31 Jan 2010

i don need any eng class

Pada 27 Januari 2010, seorang individu – nama tidak perlu disebut – mengundang reaksi yang pelbagai berikutan tindakannya yang memperlekehkan pegangan saya berhubung soal penggunaan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca, tatabahasa dan sebagainya di Facebook.
.

Komen-komen telah saya terima daripada rakan-rakan apabila saya menyatakan perkara itu pada ruangan status pada Facebook. Saya memuatkan “kisah” itu di blog sebagai bahan dokumentasi dan kenangan hari tua.

.

Sila KLIK DI SINI jika anda berminat untuk membacanya.

30 Jan 2010

Menulis Ulasan Cerpen

Projek “Jom Bergaya dengan Buku!” yang dimulakan oleh Kavyan pada Ogos 2009 masih diteruskan sebagai salah satu usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
.

Sebelum ini, telah diadakan aktiviti “Hadiah Buku Percuma” yang menyaksikan peserta menulis karangan mengenai Sasterawan Kavyan. [Sila KLIK DI SINI untuk membaca mengenainya.]

.

Terkini, Kavyan menganjurkan “Pertandingan Menulis Ulasan Cerpen Sasterawan Kavyan”.

.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum 15 tahun dan para pemenang akan menerima hadiah berupa bahan bacaan.

.

Peserta perlu memilih sebuah cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh penulis kaum India dan menulis sebuah ulasan sepanjang 300-500 patah perkataan.

.

Ulasan perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan dikirim kepada penganjur melalui e-mel sebelum 28 Februari 2010.

.

Orang ramai yang berminat mengambil bahagian boleh mendapatkan maklumat lanjut DI SINI.

29 Jan 2010

Altering the Negligence

Petikan cerpen “Mengubah Alpa” (Uthaya Sankar SB, Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia, 2009) diterjemah ke Bahasa Inggeris pada 22 Januari 2010 dan disampaikan oleh Shyamala Dhoraisingam Samuel pada acara Baca Cerpen Kathakali di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 24 Januari 2010.
.

.

This is not a new story. Each and every problem and issue portrayed here has already been discussed in general and in detail in hundreds – and perhaps in thousands – of stories written in Tamil.

.

The latest would be M. Balachandran’s Alpa, a novel published by Dewan Bahasa dan Pustaka in 2006. Anyway, since our existence was not at all explained in that particular novel, we have decided to come forward to share our narrative directly with you.

.

Our version of this story can be read together with previously written stories which highlight the theme of Tamil schools in the estates; or can always be read separately as a stand-alone story.

.

Indeed, it is better if you regard this narrative as a stand-alone story, so that the other writers who have tried to portray us in their stories in the past would not lose their temper, and therefore punish us in their up-coming creations.

.

The novel Alpa tells about the main character, Teacher Siva, a graduate from a teachers’ training college in Kuala Lumpur who is sent to the Selama Estate Tamil Primary School in Kedah.

.

The 23-year-old teacher accepts the offer heavy-heartedly. Nevertheless, Teacher Siva’s attitude is said to have changed drastically after he started his job here.

.

It seems that Teacher Siva has started to realise the poor state of Tamil school education system, the unlucky estate dwellers and the outcry of the younger generations here.

.

Within the 116 pages of this novel, the writer is said to have managed to portray the actual image of an estate inhabitated mainly by people of the Indian origin.

.

“I think it makes sense that we are not portrayed in most of the stories. Indeed, I would say that such a thing is done intentionally by those writers who are smart in using their creativity and poetic license to criticise on social issues.”

.

The others among us looked at the one among us who spoke his mind during our meeting in an old shack near the school.

.

According to our original plan, we wanted to have our meeting in the Selama Estate Tamil Primary School. But it seems that Teacher Siva has already arranged for another meeting there with Brother Ravi and a group of young men from our estate.

.

“What do you mean?” Someone among us asked when the person who spoke earlier did not go on to explain further.

.

“Maybe the local Tamil writers purposely chose not to portray in detail the character and characterization of us, a group of Tamil school students. Perhaps it is the very intention of the writers to put across a strong message to the common readers.”

28 Jan 2010

Gigi dan Tulang Belakang

Pada Rabu, 20 Januari 2010, Devishi Prabha Sankari mengadu sakit gigi. Lalu, kami memutuskan untuk pergi berjumpa doktor gigi pada hari Sabtu.
.

Pada 21 Januari, sementara ramai peminat filem berpusu-pusu pergi menonton filem Ligeon – dan mungkin ada juga individu yang sibuk merancang strategi menyerang rumah-rumah ibadat – saya dan Devishi menonton Tooth Fairy di The Summit USJ.

.

Pada awal pagi Jumaat, 22 Januari, kami berdua melayari internet di kafe Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Sempat juga kami berbual secara “bersemuka” menggunakan Skype dengan Ganesan Duraisamy yang kini melanjutkan pelajaran di Middlesbrough, Britain.

.

Pada sebelah petang, selepas sekolah, saya dan Devishi ke pasar malam untuk membeli sedikit makanan. Kemudian kami menonton The Princess and the Frog yang buat pertama kali menampilkan wirawati kulit hitam.

.

Malah, watak wirawati tidak hanya menanti untuk berkahwin dengan putera raja, seperti dalam filem-filem animasi Disney sebelum ini. Sebaliknya, mempunyai tulang belakang, berdikari dan bercita-cita tinggi.

.

Pada pagi Sabtu, 23 Januari, saya dan Devishi ke rumah Vila Attei di Taman Botanik, Klang. Malangnya, kurang meriah kerana kedua-dua anaknya menghadiri kelas ganti.

.

Selepas itu, kami berdua pergi ke sebuah klinik pergigian di Taipan USJ; klinik yang sama di mana gigi Devishi ditampal tiga tahun lalu. Kebetulan, doktor memaklumkan bahawa gigi yang sama sudah rosak dan perlu dicabut. Tambahan pula, gigi baru sedang tumbuh.

.

Devishi berjaya menahan sakit dan menunjukkan sikap berani apabila giginya dicabut.

.

Selepas selesai mencabut gigi, kami pulang ke rumah dan menonton DVD Barbie and the Three Musketeers yang menampilkan empat wirawati yang bertulang belakang, berdikari dan bercita-cita tinggi.

.

Kemudian, Devishi membantu saya membuat persiapan bagi acara Baca Cerpen Kathakali yang dijadualkan pada pagi Ahad, 24 Januari.

27 Jan 2010

The Things You Didn't Know ...

Swaggeringly arrogant. Impudently bold. Undeniably talented. A number of remarks, both flattering and not, have been heaped onto this writer. Yet this person, whose mind is constantly on work mode, spawning story ideas, seems to be a regular bloke; no mood swings and eccentricities that regularly surround an author.
.

Those are the words used by Rachael Philip (pic; from Facebook) in describing the ten things you didn’t know about the writer she met back in 2005.

.

CLICK HERE to read the complete article which appeared in New Straits Times on 28 August 2005.

26 Jan 2010

Baca Cerpen Kavyan

Acara Baca Cerpen Kavyan yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 2 September 2003 perlu diakui sebagai salah satu aktiviti utama yang membantu melonjakkan nama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sebagai sebuah pertubuhan yang aktif merancang dan mengendalikan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya bagi khalayak pelbagai kaum.
.

Bagi mereka yang tidak berpeluang sama-sama mencipta “sejarah” Baca Cerpen Kavyan, masih boleh pergi ke DI SINI untuk membaca rakaman "sejarah".

25 Jan 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Saya gembira menerima sepucuk kad ucapan Tahun Baru Cina pada 18 Januari 2010. Hal ini bukan pula bermakna saya menerima kad ucapan Tahun Baru Cina buat kali pertama.
.

Sebaliknya, apa yang istimewa pada kad ucapan yang dikirim oleh Gemilang Publishing Group adalah berhubung penggunaan Bahasa Malaysia (selain Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris yang memang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia).

.

Tentu sahaja akan ada pihak yang tampil mempersoalkan mengenai penggunaan “baru” dan bukannya “baharu” tetapi saya yakin bahawa pihak berkenaan hanya pandai mengkritik dan tidak sebenarnya mencintai Bahasa Malaysia.

.

Tahniah kepada Encik Koh Yok Hwa dan Gemilang Publishing Group kerana tidak lupa memartabatkan Bahasa Malaysia walaupun kebanyakan penerbitan syarikat berkenaan adalah buku Bahasa Mandarin.

24 Jan 2010

Confident & Arrogant!

Confident is an asset everyone strives to have. Yet it is not welcomed by others when they perceive someone as having that quality. After all, nobody likes a smart alec.
.

It was refreshing to meet him again after all these years. Oh, one has heard of his so-called high and mighty ways, and his backtalk. The truth is: the man is honestly blunt. But while he is assertive, he is very pleasant.

.

If truth be told, perhaps the snipers can’t take to him because they’re reminded of what they cannot accomplish. He has done what he set out to do when he was 15: to write better than the young adult writers he had been reading, and to write for a thinking public.

.

Please CLICK HERE to read more of what Dina Zaman (pic) wrote in New Straits Times on 4 July 2001.

23 Jan 2010

Kutty (2001 vs 2010)

Filem komedi romantik Kutty (2010) lakonan Dhanush sebelum ini diberi judul Kadhir dan merupakan versi Tamil daripada filem Telegu berjudul Arya.
.

Saya tidak akan membazir masa menonton dan mengulas filem ini. Bagaimanapun, kedatangan filem Kutty (2010) segera mengingatkan saya pada filem Kutty (2001) yang tentu sahaja tidak dikenali umum.

.

Kisahnya adalah berdasarkan cerita yang ditulis oleh Sivasankari dan filem diarah oleh Janaki Vishwanathan, manakala muzik yang menyentuh jiwa digubah oleh Ilayaraja.

.

Kisahnya mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Kutty (lakonan P. Shwetha) yang terpaksa pergi ke bandar untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

.

P. Shwetha pernah berlakon sebagai kanak-kanak bernama Malli dalam filem Malli (1998) arahan Santosh Sivam. Dia menang Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik 1999 bagi filem berkenaan. Lakonan sebagai kanak-kanak bernama Kutty dalam Kutty (2001) sekali lagi memungkinkannya menang Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik 2002.

.

Sambil menulis catatan ini, saya terbayang akan adegan Kutty berasa seronok menerima pakaian baru daripada majikan. Adegan Kutty gembira bersama bapanya (lakonan Naseer). Adegan Kutty didera oleh watak lakonan M.N. Rajam. Adegan pemilik kedai runcit (lakonan Vivek) yang tampil mahu membantu Kutty melarikan diri.

.

Dan air mata bergenang apabila membayangkan adegan terakhir yang menampilkan Kutty berasa gembira di dalam kereta api untuk pulang ke kampung; tanpa menyedari bahawa dia sebenarnya sudah dijual sebagai pelacur kanak-kanak kepada seorang bapa ayam dari Kolkata (Calcutta)!

.

Mustahil Kutty (2010) boleh mencapai 0.1% daripada kehebatan Kutty (2001) yang turut meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

22 Jan 2010

Fantastic Meryl Streep

Ada dua perkara yang menarik perhatian saya untuk menonton filem Fantastic Mr Fox (2009) sebanyak tiga kali; sendirian pada 16 Januari 2010 dan bersama Devishi Prabha Sankari pada keesokannya; dan sekali lagi pada 20 Januari 2010.
.

Pertama, filem yang menggunakan teknik stop motion ini adalah berdasarkan novel Fantastic Mr Fox (1970) karya Roald Dahl (1916 – 1990), seorang lagi pengarang yang amat saya minati cerpen-cerpen beliau. Pengarah filem ini, Wes Anderson turut meminati Roald Dahl.

.

Kedua, Meryl Streep menyumbangkan suara bagi watak Mrs Felicity Fox. Khabarnya, Cate Blanchett yang antara lain berlakon dalam trilogi The Lord of the Rings (2001, 2002, 2003) dan Robin Hood (2010) sepatutnya memegang watak itu tetapi menarik diri atas alasan tertentu.

.

Fantastic Mr Fox sebenarnya pernah dipersembahkan sebagai drama pentas pada tahun 2001 dan sebagai opera pada tahun 1998; tentunya bukan di Malaysia.

.

Projek filem animasi yang menggunakan teknik stop motion ini bermula pada tahun 2004 dengan pembelian hak cipta. Kerja-kerja penerbitan pula dilaporkan bermula pada September 2007 di London dengan rakaman suara yang dibuat bukan di dalam studio tetapi di luar studio; termasuk di hutan dan di bawah tanah.

.

Pasti sahaja ada perbezaan apabila novel diadaptasi ke dalam bentuk filem. Misalnya, bahagian awal dan akhir dalam filem ini tiada dalam novel. Jalan cerita juga diubah sedikit untuk memberikan kesan dramatik. Bagaimanapun, perubahan itu tidak menjejaskan “sentuhan emas” yang menjadikan karya-karya Roald Dahl diminati ramai.

.

Karya-karya beliau yang turut saya pernah tonton dalam versi filem adalah James and the Giant Peach (1996) dan Charlie and the Chocolate Factory (2005). Manakala filem yang belum berpeluang saya tonton adalah Danny the Champion of the World (1989), The BFG (1989), The Witches (1990) dan Matilda (1996).

.

Manakala filem pertama lakonan Meryl Streep yang saya tonton dan terus “jatuh cinta” pada kehebatan lakonannya adalah The French Lieutenant’s Woman (1981) di mana beliau memegang watak Sarah dan Anna. Rupa-rupanya, itulah juga filem pertama di mana beliau memegang peranan utama!

.

Sejak itu, jika ada filem lakonan Meryl Streep, maka saya tahu bahawa filem berkenaan pasti bermutu, mencabar minda dan memenuhi selera intelek saya.

.

Antara filem yang membuktikan kehebatan Meryl Streep sebagai pelakon berbakat besar – dan telah saya tonton dan saya klasifikasikan sebagai "filem wajib tonton" – adalah Out of Africa (1985), Adaptation (2002), The Hours (2002), The Manchurian Candidate (2004), The Devil Wears Prada (2006), Lions for Lambs (2007) dan Doubt (2008); serta Angels in America (2003).

21 Jan 2010

Aayirathil Oruvan

Peminat fanatik filem Vijay, peminat fanatik Vadiveloo, peminat fanatik filem Melayu dan pencinta filem hiburan, tolong JANGAN menonton filem “Aayirathil Oruvan”.
.
Demikian amaran awal yang mampu saya berikan. Apatah lagi, filem Tamil "Aayirathil Oruvan" (ஆயிரத்தில் ஒருவன், One Man in a Thousand) kurang mendapat sambutan khalayak umum. Maka, ia pasti filem bermutu tinggi dan wajib saya tonton!
.
Demikian juga telah saya nyatakan di Facebook pada 19 Januari 2010 sebelum menonton filem berkenaan.
.

Sebenarnya, saya tidak tahu apa-apa mengenai filem terbaru lakonan Karthi Sivakumar (yang sebelum ini muncul dalam filem sulungnya, Paruthiveeran; dan akan muncul selepas ini dalam filem Payya).

.

Beberapa hari lalu, Rajan dan Kumar memberitahu saya bahawa saya pasti menyukai filem "Aayirathil Oruvan" - kerana mereka tahu selera saya.

.

Filem kelima arahan Selvaraghavan ini memang sebuah filem bermutu yang hanya sesuai bagi golongan yang dahaga akan filem bermutu dan mencabar minda.

.

Mujurlah juga watak Raja Chola yang pada awalnya mahu diberikan kepada adik si pengarah, Dhanush, diserahkan kepada Parthiban. Jika tidak, rosaklah imej Raja Chola dan keseluruhan filem!

.

Karthi Sivakumar (adik kepada Surya) muncul sebagai Muthu dan membuktikan bahawa watak hero tidak semestinya memiliki segala ciri positif seperti yang lazimnya dipaparkan dalam filem Tamil dan Hindi.

.

Muthu seorang pekerja mengangkat barang (porter) di Pelabuhan Chennai dan tidak terlepas daripada ditampar, ditendang dan dihina oleh dua wanita sepanjang filem!

.

Reemma Sen yang sebelum ini muncul dalam Thimiru dan Vallavan, kali ini membawakan watak Anitha, seorang pegawai kerajaan yang ditugaskan menjejak tempat persembunyian Raja Chola dan para pengikutnya.

.

Andrea Jeremiah yang sebelum ini mungkin lebih dikenali menerusi lagu dalam filem Anniyan dan Veetaiyaadu Vilayadui, membuktikan bakat lakonannya selepas filem Pachaikilli Muthucharam dengan membawakan watak seorang pakar arkeologi bernama Lavanya.

.

Andrea dan Karthi turut menyampaikan beberapa lagu dalam filem ini. Lagu "Maalai Neram" yang cukup popular pula tiada dalam filem; di pawagam dan DVD.

.

Lagu pertama dalam filem ini ternyata semacam tribute bagi MGR yang berlakon dalam filem Aayirathil Oruvan (1965) bersama-sama Jayalalitha dan M.N. Nambiar.

.
Lagu “Oh Eesa” pula tiada kaitan dengan jalan cerita tetapi boleh membantu menarik perhatian khalayak umum. Begitu juga lagu “Un Meela Asathan” yang tidak kena pada tempat; iaitu apabila Muthu, Lavanya dan Anitha menemui kota milik Raja Chola di sebuah pulau berhampiran Vietnam.
.
[Perhatikan betul-betul dan anda akan melihat peta yang menunjukkan bahawa pulau yang dituju oleh mereka terletak di bahagian utara Kepulauan Andalan; bukan pulau Min-gua, Vietnam! "Minguo" pula bermakna "Republik China" tetapi merujuk kepada Taiwan.]
. "

Bagaimanapun, penggambaran filem “Aayirathil Oruvan” yang dikeluarkan serentak dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Telegu ini dilakukan sejak akhir tahun 2007 di Kerala, Rajasthan serta di dalam studio di Hyderabad.

.

Penggambaran adegan tarian yang melibatkan Raja Chola (Parthiban) dan Puteri Pandya @ Anitha (Reemma Sen) khabarnya mengambil masa selama 20 hari.

.

Lagu bagi tarian berkenaan adalah dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Telegu; semacam memberi gambaran mengenai Kerajaan Chola dan Kerajaan Pandian (selain daripada Kerajaan Cheran). Harus saya akui bahawa suara Vijay Yesudas kini sehebat suara bapanya, Yesudas (sekurang-kurangnya dalam lagu “Thai Thindre Mannea”).

.

Muzik digubah oleh G.V. Prakash Kumar; khabarnya selepas Yuvan Shankar Raja gagal melaksanakan tugas dalam masa yang ditetapkan. Bagaimanapun, bayangkan betapa hebat jika Ilayaraja diberi tugas menggubah muzik bagi filem ini!

.

Filem ini amat panjang. Malah, versi DVD adalah lebih panjang dan memuatkan beberapa babak yang sangat penting.

.

Ringkasnya, sebuah filem yang WAJIB DITONTON oleh peminat filem bermutu dan mencabar minda. Juga sebuah filem yang WAJIB DIELAKKAN oleh peminat fanatik filem Vijay, peminat fanatik Vadiveloo, peminat fanatik filem Melayu dan pencinta filem hiburan.

20 Jan 2010

The Time Traveler's Wife

Hanya apabila tamat menonton filem The Time Traveler’s Wife (2009) pada 14 Januari 2010 dan melihat senarai nama pelakon pada skrin, saya sedar bahawa watak Clare Abshire dilakonkan oleh Rachel McAdams yang sebelum ini saya saksikan memegang watak Della Frye dalam filem State of Play (2009).
.

Saya perlu mengakui bahawa saya belum membaca novel The Time Traveler’s Wife (2003) karya Audrey Niffenegger walaupun saya amat tertarik melihat kulit buku berkenaan di kedai-kedai buku.

.

Audrey Niffenegger turut menghasilkan novel The Three Incestuous Sisters (2005) dan Her Fearful Symmetry (2009) yang juga pernah saya lihat di kedai-kedai buku tetapi belum saya miliki.

.

The Time Treveler’s Wife amat menarik kerana kisahnya bukan mengenai aspek saintifik dan mitos merentas masa; sebaliknya bagi saya adalah metafora mengenai hubungan antara pasangan (kekasih atau suami-isteri).

.

Saya percaya – dan yakin – bahawa unsur merentas masa (time traveling) digunakan oleh pengarang untuk memperkatakan mengenai “pasangan yang tiada di sisi” iaitu suatu masalah yang bersifat universal dan sering menjadi masalah.

.

Lakonan Rachel McAdams sebagai Clare Abshire dan Eric Bana sebagai Henry DeTamble berjaya menyampaikan mesej sebenar cerita tanpa menjadikan filem The Time Traveler’s Wife umpama filem Back to the Future.

.

Selain memegang watak Allison Hamilton dalam filem The Notebook (2004), Rachel McAdams juga memegang watak Irene Adler dalam Sherlock Holmes (2009) dan watak Becky Fuller dalam Morning Glory (2010).

.

Wajar juga dinyatakan bahawa pelakon kelahiran Kanada ini juga pernah ditawarkan – tetapi tidak melakonkan – watak Susan Storm @ Invisible Girl dalam Fantastic Four (2005) dan watak Pepper Potts dalam Iron Man (2008).

.

Manakala, pelakon kelahiran Australia, Eric Banadinovich sebelum ini memegang watak Chopper Read dalam Chopper (2000), Bruce Banner dalam Hulk (2003), Hector dalam Troy (2004), Avner dalam Munich (2005), Romulus dalam Romulus, My Father (2007) dan Nero dalam Star Trek (2009).

.

Malah, Eric Bana mengarah dan menerbitkan sebuah dokumenteri berjudul Love the Beast (2009) mengenai kecintaannya pada kereta.

.

Watak yang dibawakan olehnya dalam filem The Time Traveler’s Wife adalah sebagai Henry DeTamble, seorang pustakawan yang lahir pada 16 Jun 1963 dan meninggal dunia pada 1 Januari 2007.

.

Mungkin selepas ini saya akan merentas ke masa lalu – atau ke masa depan – untuk membaca novel The Time Traveler’s Wife (2003) dan Her Fearful Symmetry (2009) karya Audrey Niffenegger.

19 Jan 2010

Copying’s All Write

Let’s face it: everyone copies from somewhere. That’s what we call an idea in creative writing. If you imagine a writer sitting by the sea and waiting for ideas to fall from the sky, you better give yourself a slap on the face and say, WAKE UP!
.

Real life is brimming with ideas you can copy for stories. Go ahead and CLICK HERE to get some tips on what to do when your Muse goes on vacation.

18 Jan 2010

Bahasa Malaysia Writer

He is one of our brightest literary stars and has won many awards. But in the kampung that is the National Language literary scene, he’s often accused of being arrogant simply because he speaks his mind.
.

His latest collection of short stories is excellent, but you will not find it in bookstores. He has decided to publish it himself and sell it through his website, which also contains his essays and story extracts.

.

Amir Muhammad speaks Bahasa Malaysia with writer Uthaya Sankar SB for an article published in The Edge, 19 November 2001. Please CLICK HERE to read the complete chat.

17 Jan 2010

Midnight's Children

Khabarnya novel Midnight’s Children (1981) karya Salman Rushdie sedang dalam proses difilemkan berdasarkan skrip yang ditulis bersama oleh Salman Rushdie dan Deepa Mehta pada tahun 2009.
.

Filem Midnight’s Children arahan Deepa Mehta dijadualkan memulakan penggambaran pada tahun ini. Apa yang menarik, selain daripada Shabana Azmi, Nandita Das dan Seema Biswas, Salman Rushdie sendiri akan tampil memegang watak Ramram Seth.

.

Pada tahun 1997, terdapat berita bahawa British Broadcasting Corporation (BBC) merancang sebuah siri televisyen dalam lima bahagian berdasarkan novel Midnight’s Children.

.

Bagaimanapun, siri berkenaan yang menampilkan Rahul Bose memegang watak Saleem Sinai terpaksa dibatalkan kerana kerajaan India dan Sri Lanka tidak memberi permit penggambaran.

.

[Tidak mengapa. Selepas menonton bakat lakonan Rahul Bose dalam filem Before the Rains (2008), saya akan nantikan penampilannya dalam filem The Japanese Wife (2010) yang diangkat daripada sebuah cerpen karya Kunal Basu.]

.

Filem Mr and Mrs Iyer (2002) lakonan Rahul Bose tidak sampai ke Malaysia. Saya percaya bahawa filem Midnight’s Children juga tidak akan ditayangkan di Malaysia.

.

Suatu fakta menarik mengenai Midnight’s Children adalah bahawa pada tahun 1984, Perdana Menteri India, Indira Gandhi (1917 - 1984) membawa kes ke mahkamah Britain kerana terdapat satu ayat di perenggan kedua terakhir di Bab 28 yang dikatakan menghina beliau.

.

Novel Midnight’s Children menerima Booker Prize (1981) serta beberapa anugerah antarabangsa, manakala novel keempat Salman Rushdie, The Satanic Verses (1988) menimbulkan kemarahan penduduk Islam di beberapa negara.

.

[Saya berani katakan bahawa rata-rata anggota masyarakat yang turut menyokong fatwa Ayatollah Ruhollah Khomeini (1902 – 1989) bertarikh 14 Februari 1989 tidak tahu punca sebenar fatwa itu dikeluarkan. Malah, tentu tidak ramai yang berpeluang membaca karya-karya bermutu Salman Rushdie; tetapi itu kisah lain.]

.

Sejak tahun 1981, novel Midnight’s Children diterbitkan dalam pelbagai versi kulit depan. Saya akan mendapatkan novel yang menampilkan versi kulit depan ini (lihat foto) untuk dibaca; sementara menantikan filem Midnight’s Children.

16 Jan 2010

State of Play (2009)

Saya menonton filem State of Play pada 12 Januari 2010 dan ternyata membuat keputusan tepat (baca: bijak) memilih sebuah filem yang mencabar minda dari mula hingga akhir.
.

Filem sepanjang dua jam ini khabarnya adalah berdasarkan sebuah siri – dengan judul yang sama – sepanjang enam jam yang disiarkan menerusi BBC One di TV British pada tahun 2003.

.

State of Play sebuah filem thriller yang menggabungkan dunia kewartawanan dan dunia politik; pastinya versi filem menggunakan latar Amerika Syarikat berbanding versi siri televisyen yang menggunakan latar Britain.

.

Saya tertarik menyaksikan dunia kewartawanan digambarkan secara nyata dalam filem ini: bahan berita, sumber, etika kewartawanan, mengejar deadline dan seumpamanya (yang tentunya hanyalah khayalan di Malaysia).

.

Malah, khidmat editor The Washington Post digunakan untuk membimbing para pelakon yang memegang peranan wartawan.

.

Bercakap mengenai pelakon, filem State of Play menampilkan gandingan mantap Russell Crowe sebagai Cal McAffrey, Rachel McAdams (Della Frye), Ben Affleck (Stephen Collins) dan Helen Mirren (Cameron Lynne), manakala pengarahnya Kevin Macdonald.

.

Penggambaran filem ini pada mulanya dijadualkan pada November 2007 tetapi tertangguh kerana Brad Pitt yang sepatutnya memegang watak Cal McAffrey menarik diri kerana tidak bersetuju dengan perubahan pada skrip.

.

Selepas Russell Crowe mengambil alih peranan itu, Edward Norton yang memegang watak Stephen Collins pula menarik diri; lalu diganti dengan Ben Affleck.

.

Akhirnya, penggambaran dilakukan dari Januari hingga April 2008.

.

Perlu dinyatakan bahawa pada waktu itu, Russell Crowe sedang mempersiapkan diri bagi filem Robin Hood. Maka, rambut Russell Crowe adalah sebenarnya lebih panjang daripada apa yang penonton lihat dalam filem State of Play.

.

Saya tidak mahu “memecahkan” rahsia dan intipati kisah yang dipaparkan dalam filem thriller ini.

.

Cuma, jangan terlepas menonton filem State of Play jika saudara peminat filem berkualiti, serta pernah “seronok” menonton filem All the President’s Men (1976; berdasarkan buku yang terbit pada tahun 1974).

.

Dan mari kita terus berkhayal tentang mutu filem tempatan!

15 Jan 2010

Akulah Pembunuh Bahasa!

Baru-baru ini, saya sempat berbual (“chat”) bersama-sama seorang rakan baru di Facebook. Saya terasa gembira apabila beliau menyatakan bahawa dirinya juga seorang pencinta Bahasa Malaysia. Malah, menurut beliau, beliau sering disangka orang Melayu.
.

(Saya pula menegaskan bahawa saya bercakap Bahasa Malaysia seperti orang Malaysia, bukan seperti orang Melayu. Akan tetapi, itu kisah lain.)

.

Bagaimanapun, saya sedikit hairan kerana beliau menggunakan bahasa SMS dan singkatan dalam komunikasi bertulis antara kami berdua. Apabila ditanya, beliau mengatakan bahawa beliau sudah terbiasa dengan bahasa SMS, singkatan dan bahasa rojak.

.

Menurut beliau, rakan-rakan di tempat kerja menggunakan bahasa rojak, bahasa tidak standard dan bahasa SMS dalam perbualan dan penulisan. Malah, kata beliau, mereka tidak dapat “menerima” jika beliau menggunakan bahasa yang betul semasa bercakap atau menulis; khususnya di ruang siber.

.

Maka, saya berhujah, bukankah beliau sebenarnya sama-sama menjadi pencemar, perosak, pemusnah dan pembunuh Bahasa Malaysia?

.

Jawapan yang diterima benar-benar membuatkan saya tersentak. Menurut beliau, sekiranya beliau seorang penulis buku atau seorang pakar bahasa, maka wajarlah beliau menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan sebagainya.

.

Memandangkan beliau bukan seorang penulis dan bukan seorang pakar bahasa, nampaknya beliau boleh terus menggunakan bahasa SMS, bahasa rojak dan bahasa yang tidak betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur bahasa dan sebagainya dalam urusan seharian; tetapi tetap mendabik dada mengiktiraf diri sebagai pencinta Bahasa Malaysia.

.

Akulah pembunuh bahasa!

14 Jan 2010

Panduan Menulis

Jika saudara memerlukan sedikit panduan menulis cerpen serta contoh tulisan yang saya hasilkan sejak awal tahun 1990-an, saudara diundang melayari laman sesawang lama yang saya usahakan sejak tahun 2001.
.
Laman sesawang itu sebenarnya “hilang” pada 26 Oktober 2009 tetapi “ditemui” semula pada 11 Januari 2009.
.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca – antara lain – mengenai “Reformasi Budaya yang Gagal?” dan “Sinopsis 14 Cerpen Bahasa Malaysia Penulis Kaum India Malaysia”.

13 Jan 2010

Ponggal: Pesta Menuai

Ponggal diakui adalah “Pesta Menuai” dan disambut pada permulaan bulan Thai (Januari/Februari) mengikut kalendar Tamil. Malah, di Tamil Nadu, Ponggal adalah jauh lebih penting dan meriah berbanding Diwali (Deepavali).

Pada tahun ini, sambutan ponggal adalah pada 14 Januari 2010. [Manakala sambutan seterusnya pada 15 Januari 2011, 15 Januari 2012 dan 14 Januari 2013.]

Saya pernah menulis mengenai pesta menuai ini dalam majalah Dewan Budaya pada Januari 2004. Sila KLIK DI SINI untuk membaca petikan makalah berkenaan. Pantun berkaitan Thaipusam yang "dijual" kepada Perdana Menteri sempena Pesta Ponggal pada 19 Januari 2008 boleh dibaca DI SINI.

Skype bersama Ayya

Sekitar pukul 8:30 pagi, 13 Januari 2010 (bersamaan 12:30 malam di UK), saya sempat berkomunikasi bersama Ganesan Duraisamy menggunakan Skype di komputer riba Acer Aspire yang dibeli pada 21 Disember 2009.
.

Semasa menggunakan komputer riba lama, sering timbul masalah. Misalnya, saya boleh melihat Ganesan dan mendengar suaranya tetapi dia tidak dapat melihat dan mendengar saya. Begitu sebaliknya.

.

Maka, pada pagi ini, kami dapat berbual tanpa gangguan teknikal sejak Ayya ke UK untuk melanjutkan pelajaran pada 12 September 2009.

Bahan Arkib

Pada 29 Ogos 2009, saya pernah menulis di blog saya dan juga di The Malaysian Insider mengenai kemungkinan Kavyan “hilang” pada 26 Oktober 2009. [Sila KLIK DI SINI untuk membaca mengenainya.]
.

Bagaimanapun, pada 11 Januari 2010, semasa sedang melepak di RTM sambil melayari internet bagi mencari semula bahan-bahan bagi “Arkib” berkaitan Kavyan dan tulisan saya, tanpa disangka, saya menemui semula begitu banyak bahan dari GeoCities yang kini tersimpan di tempat lain!

.

Pasti sahaja ini merupakan berita gembira bagi saya kerana saya tidak sempat “menyelamatkan” bahan-bahan berkenaan dari GeoCities sebelum 26 Oktober 2009.

.

Saya akan “memindahkan” bahan-bahan ini sedikit demi sedikit ke “Arkib” sebagai bahan dokumentasi. Bahan-bahan berkenaan boleh diakses dari semasa ke semasa menerusi tulisan yang disiarkan di Blog Kavyan dan Blog UthayaSB.

Content and Communications Specialist

Here is an immediate opening! This information was sent to me by a friend on Facebook.
.

The position title is Content and Communications Specialist and the employer requires a candidate who is able to:

.
a) Manage the content in website and magazine
.
b) Write cutting-edge articles related to financial planning and unit trust investments
.

c) Build a strong branding for business by reaching out to investors and media

.
d) Supervise and guide the editorial team to achieve business objectives
.
e) Act as gatekeeper of content in ensuring that all articles in website and magazine have been edited and vetted
.
Do you fit the above job description? Or do you know anyone who does? Send your complete resume (CV) as ATTACHMENT to
uthayasb@yahoo.com.my BEFORE 16 January 2010. Kindly state Content and Communications Specialist in the “Subject” field.
.

(Repeat: ATTACHMENT ... BEFORE 16 January 2010)

12 Jan 2010

Sinar Harian

Pada pagi 12 Januari 2010, saya bersama-sama Devishi Prabha Sankari pergi ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd untuk mengambil surat tawaran kerja di akhbar Sinar Harian.
.

Kebetulan, ada perhimpunan skuad akhbar berkenaan yang akan berkonvoi ke Putrajaya sempena penempatan wartawan di Putrajaya dan Bangi.

.

Kemudian, selepas menghantar Devishi ke rumah pengasuh, saya pergi bertemu Faiz Hussamuddin, bekas pelajar saya, untuk bersarapan dan berbual-bual.

.

Walaupun mulai 1 Februari 2010, ayahnya akan menjadi majikan saya, saya percaya bahawa persahabatan kami akan berjalan seperti biasa.

.

Bercakap mengenai tawaran kerja di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, ada yang mengandaikan bahawa saya “meninggalkan” RTM selepas menerima tawaran baru.

.

Sebenarnya tidak! Saya sudah memutuskan serta menyerahkan notis peletakan jawatan pada 15 Disember 2009 selepas sebulan “makan gaji buta” di RTM.

.

[Sila KLIK DI SINI untuk membaca surat berkenaan.]

.

Memandangkan saya “tiada kerja” di RTM (walaupun tetap ada gaji), saya memilih untuk memberi notis peletakan jawatan dan mula mencari kerja di mana saya akan “ada kerja”.

.

Bagaikan “pucuk diundang, ulam mendatang,” saya menerima tawaran kerja sebagai Sub Grafik Kanan (sub-editor) di akhbar Sinar Harian.

.

Memandangkan saya tinggal di Taman Sri Muda (Seksyen 25) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd terletak di Seksyen 15, Shah Alam, maka saya boleh turut menjimatkan duit tol, duit petrol, masa perjalanan serta terhindar daripada kesesakan jalan raya yang teruk saban hari.

.

Cuma, saya akan kehilangan peluang untuk membaca akhbar dan buku semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya.