
.
Bagaimanapun, pada 11 Januari 2010, semasa sedang melepak di RTM sambil melayari internet bagi mencari semula bahan-bahan bagi “Arkib” berkaitan Kavyan dan tulisan saya, tanpa disangka, saya menemui semula begitu banyak bahan dari GeoCities yang kini tersimpan di tempat lain!
.
Pasti sahaja ini merupakan berita gembira bagi saya kerana saya tidak sempat “menyelamatkan” bahan-bahan berkenaan dari GeoCities sebelum 26 Oktober 2009.
.
Saya akan “memindahkan” bahan-bahan ini sedikit demi sedikit ke “Arkib” sebagai bahan dokumentasi. Bahan-bahan berkenaan boleh diakses dari semasa ke semasa menerusi tulisan yang disiarkan di Blog Kavyan dan Blog UthayaSB.