan dengan hanya menyampaikan “cerita yang menakutkan” bagi menyokong segala amalan dan kepercayaan.
Generasi muda perlu sedar bahawa walaupun tidak akan penjelasan saintifik atau bukti terhadap “cerita yang menakutkan”, namun pasti ada sebab mengapa nenek-moyang kita mewujudkan segala macam kepercayaan itu.
Setiap kepercayaan yang dianggap “karut” itu amat wajar diteliti secara rasional untuk mengungkapkan semula penjelasan logik yang tersembunyi di sebaliknya.
Sebagai contoh, kanak-kanak dinasihatkan supaya tidak mengasah pensel pada kedua-dua belah. “Cerita yang menakutkan” adalah bahawa ibu bapa akan bergaduh. Tiada penjelasan saintifik dan bukti konkrit bagi menyokong kepercayaan ini.
Generasi muda yang terpelajar sepatutnya menggunakan akal rasional untuk meneliti semula kepercayaan ini untuk memahami makna yang tersirat. Pasti sahaja perbuatan kanak-kanak mengasah pensel pada kedua-dua hujung boleh mengakibatkan dia tercucuk mata semasa menggunakan pensel berkenaan.
Jika kita makan di tempat yang gelap, kita tidak akan tahu apa yang kita suap ke dalam mulut. Mungkin ada serangga yang terjatuh ke dalam makanan. Atau mungkin kita akan tergigit cili padi. Itulah antara penjelasan logik mengapa masyarakat
Kalau diteliti, setiap amalan dan kepercayaan dalam masyarakat
Kini, terpulang kepada kebijaksanaan generasi muda yang berpendidikan dan berfikiran moden untuk mengkaji dan memahami rasional di sebalik setiap amalan dan kepercayaan itu.