Tajuk: Plot A Murder: Merangka Jalan Cerita
Tarikh: 16 Ogos 2020
(Ahad)
Masa: 4.00 – 6.00 petang
Pelantar: Google Meet
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Pengeras: RM10 sahaja
Peserta: Penulis dan Peminat Cerpen Bermutu
Peserta perlu ada akses Google Meet. Sesi ini diatur
susulan kejayaan Ceramah Penulisan
Cerpen (7 Jun 2020), Memancing Minat
Pembaca (21 Jun 2020), Mata Mendengar, Telinga Berbicara
(5 Julai 2020), Sajian Non-Cereka Kreatif
(19 Julai 2020), dan Menyuntik Budaya ke
dalam Cereka (2 Ogos 2020). Ceramah dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dengan
bantuan tayangan slaid minimalis.
Sesuai bagi pelajar, mahasiswa, guru, pengkaji, penulis, bakal
penulis, pengkritik, peminat sastera, pencinta buku, dan sesiapa yang mampu
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.
Untuk mendaftar dan membayar pengeras (RM10 sahaja) bagi sesi Plot A
Murder: Merangka Jalan Cerita,
hubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 9:00 malam, 13 Ogos 2020
(Khamis). Pendaftaran lewat tidak mampu dilayan.
Jumlah peserta yang disasarkan
adalah sekitar 10 orang sahaja supaya
tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta. Para peserta digalakkan
berinteraksi dan bertanya soalan semasa sesi berlangsung.
Berikut komen dan reaksi
sebahagian peserta yang mengikuti sesi perkongsian pada 16 Ogos 2020:
“Terima kasih atas perkongsian.
Akhirnya saya jumpa penyelesaian kepada masalah yang sering membelenggu saya
iaitu penyusunan plot. Sesungguhnya hari ini memberi ilham pada saya.” — Ahmad Faizal
Mohd Soaudi
“Satu sesi yang memberangsangkan.
Satu lagi refresher course yang
berguna kepada penulis yang sudah menghasilkan banyak karya.” — Thanusya
Shanmuganathan
“Perkongsian hari ini
berkaitan merangka jalan cerita yang sangat bermanfaat, serta menghindar plot
yang tidak perlu dalam penulisan cerpen. Saya belajar lagi ilmu baharu yang
sememangnya banyak dalam dunia kesusasteraan.” — Mahamad Fauzi bin
Ab. Razak
“Terima kasih atas
perkongsian tadi. Memberi banyak maklumat buat saya yang masih baru dalam
bidang penulisan. Dengan bayaran (pengeras) yang benar-benar tidak masuk akal.
Moga saya diberi peluang untuk belajar lagi.” — Nor Azian binti
Azami
“Ceramah hari ini sungguh
bermanfaat. Saya yang menulis tanpa pelan selama ini, akan cuba buat seperti
yang diajar untuk menghasilkan cerpen yang lebih cantik nanti.” — M. Mahendran
[Lihat juga — Bimbingan Penulisan
Cerpen Menerusi E-mel]
Cerpen (cerita pendek) perlu menampilkan watak yang sedikit,
latar tempat yang khusus, dan latar masa yang terhad. Bagaimana untuk
melakukannya jika kisah yang mahu ditulis merangkumi jangka masa dua puluh
tahun?
Apabila seseorang mahu membunuh atau merompak bank atau
merampas harta orang, jenayah itu tidak dilakukan secara spontan. Sebaliknya,
dirangka dan dirancang secara penuh teliti terlebih dahulu. Kemudian, barulah
dilaksanakan dengan penuh jaya!
Ceramah Plot A Murder: Merangka Jalan Cerita tidak mengajar peserta
cara merancang plot untuk membunuh atau
merompak bank atau merampas harta
orang. Sebaliknya, peserta akan tahu teknik terbaik untuk menyusun plot cerita
yang memenuhi tuntutan penulisan cereka; sekali gus mampu menarik perhatian
editor dan pembaca.
[Lihat juga — Projek Menulis Karya 200 Perkataan]
Ilmu ini bukan hanya penting bagi penulisan cerpen berbentuk
thriller, tetapi juga bagi cerpen bertema cinta, cerpen berdasarkan pengalaman
peribadi, dan apa-apa karya yang mahu dipanggil “cerpen”.
Beberapa cerpen yang termuat dalam antologi Busana Bahasa
(2019) dan Landasan Hidup
(2020) akan dijadikan rujukan bagi membantu pemahaman tentang plot yang “baik” (berjaya)
dan plot yang “kurang baik” (kurang berjaya).
Para peserta dinasihatkan supaya menyediakan kertas/buku dan
alat tulis untuk mencatat nota. Slaid PowerPoint
tidak diedarkan.
Peserta yang mengikuti sepenuhnya ceramah Plot A Murder: Merangka
Jalan Cerita akan menerima sijil penyertaan (versi PDF). Sijil akan
dikirim selepas rekod kehadiran dan penglibatan disemak.
[Lihat juga — Khidmat Penyuntingan
Profesional]
Sesi bimbingan sebelum ini termasuk Sesi Penulisan Intensif Sasterawan
Kavyan (November 2019), Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen
Menara (Mac 2020), Ceramah Penulisan Menerusi
Google Meet (mulai Jun 2020), Bimbingan Penulisan
Cerpen Menerusi E-mel (mulai Jun 2020), dan Projek Menulis Karya 200 Perkataan
(mulai Julai 20200. Uthaya sedang menyelenggarakan Peluru Aksara: Antologi Karya PenulisMalaysia dan menyiapkan Putaria: Kumpulan Fiksyen Bahasa
Malaysia.
Harap sudi berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan dan saudara mara yang
mungkin sedang mencari ruang dan peluang untuk belajar menghasilkan cerpen bermutu,
atau merupakan pencinta bahan bacaan bermutu dan mahu tahu “rahsia” penulisan
cerpen.