Ponggal diakui adalah “Pesta Menuai” dan disambut pada permulaan bulan Thai (Januari/Februari) mengikut kalendar Tamil. Malah, di Tamil Nadu, Ponggal adalah jauh lebih penting dan meriah berbanding Diwali (Deepavali).
Pada tahun ini, sambutan ponggal adalah pada 14 Januari 2010. [Manakala sambutan seterusnya pada 15 Januari 2011, 15 Januari 2012 dan 14 Januari 2013.]
Saya pernah menulis mengenai pesta menuai ini dalam majalah Dewan Budaya pada Januari 2004. Sila KLIK DI SINI untuk membaca petikan makalah berkenaan. Pantun berkaitan Thaipusam yang "dijual" kepada Perdana Menteri sempena Pesta Ponggal pada 19 Januari 2008 boleh dibaca DI SINI.