Monday, 31 October 2011

Speaking in Tongues: Part 2

Kavyan Writers and Kavyan Writings

It was not until the late 1990’s that the group of Malaysian Indian writers realised that something really has to be done to identify ourselves in the Malaysian literary scene as “Malaysian Indian writers” and “Malaysian writers” – not merely “Non-Malay writers”.


Though several efforts were made since 1995, the group began to solidify only after August 1999 when “Kumpulan Sasterawan Kavyan” (Kavyan Writers’ Group) – better known as “Kavyan” – was founded. Through continuous effort and campaign, Kavyan has made it clear to most people that “Malaysian Indian Writers” are not mere “Non-Malay Writers”.


Today, Malaysian Indian writers have reached another milestone in the history of Bahasa Malaysia literature. Kavyan is vigorously promoting the term “Sasterawan Kavyan” (Kavyan Writers) since July 2004 to refer to Malaysian Indian writers writing in Bahasa Malaysia, and “Sastera Kavyan” (Kavyan Writings) to refer to Bahasa Malaysia works produced by this specific group.


But, then, there would still be Malaysian Indian writers who prefer “Non-Malay Writers” to “Kavyan Writers”, “Sastera Melayu” (Malay Literature) to “Sastera Kavyan” (Kavyan Writings) and “Bahasa Melayu” (Malay Language) to “Bahasa Malaysia”.


Very Much Malaysian


One might think that Kavyan Writers are very much Indian oriented or, worse, not “Malaysian” in culture and ideology. The fact is, Kavyan Writers are very much Malaysian at heart and this reveals itself in Kavyan Writings. Kavyan Writers are perhaps the bridges that connect Malaysians to Malaysians. The “Non-Indian” readers get a chance to understand the Malaysian Indian culture, beliefs etc. Since Kavyan Writings are in Bahasa Malaysia, it can be read – and understood and appreciated – by anyone who understands the language. Not to mention that many young Malaysian Indians are more proficient in Bahasa Malaysia than in, say, Tamil.


A look into stories written by Kavyan Writers would clearly show that these stories provide a platform for readers not only to understand Malaysian Indian culture, but also the multiracial Malaysian culture. Saroja Theavy’s Gemerlapan (Shining) and Keinginan Kecil di Celah Daun (A Small Wish Between the Leaves), and my Orang Dimensi (Dimentional People), Siru Kambam (Small Village), Surat Dari Madras (Letter from Madras), Nayagi (Heroine), Sasterawan Pulau Cinta (The Laureate of the Love Island), Rudra Avatara (The Tenth Incarnation of Lord Shiva) and Kathakali (The Kathakali Dancer) are good examples to show how Kavyan Writers are able to capture and portray “Bangsa Malaysia” (Malaysians) in “Bahasa Malaysia”.


A Handful of Kavyan Writers


There aren’t many Malaysian Indian writers who write in Bahasa Malaysia. Some names have only appeared once or twice in the media. Some write for the fun of it, some solely for contests, some for the money, some for the love of writing, some to become famous, some to show off, and some write because they actually have something to write.


It is also interesting to note that many Kavyan Writers prefer to write “cerpen” (cerita pendek; short stories) compared to novels, poems and articles. Some of the well-known Kavyan Writers are Bathmavathi Krishnan, M. Mahendran, S.G. Prabhawathy, Retna Devi Balan, Saroja Theavy Balakrishnan, V. Siva Rubini, Srivali Seeridaram and Vijayaletchumy Vellasamy.


Bathmavathi writes “cerpen” (short stories), Mahendran writes in Bahasa Malaysia and Tamil, Prabhawathy is an English language teacher who writes stories, poems and articles in Bahasa Malaysia, Retna too writes all three from her new home in Chennai, Saroja is better known as a “cerpenis” (short story writer) though she also wrote poetry and a yet-to-be-published novel, Rubini is more into articles, Srivali used to write “cerpen” and Vijaya writes in Bahasa Malaysia, Tamil and English. – To be continued tomorrow

Sunday, 30 October 2011

Speaking in Tongues: Part 1

In The Beginning

Abdullah Abdul Kadir, better known as Munshi Abdullah, was perhaps the earliest Indian to produce creative works in Bahasa Melayu, commonly known as Malay. But since the father of modern Malay literature is not widely recognised as an “Indian” writer, we might have to go by the record and accept some Nagalingam as the first “Malay(si)an Indian” writer to write in Bahasa Melayu. His story, “Cerita Orang Yang Menerima Syukur” (Story of a Thankful Person) was published in 1932.


There was a long gap before names like Joseph Selvam, N. S. Maniam, A. Nagappan, P. Palaniappan, Ignatius Dev and G. Soosai surfaced in 1960’s and 1970’s – especially with the introduction of the term “Bahasa Malaysia” following the 13 May 1969 racial riots. Non-Malay writers were encouraged to write in the national language, now known as “Bahasa Malaysia”.


These writers too did not stay in the field long enough or, perhaps, did not produce enough quality work to be recognised as a “Malaysian Writers’; let alone as “sasterawan” (laureate). The best they could make was to be known as “Non-Malay Writers” (Penulis Bukan Melayu).


Enter the New Breed


In the late 1980’s and early 1990’s, a group of Bahasa Malaysia educated Indian writers began to make waves. Among them, Saroja Theavy Balakrishnan and I have proven ourselves to be serious writers, as often mentioned by the late Dr Othman Puteh in his papers presented at various seminars and conventions in Malaysia.


A few others followed suit. Unlike the earlier batch, this new breed of writers have a better command of Bahasa Malaysia and do not shy away from writing about Malaysian Indians in their stories. Indian culture, Indian beliefs and everything Indian are presented beautifully in Bahasa Malaysia.


Even then, there still are writers who cannot differentiate between “language”, “culture” and “religion”. This might be a surprising remark but there are a few Malaysian Indian writers who believe that since they are writing in “Bahasa Melayu”, they have to write about “budaya Melayu” (Malay culture) and “agama Islam” (Islamic religion). Or perhaps these are the new breed of pretenders who really know how to get their works published. What more, they prefer “Penulis Bukan Melayu” (Non-Malay Writer) to “Penulis Kaum India” (Malaysian Indian Writer) because, as they themselves put it, “this term puts me closer to the Malays”. Enough said. – To be continued tomorrow

Saturday, 29 October 2011

Jadilah Perubahan …

Bahagian Lima. Ramai yang mengandaikan bahawa semua kaum India di negara ini adalah keturunan Tamil; semata-mata kerana hampir 80% adalah keturunan Tamil.

Pemimpin parti politik juga tidak berusaha bersungguh-sungguh memberi penjelasan. Malah, tidak mustahil bahawa mereka sendiri masih jahil terhadap perkara ini.


Ramai pemimpin dalam masyarakat India juga masih meneruskan tradisi menganggap kaum India sebagai “kaum pendatang” atau imigran dengan erti kata, tumpuan masih pada Benua Kecil India.


Dalam segala ceramah, sering ditimbulkan kehebatan keturunan Tamil di India pada masa lalu; dan hal ini ada juga disentuh dalam cerpen “Kain Cita Bersulam Cinta” (Kathakali, 2009).


Jarang sekali disentuh mengenai kehebatan kaum India di Malaysia; kecuali dalam usaha “mendewa-dewakan” politikus tertentu.


Kesilapan yang membuktikan kejahilan ini dilakukan oleh pemimpin pelbagai peringkat. Perhatikan betul-betul dan anda sendiri akan menyedarinya.


Gambaran yang diberikan pemimpin politik adalah seolah-olah kaum India di Malaysia masih rakyat negara India (khasnya dari Tamil Nadu) yang sekadar “menumpang” di negara ini.


Dengan segala macam perkembangan negatif sejak dahulu, tidak hairanlah generasi muda kaum India masih menganggap Malaysia sebagai “negara mereka” (their country) dan bukannya “negara kita” (our country).


Apatah lagi dengan pelbagai usaha terancang dan licik yang dilakukan puak tertentu bagi memastikan kaum India di negara ini terus melihat diri sendiri sebagai “pendatang” dan “paria” yang cuba merampas hak dan peluang milik orang lain.


Dalam pada itu, mungkin sahaja kewujudan begitu banyak pertubuhan – badan berciri politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – yang masing-masing mahu berjuang bagi kaum India (baca: keturunan Tamil) menjadikan keadaan semakin bercelaru.


Kelompok pemimpin pertubuhan – badan politik mahupun NGO – belum mencapai kata sepakat dalam usaha menyelesaikan masalah yang melanda kaum India.


Lebih banyak perbalahan demi kepentingan peribadi berbanding perjuangan bagi masyarakat yang sepatutnya diwakili. Hal ini berlaku pada peringkat Persekutuan mahu pun Negeri.


Terbaru, lihat sahaja dalam isu kontroversi novel Interlok Edisi Murid. Kalau kita meneliti segala laporan di pelbagai media sejak Januari 2011 secara kritikal, kita boleh menilai sendiri benar atau tidak pandangan yang saya kemukakan ini.


Tambahan pula, di negara bertuah ini, kaum India hanya diharapkan berada pada tahap sederhana; tidak terlalu menonjol dalam apa-apa bidang yang diceburi.


Perumpamaannya adalah bahawa jika si ayah menjadi pekerja ladang, biarlah si anak juga menjadi pekerja ladang yang hanya sedikit lebih baik daripada si bapa.


Akhirnya tidak hairanlah sekelompok kaum India di Malaysia terus merasakan diri mereka terpinggir dan ada yang memilih untuk sekadar “menonton” perkembangan politik dan filem/drama India.


Sekurang-kurangnya filem/drama (dan politik?) dari India memberi hiburan dan kepuasan jiwa berbanding realiti di tanah tumpahnya darah mereka.


Namun, tentu sahaja keadaan “terpinggir”, “tertindas” dan “minda tertutup” seperti ini tidak akan berterusan.


Generasi muda kaum India sudah berani bersuara dan tahu hak mereka. Mereka tidak mudah diperkotak-katik.


Tidak akan tercapai kebaikan jika tidak ada sesiapa yang berani mengetengahkan kebenaran; seperti dinyatakan Mahatma Gandhi.


Generasi muda yang saya perhatikan bukan lagi “pak turut” tetapi adalah “pemimpin” yang bakal menentukan masa depan agama, bangsa dan negara.


Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini; seperti disarankan Mahatma Gandhi.


(Artikel ini dikembangkan daripada tulisan Uthaya Sankar SB dalam majalah Minda keluaran September 2003. Baca Bahagian Satu DI SINI)

Friday, 28 October 2011

Politik Perkauman

Bahagian Empat. Kejatuhan ekonomi dunia pada awal tahun 1930-an menyebabkan ramai kaum India pulang ke negara asal. Perlu diingat bahawa Tanah Melayu masih dijajah Inggeris pada waktu itu.

Namun, ramai juga yang terus memilih untuk tinggal di Tanah Melayu kerana mereka sudah menganggap negara ini sebagai tanah air; walaupun belum mendapat taraf kerakyatan.


Kelompok inilah yang saya tampilkan dalam cerpen “Nayagi” (Siru Kambam, 1996) dan beberapa karya lain; iaitu kaum India yang sedar bahawa negara ini adalah tanah tumpah darah.


Penjajahan Jepun 1942-1945 juga memberi kesan yang hebat terhadap identiti kaum India di negara ini.


Sekelompok menyertai Indian National Army (INA) pimpinan Subhas Chandra Bose untuk memperjuangkan kemerdekaan Benua Kecil India yang masih dianggap oleh mereka sebagai ibu pertiwi.


Kelompok ini hilang arah apabila pemimpin mereka dilaporkan terkorban dalam nahas udara pada Ogos 1945.


Bagaimanapun, apa yang lebih penting, majoriti kaum India dan Cina di Tanah Melayu selepas zaman penjajahan Jepun sudah benar-benar bertapak (settled) di Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tanah air.


Mereka mahu menjadi warganegara serta diberi hak politik yang sama dengan kaum Melayu. Penelitian terhadap sejarah sebenar negara (baca: fakta yang tidak diubah puak tertentu) akan membuktikan hakikat ini.


Keadaan ini disedari oleh pihak Britain yang mencadangkan Malayan Union tanpa berunding dengan kaum Melayu di Tanah Melayu waktu itu.


Malayan Union 1946 disambut baik “kaum pendatang” kerana ditawarkan hak kerakyatan secara jus soli.


Pada masa sama, perlu ditegaskan bahawa kaum India dan Cina sudah datang, berdagang, menetap dan menjadi penduduk di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya.


Berikutan penentangan kaum Melayu terhadap Malayan Union, maka lahirlah UMNO yang kemudian berjaya memaksa penjajah mengganti Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.


Kelahiran UMNO adalah kejayaan besar bagi kaum Melayu di negara ini. (Nota: Sila bezakan antara “UMNO” dan “UMNO Baru” dari segi fakta dan sejarah.)


Kongres India Malaya (MIC) yang lahir pada Ogos 1945 pula bertujuan menjaga kepentingan kaum India di Tanah Melayu.


Bagaimanapun, pada peringkat awal, MIC kurang mendapat sambutan dan sokongan daripada kumpulan pekerja ladang dan buruh.


Hal ini kerana pemimpin parti terdiri daripada golongan peniaga dan profesional. Maka, dikatakan wujud jurang antara pemimpin dan ahli.


MIC juga tidak mendapat sokongan dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 walaupun bekerjasama dengan Independence of Malaya Party (IMP) pimpinan Dato’ Onn Jaafar.


Sokongan hanya mula diterima selepas MIC menyertai Perikatan bersama-sama UMNO dan MCA pada tahun 1954 bagi menghadapi pilihan raya umum 1955.


Walaupun lahir sebagai parti yang bertujuan menjaga kepentingan kaum India di Malaya, MIC pada realiti lebih berciri parti bagi keturunan Tamil – Bahasa Tamil, budaya Tamil, tarian Tamil, sastera Tamil, jati diri Tamil dan segala macam “Tamil”.


Bahasa, budaya, tarian dan sastera keturunan lain dalam kaum India bagaikan tidak wujud. Kalau diteliti, keadaan itu belum berubah hingga hari ini. – Bersambung DI SINI

Thursday, 27 October 2011

Dilema Kaum India

Bahagian Tiga. Sikap ini tentu sekali disukai pengusaha ladang Eropah yang menghadapi masalah mendapatkan golongan pekerja seperti itu daripada kalangan buruh dari Eropah dan penduduk Melayu tempatan pada waktu itu.

Imigran Cina pula sudah sedia tertumpu dalam kerja perlombongan bijih timah; serta dipercayai sering menimbulkan masalah pergaduhan antara puak.


Sebagai golongan kurang berpendidikan, kebanyakan buruh dari India pada waktu itu tidak mengharapkan upah yang tinggi. Mereka bekerja keras walaupun dibayar upah yang sangat rendah.


Bagi mereka, kehidupan di Tanah Melayu adalah “mewah” berbanding di negara asal. Maka, mereka sangguh menerima apa sahaja dugaan kecuali untuk pulang semula ke India.


Segala fakta berhubung perkara ini boleh juga dirujuk dalam buku The Malaysian Indian Dilemma: The Struggles and Agony of the Indian Community in Malaysia (2010) oleh Janakey Raman Manickam.


Malah, fakta-fakta sejarah ini juga sering saya kongsi bersama-sama pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sepanjang saya menjadi pensyarah pada 1999-2007.


Fakta menunjukkan bahawa hampir lapan puluh peratus daripada jumlah buruh India yang dibawa sebagai buruh di ladang adalah keturunan Tamil dari Tamil Nadu.


Kumpulan kedua terbesar adalah keturunan Telegu dari Andra Pradesh; diikuti keturunan Punjabi dari Punjab.


Tenaga kerja dari bahagian selatan India dikumpul di pelabuhan Nagapattanam, Tamil Nadu sebelum dibawa ke Pulau Pinang sebagai buruh dan pekerja ladang.


Maka, mereka semua sering digelar “orang Tamil” tanpa mengira sama ada mereka keturunan Tamil, Telegu atau Malayali.


Orang Punjabi pula dikumpul di Teluk Benggal (Bangladesh) sebelum dibawa ke Pulau Pinang. Maka, mereka digelar “orang Benggali”.


Penduduk keturunan Punjabi yang dibawa masuk oleh pihak British sejak tahun 1870-an diserap ke dalam angkatan tentera atau sipahi.


Penduduk keturunan Punjabi juga menguasai sistem pengangkutan kereta lembu yang sangat popular dan penting waktu itu.


Maka interaksi antara keturunan Punjabi dan keturunan Tamil agak terbatas. Bahasa yang berbeza juga menambah jurang interaksi.


Pengusaha ladang Eropah turut membawa pekerja dari Ceylon (Sri Lanka) dan keturunan Malayali dari Kerala untuk bekerja di ladang-ladang di Tanah Melayu.


Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang dibawa adalah golongan yang lebih terpelajar berbanding keturunan Tamil dan Telegu. Mereka memiliki penguasaan Bahasa Inggeris.


Maka mereka bekerja sebagai kakitangan stesen kereta api, kerani di ladang atau pembantu hospital.


Pekerja keturunan Malayali juga diberi tugas sebagai mandoor (“kangani” atau penyelia) di ladang tebu dan ladang getah.


Namun masih wujud jurang interaksi antara kakitangan keturunan Malayali dengan buruh keturunan Tamil dan Telegu.


Mandoor dan kerani khabarnya menerima arahan daripada majikan Eropah supaya bersikap tegas terhadap buruh ladang.


Sebaliknya buruh ladang pula mengharapkan simpati dan kerjasama daripada kakitangan dan kerani keturunan Malayali dan Ceylon.


Semua ini meletakkan kelompok keturunan Malayali dan Ceylon dalam dilema.


Tidak kurang juga antara mereka yang memang sombong kerana menganggap kedudukan sosial dan ekonomi mereka lebih tinggi berbanding para pekerja di ladang.


Perkara-perkara ini boleh diketahui sekiranya kita rajin meluangkan masa dan berbual-bual bersama “orang lama” yang menyimpan pelbagai kisah masa silam. – Bersambung DI SINI

Wednesday, 26 October 2011

Menuju Suwarna Bumi

Bahagian Dua. Pada tahun 1820-an, banduan-banduan India dilaporkan dibawa ke Tanah Melayu. Tenaga buruh banduan berkenaan digunakan untuk membina bangunan, jalan raya dan jambatan. Perlu diingat bahawa India dan Tanah Melayu sama-sama dijajah British waktu itu.

(Walaupun ada pihak yang tiba-tiba tampil mengubah fakta sejarah dengan mengatakan bahawa negara ini tidak pernah dijajah! Maka, saya tidak akan terkejut jika ada puak tertentu mengatakan negara ini tidak pernah menerima pengaruh budaya dan agama dari India.)


Pada tahun 1840-an, ladang-ladang tebu mula diusahakan secara besar-besaran di Seberang Perai oleh pengusaha Eropah. Lalu, buruh dibawa dari Tamil Nadu, India untuk bekerja di sana.


Pembukaan ladang kopi di Selangor pada tahun 1870-an membuatkan lebih ramai buruh dibawa dari India.


Suatu perkara yang cukup menarik untuk diteliti adalah berhubung soal mengapa pengusaha ladang Eropah berminat mengambil rakyat India menjadi buruh di ladang.


Alasan yang biasa diberi adalah bahawa Tanah Melayu dan India sama-sama dijajah British. Maka, proses membawa buruh adalah lebih mudah dan murah.


Upah yang diminta juga jauh lebih rendah berbanding upah yang sedia diterima pekerja dari Eropah.


Sebenarnya, selain daripada alasan di atas, ada beberapa lagi alasan yang lebih menarik untuk diteliti secara mendalam.


Alasan-alasan ini bukan sahaja relevan untuk mengkaji mengapa pengusaha ladang Eropah mengambil buruh dari India. Malah, boleh membantu untuk mengetahui sifat dan peribadi penduduk kaum India secara am.


Ada beberapa sebab mengapa orang India bersedia datang ke Tanah Melayu sebagai buruh pembinaan dan buruh di ladang.


Sistem kasta dalam budaya di negara India pada masa lalu menjadi penghalang untuk mencapai mobiliti sosial.


Seseorang yang lahir dalam kasta sudra, misalnya, hanya boleh menjadi pekerja biasa dan tidak boleh mencapai status lebih tinggi dalam masyarakat di negara itu.


Berbekalkan impian membaiki kedudukan ekonomi dan status dalam masyarakat tanpa dipengaruhi ikatan kasta, ramai yang bersedia datang ke Tanah Melayu yang dikenali sebagai Suwarna Bumi (“Semenanjung Emas”).


Bagaimanapun, jangan pula terpengaruh seratus peratus dengan apa yang dipaparkan dalam novel Interlok Edisi Murid dan dipertahankan secara bermati-matian oleh puak tertentu bahawa rata-rata buruh kaum India yang dibawa ke Tanah Melayu oleh British adalah daripada golongan “paria”.


Pertambahan dan kepadatan penduduk di Benua Kecil India juga menyebabkan masalah mendapat bekalan makanan yang mencukupi pada masa silam.


Begitu juga dari segi pekerjaan. Situasi menjadi bertambah buruk sepanjang musim kemarau dan banjir besar.


Di bawah pemerintahan British, penduduk di India terpaksa membayar cukai yang tinggi. Semua faktor ini menyebabkan ramai rakyat India memutuskan untuk mencari kehidupan baru di Tanah Melayu.


Di pihak pengusaha Eropah pula, mereka dikatakan memilih untuk mengambil buruh dari India kerana golongan ini sentiasa akur pada arahan kerja yang diberi. – Bersambung DI SINI

Tuesday, 25 October 2011

Kaum India Tak Setia?

Bahagian Satu. Jumlah penduduk kaum India di negara ini sekitar 1.8 juta orang; dengan majoriti keturunan Tamil. Soalnya: Apakah wujud rasa sangsi terhadap kesetiaan mereka terhadap Malaysia?

Sejarah membuktikan bahawa kedatangan penduduk awal kaum India adalah dari Benua Kecil India.


Tetapi bukan hanya selepas tahun 1900 seperti yang disajikan kepada pelajar Tingkatan Lima di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya menerusi novel Interlok Edisi Murid.


Malah, walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan, masih ramai penduduk kaum India di Malaysia dikatakan lebih berminat mengetahui perkembangan politik – selain perkembangan filem – di India berbanding perkembangan dalam negeri.


Sekelompok anak-anak muda yang lahir jauh selepas merdeka juga didapati lebih terkesan oleh perkembangan politik di India (khasnya Tamil Nadu) berbanding apa yang berlaku di dalam negara.


Tidak kurang juga yang masih menggelar serta menganggap diri mereka sebagai kelompok imigran dari India. Saya sendiri pernah mendengar ungkapan seperti itu.


Hal ini belum termasuk label “pendatang” yang dipercayai diletakkan secara penuh sedar oleh puak tertentu yang secara terancang berusaha menafikan hak kaum India sebagai warganegara Malaysia.


Di sisi yang lain pula, sekumpulan kaum India sendiri menganggap Malaysia sebagai “negara mereka” (their country) dan bukannya “negara kita” (our country).


Isu-isu ini saya perhatikan sendiri hasil pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang didengar dan diperhatikan adalah realiti pahit.


Saya ada memperkatakan isu ini menerusi sebuah tulisan di majalah Minda keluaran September 2003.


Agak menarik jika dikaji mengapa keadaan seperti ini wujud. Mungkin sahaja penelitian terhadap sejarah awal kedatangan kaum India ke negara ini boleh membantu kita untuk sama-sama memahami mentaliti dan sifat mereka pada masa kini.


Hubungan antara Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu di nusantara sebenarnya terjalin jauh sebelum bermulanya Kerajaan Melayu Melaka.


Sejak awal kurun Masehi, sudah terdapat kerajaan-kerajaan awal seperti Srivijaya, Funan, Langkasuka, Kadaram (Kedah), Tun-Sun (Terengganu) dan Chih-Tu (Kelantan).


Kajian membuktikan bahawa kesemuanya adalah kerajaan yang dipengaruhi unsur Hindu-Budha dan budaya serta tradisi pemerintahan India.


(Malangnya, bukti-bukti sejarah itu semakin dihapuskan secara terancang oleh puak tertentu demi kepentingan politik perkauman.)


Walaupun kemudian Kerajaan Melayu Melaka menerima pengaruh Islam, unsur-unsur agama Hindu dan budaya India terus kekal dan sebati dengan budaya Melayu-Islam hingga kini.


Cuba perhatikan, teliti dan kaji budaya Melayu-Islam di Malaysia secara objektif dan hakikat ini akan terpampang jelas di depan mata.


Kedatangan orang India ke Kepulauan Melayu pada peringkat awal hanyalah sebagai pedagang. Jumlah mereka tidak ramai dan mereka tidak bercadang untuk menetap di sini.


Namun, mereka mendapat tempat istimewa daripada golongan diraja sehingga digelar “saudagar diraja”. – Bersambung DI SINI

Monday, 24 October 2011

Diwali dan Reformasi Minda

Bahagian Empat. Tidak salah juga jika Deepavali diterima sebagai perayaan bagi semua; dengan erti kata, rakyat pelbagai kaum ikut serta dalam sambutan Deepavali.

Misalnya, rakan-rakan pelbagai kaum bekerjasama membuat perhiasan atau memasak juadah. Suasana seperti inilah yang akan membantu ke arah proses pembentukan sebuah Bangsa Malaysia yang sama-sama kita impikan. Atau istilah yang digembar-gemburkan sekarang adalah “1Malaysia”.

Kita tidak harus menganggap Deepavali sebagai perayaan berciri keagamaan per se. Sebaliknya, tonjolkan unsur-unsur adat dan budaya yang terkandung di dalamnya. Galakkan rakan-rakan pelbagai kaum dan budaya untuk turut serta dalam membuat persediaan bagi perayaan. Libatkan mereka dalam perayaan.


Dari sudut yang lain pula, tidak perlulah kita tunggu sehingga tiba musim perayaan untuk mengamalkan persefahaman antara kaum atau untuk bercakap mengenai kebaikan dan kasih sayang.


Kita perlu faham bahawa Deepavali diraikan sebagai simbol kejayaan Kebaikan menentang Kejahatan. Jika kita mampu menundukkan Kejahatan/Kegelapan dengan Kebaikan/Cahaya, maka tidak perlu tunggu sehingga bulan Aipasi untuk meraikan Kemenangan itu. Jadikan setiap hari dalam hidup ini sebagai sambutan Diwali penuh simbolik.


Pasti sahaja pandangan yang saya kemukakan di sini membuatkan ramai pihak marah. Tidak mengapa. Perasaan “marah” itulah Kegelapan dan Kejahilan yang perlu dilawan dengan Cahaya dan Kesedaran.


Mari kita bersama-sama melakukan reformasi minda, jika perlu, untuk mengatasi kejahilan, kejahatan, kegelapan serta segala unsur negatif dalam diri yang menghalang pembentukan insan mulia dan Bangsa Malaysia.


Dan jangan lupa menghayati makna sebenar Deepavali sebelum mula menyibukkan diri membuat persiapan dan menyambut Deepavali.


(Artikel “Diwali Perlukan Reformasi” ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 16 Oktober 2009. Disiarkan semula di blog ini pada 21-24 Oktober 2011 sempena sambutan Deepavali pada 26 Oktober 2011.)

Sunday, 23 October 2011

Diwali: Pesta Tanpa Penghayatan?

Bahagian Tiga. Diwali juga tidak lengkap tanpa bunga api, pakaian baru dan manisan. Pada masa kini, generasi muda di Malaysia ketara menyimpang jauh daripada tujuan dan makna sebenar Deepavali. Budaya, tradisi, adat, kepercayaan dan amalan agama sudah tipis. Yang tinggal hanya keinginan untuk berpesta. Pesta tanpa penghayatan nilai.

Mercun pula terus dibakar tanpa mengendahkan larangan yang dibuat. Sebenarnya, ternyata kelompok yang membakar mercun tidak memahami konsep sebenar perayaan Deepavali. Mereka gagal membezakan antara amalan membakar mercun semasa Tahun Baru Cina dan amalan memasang bunga api dan lampu semasa Deepavali.


Perayaan rakan-rakan kaum Cina mementingkan dentuman mercun kerana dipercayai boleh menghalau unsur-unsur jahat. Sebaliknya, perayaan oleh kaum India lebih mementingkan cahaya. Jadi, bunga api dan lampu minyak dinyalakan untuk menyerikan suasana malam perayaan.


Satu lagi perkembangan yang amat mengaibkan adalah amalan minum arak dan berjudi semasa perayaan Deepavali. Perbuatan ini pasti sahaja mencemar kesucian perayaan. Malah, memberi gambaran negatif kepada rakan-rakan kaum lain.


Sering juga kita mendengar mengenai pergaduhan yang tercetus pada malam perayaan Deepavali. Biasanya pergaduhan tercetus akibat judi atau arak. Semua ini mencemar semangat perayaan Deepavali.


Betapa indah perayaan Deepavali pada masa lalu! Setiap ahli keluarga menantikan ketibaannya dengan penuh gembira. Kedatangan Deepavali disambut meriah. Kanak-kanak akan berpakaian baru dan pelbagai warna. Masing-masing bermain dengan gembira. Peti televisyen tidak menjadi tarikan utama. Sebaliknya, kunjungan rakan-rakan dan anak-anak jiran memeriahkan suasana.


Semua hidangan dimasak sendiri. Tose, muruku dan bermacam-macam lagi juadah membuka selera. Rakan-rakan dan jiran pelbagai kaum, agama, adat dan budaya sama-sama menikmati hidangan. Tidak timbul sebarang prasangka. Masing-masing tahu dan sedar akan pantang-larang yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama.


Berbalik pada realiti masa kini, makanan yang dihidang biasanya ditempah dari kedai. Tidak kurang juga kuih-muih yang dibuat menggunakan tepung adunan segera yang dijual di kedai. Sambutan Deepavali menjadi terlalu komersial dan hilang jati diri.


Cara generasi muda berpakaian semasa menyambut Deepavali juga cukup menyedihkan. Pakaian tradisional tidak lagi menjadi pilihan. Rata-rata memilih fesyen moden yang kurang sesuai dengan musim perayaan Deepavali.


Tidak kurang juga yang menganggap Deepavali sebagai pembaziran. Mereka lebih suka menggunakan peluang bercuti untuk tidur sepanjang hari. Atau menonton televisyen yang menghidangkan hiburan 24 jam sehari.


“Balik kampung” juga sudah menjadi amalan dalam kalangan masyarakat kaum India yang merayakan Deepavali. Kita boleh faham jika anak-anak muda yang bekerja di bandar pulang ke tempat asal sempena Deepavali. Akan tetapi, kini, mereka yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak juga mengambil keputusan “balik kampung”!


Dengan cara ini, mereka biasanya tidak perlu takut menerima kunjungan rakan-rakan dan jiran. Mereka juga tidak perlu menyediakan makanan dan juadah. Mereka tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membuat persediaan. Namun, tanpa mereka sedari, mereka menjadi “beban” kepada keluarga di kampung.


Belum terlewat untuk membaiki keadaan. Jika ada kesedaran dalam kalangan pihak terbabit, tentu sahaja usaha boleh dimulakan untuk mengembalikan semangat sebenar perayaan Deepavali.


Memanglah pada asalnya Deepavali merupakan perayaan bagi penduduk keturunan Gujrati dan Punjabi. Namun, kini, ia sudah diterima sebagai perayaan bagi semua penduduk kaum India di Malaysia. – Ikuti Bahagian Empat esok

Saturday, 22 October 2011

Diwali: Kebaikan Atasi Kejahatan?

Bahagian Dua. Deepavali menandakan kemenangan Kebaikan mengatasi Kejahatan. Itulah asas bagi segala mitos dan cerita berkaitan tujuan sambutan Deepavali oleh penduduk beragama Hindu di seluruh dunia pada bulan Aipasi (Oktober/November) setiap tahun.

Deepavali – atau lebih dikenali sebagai ‘Diwali’ di Benua Kecil India – pada asalnya disambut oleh penduduk di bahagian utara negara berkenaan; khususnya penduduk Gujarati dan kaum Punjabi beragama Hindu dan Sikh.


Bagaimanapun, kemudian, Diwali mula “diambil alih” oleh semua penduduk beragama Hindu tanpa mengira kaum dan keturunan. Malah, begitu juga realiti di Malaysia. Rakyat Malaysia lebih mengenali Deepavali daripada Onam, Ponggal, Ugadi serta beberapa perayaan kaum India pelbagai keturunan.


Mitos yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Lalu, para penduduk meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta.


Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta.


Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan dalam kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol Kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan – secara fizikal dan mental.


Malah, agama Hindu yang penuh dengan simbol, ikon, semantik dan penanda/petanda sebenarnya merujuk pada Kebaikan dan Kejahatan dalam diri kita sendiri. Itulah makna sebenar Diwali.


Satu lagi kisah yang kurang diketahui generasi muda adalah kepercayaan bahawa pada malam sambutan Deepavali, Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan akan berkunjung ke setiap rumah yang diterangi cahaya dan akan memberkati keluarga terbabit. Kebersihan rumah juga diambil kira sebelum Dewi Lakshmi memberi berkat.


Jadi, menjelang perayaan Diwali, orang ramai akan bertungkus-lumus membersihkan rumah supaya rumah mereka turut dikunjungi dan diberkati Dewi Lakshmi (baca: kekayaan). Selain memasang lampu, sambutan hari Deepavali juga diserikan dengan lukisan kolem pelbagai corak dan warna.


Satu lagi perkara yang kurang diberi perhatian adalah bahawa mengikut kepercayaan penduduk beragama Hindu di Benua Kecil India, masa yang terbaik untuk membeli pakaian baru dan barang kemas adalah dua hari sebelum perayaan Diwali. Kononnya, itulah hari yang membawa rezeki berganda.


Laksmi Pooja juga biasanya diadakan dua hari sebelum Diwali untuk mendapat rezeki dan limpahan berkat berganda. – Ikuti Bahagian Tiga esok

Friday, 21 October 2011

Diwali Perlukan Reformasi?

Bahagian Satu. Sempena Deepavali, jika saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat dan jiran, jangan terkejut sekiranya saudara tidak menerima layanan mesra seperti yang telah saudara harapkan. Saudara mungkin terpaksa sekadar menyertai ahli keluarga tuan rumah untuk menonton pelbagai program hiburan di televisyen.

Malah, lebih teruk jika kunjungan tetamu tidak diharapkan. Sebenarnya kenyataan ini mungkin sahaja kedengaran agak keterlaluan. Namun, realiti terpaksa kita hadapi. Perayaan Deepavali tidak lagi memiliki semangat tradisional. Sudah luntur nilai asli. Yang tinggal hanya “perayaan”.


Pandangan ini selalu saya utarakan secara terbuka sejak dahulu dan sering dibidas orang. Saya sudah lali dilabel sebagai seorang yang terlalu kritis terhadap soal kebudayaan kaum India. Kononnya, saya amat suka mencari kesalahan dan kelemahan kaum India!


Biarlah. Saya tidak mahu berpura-pura, berdiam diri dan menutup sebelah mata terhadap apa yang saya lalui dan perhatikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang warga Malaysia.


Bilakah kali terakhir saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat sempena Deepavali? Tidak mustahil jika jawapan yang diberi adalah “hampir lima tahun lalu”. Kita masing-masing sibuk dengan urusan keluarga sehingga terlupa akan tradisi kunjung-mengunjung semasa musim perayaan.


Kita sedar bahawa satu cara yang cukup semula jadi untuk mencambahkan bibit perpaduan (“1Malaysia”) dan integrasi (“Bangsa Malaysia”) dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan budaya adalah melalui saling memahami dan kunjung-mengunjung.


Bagaimanapun, musim perayaan Deepavali sudah semakin hilang seri untuk memainkan peranan ke arah memupuk persefahaman dan tolak-ansur antara budaya.


Kunjung-mengunjung sudah tidak lagi menjadi amalan kebiasaan. Deepavali semakin menjadi hari perayaan untuk disambut bersama keluarga masing-masing. Lalu, kunjungan rakan-rakan dan jiran tidak diutamakan.


Tidak kurang juga keluarga kaum India yang menjadikan melancong seisi keluarga sebagai agenda utama semasa cuti Deepavali. Bagi mereka, Deepavali hanyalah hari cuti dan lebih sesuai digunakan untuk melancong daripada menyambut perayaan dengan menjemput rakan-rakan dan jiran.


Tentu sekali ada yang mempersoalkan kenyataan di atas iaitu bahawa kunjungan rakan-rakan tidak diutamakan. Apatah lagi setiap kali perayaan Deepavali, kita akan mendengar mengenai begitu banyak rumah terbuka yang diadakan oleh pihak tertentu.


Tahun ini, jumlah rumah terbuka pasti bertambah beberapa kali ganda. Keadaan ini bukan semata-mata bukti kepesatan ekonomi. Sebaliknya ada makna tersirat di sebalik konsep rumah terbuka yang diamalkan oleh golongan “politik”.


Orang ramai – dan ramai orang – selalu sahaja tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi rumah terbuka yang diadakan. Tarikan utama adalah makanan. Bagi kanak-kanak, ada kemungkinan menerima duit daripada tuan rumah.


Walau bagaimanapun, konsep “rumah terbuka” yang dinyatakan ini sudah menyimpang jauh daripada konsep asal. Tokoh dan pemimpin sudah ketara mengadakan “rumah terbuka” di dewan. Makanan yang dihidang ditempah dari kedai. Pengunjung pula biasanya tidak berpeluang bertemu tuan rumah untuk mengucapkan “Selamat Hari Deepavali”.


Jadi, rumah terbuka yang diadakan itu hanyalah sebuah jamuan yang tidak ada apa-apa beza dengan mana-mana jamuan lain. Lalu, generasi muda mula terikut-ikut dengan amalan seperti itu sehingga “lupa” makna sebenar perayaan itu. – Ikuti Bahagian Dua esok

Thursday, 20 October 2011

‘Bik Momma’ Devayani

[Kisah manipulasi politik yang diperkatakan orang sudah pun tercatat dalam epik Mahabharata lebin 2,000 tahun lalu.]

Dalam percaturan politik negara, golongan wanita mungkin tidak begitu menonjol atau mungkin juga kurang diberi perhatian sewajarnya.


Kecuali sesekali apabila ada individu kurang cerdik menimbulkan isu berbaur penghinaan terhadap wanita di Parlimen; misalnya kes ‘bocor’ yang menjadi contoh klasik bagi melambangkan tahap mentaliti sebenar pihak terbabit dan barisan kepimpinan yang diwakilinya.


Dalam pada itu, sejarah membuktikan kehadiran beberapa tokoh wanita yang memainkan peranan besar dalam menentukan kegemilangan – atau kejatuhan – sesebuah kerajaan.


Di Malaysia, jenaka yang diketahui umum adalah mengenai pemimpin tertentu yang dikatakan hanya menjadi boneka sementara isterinya yang sebenarnya ‘memerintah’.


Saya teringat akan suatu kisah yang pernah saya perkatakan menerusi suatu artikel pada Ogos 2003 apabila membicarakan mengenai tokoh yang boleh kehilangan segala-galanya apabila menjadi mangsa permainan poitik golongan wanita.


Kisah itu mengenai Sarmishtha iaitu puteri kepada Vrishaparva, raja golongan asura. Devayani pula anak kepada Sukracharya iaitu penasihat diraja bagi Vrishaparva dalam epik Mahabharata.


Dikisahkan bahawa pada suatu hari, Devayani dan Sarmishtha pergi untuk mandi-manda di sungai bersama dayang-dayang.


Selepas puas mandi-manda dan bergurau-senda, kumpulan gadis itu bersedia untuk pulang. Puteri Sarmishtha tersilap memakai pakaian milik Devayani.


“Aduh! Pakaian aku dipakai oleh kau? Ayahku penasihat dan guru kepada ayah kau,” kata Devayani secara bergurau. “Mana kau layak pakai pakaian aku?”


Mendengar kata-kata itu, Puteri Sarmishtha marah. Dia rasa tercabar.


“Ah! Bapa kamu menyembah bapa aku setiap hari. Semua harta dan kemewahan yang bapa kau miliki adalah sedekah daripada bapa aku. Jadi, kau adalah anak pengemis,” jawab puteri itu pula.


Kedua-dua gadis itu mula bertelingkah. Para dayang tercegat kerana tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk meleraikan mereka. Tiba-tiba, Puteri Sarmishtha menampar pipi Devayani sebelum menolaknya ke dalam sebuah perigi buta tidak jauh dari situ.


“Biarkan dia di sana!” Kata Puteri Sarmishtha yang masih dikuasai kemarahan. “Wahai dayang-dayang, mari kita pulang! Nanti kita hantar orang untuk tolong dia.”


Tidak lama kemudian, Maharaja Yayati daripada keturunan Bharata lalu di sisi perigi buta berkenaan. Dia baru selesai berburu di hutan berdekatan. Apabila terlihat perigi, dia pun berhenti untuk minum.


Betapa Maharaja Yayati terkejut melihat seorang gadis jelita di dalam perigi itu! Devayani menghulurkan tangan kanan. Maharaja Yayati pun memegang tangan itu dengan tangan kanan juga, lalu menarik Devayani keluar.


“Saya anak kepada Sukracharya,” kata Devayani lalu menceritakan secara terperinci apa yang berlaku.


Selepas itu, Devayani mengatakan bahawa dia tidak mahu pulang semula ke rumah kerana tidak rela bersemuka dengan Puteri Sarmishtha.


“Bawalah saya bersama. Jadikan saya isteri,” dia merayu kepada Maharaja Yayati.


“Oh, tidak! Kau keturunan Brahmin manakala aku keturunan Ksatrya. Kedudukan jurai keturunan kau lebih tinggi. Mana boleh seorang gadis Brahmin berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah kedudukannya dalam sistem sosial?” Tanya Maharaja Yayati dalam usaha menolak cadangan Devayani.


Sementara itu, Sukracharya pula risau apabila anaknya tidak pulang menjelang senja. Maka dia pun pergi mencari Devayani di tebing sungai.


Akhirnya dia menemui Devayani dan Maharaja Yayati di tepi sebuah perigi buta. Devayani dengan penuh sedih menceritakan apa yang berlaku sejak mula.


“Oh! Tidak patut Sarmishtha berkata begitu,” kata Sukracharya. “Tapi mungkin dia tidak benar-benar bermaksud hendak menghina kau. Mungkin sekadar bergurau sahaja.”


“Tidak, ayah,” pintas Devayani. “Kalau sekadar bergurau, masakan dia akan menolak saya ke dalam perigi buta dan pulang ke istana. Dia memang telah menghina saya. Dia mahu menjatuhkan martabat saya. Saya tidak boleh tinggal lagi di negeri ini.”


“Bersabarlah, nak,” pujuk Sukracharya.


“Tidak! Saya tidak mahu mendengar kata-kata sesiapa pun. Sarmishtha memang kaya tetapi perangainya buruk. Dia memandang rendah pada jurai keturunan kita. Sebenarnya, dia lebih hina daripada golongan yang paling hina.”


“Sabarlah. Jangan biarkan emosi menguasai fikiran dan kata-kata,” pujuk Maharaja Yayati pula.


“Tidak! Keputusan saya muktamad. Saya tidak akan tinggal di negeri ini lagi,” Devayani menegaskan.


Pada waktu itu, Raja Vrishaparva pun sampai. Dia telah mendapat tahu mengenai apa yang belaku lalu bergegas ke tempat kejadian. Devayani mengulangi kisah tadi serta keputusannnya untuk meninggalkan negeri berkenaan.


“Kalau anak aku pergi, aku juga akan pergi,” kata Sukracharya pula.


Kata-kata itu merunsingkan Raja Vrishaparva kerana khidmat Sukracharya amat diperlukan oleh keturunan asura.


“Kalau kau tinggalkan beta, maka beta akan masuk dalam api dan membunuh diri!” Kata raja itu pula.


Tanpa berlengah, Raja Vrishaparva menyembah kaki Devayani sambil berkata, “Beta pohon maaf bagi pihak anak beta.”


Orang ramai terkejut melihat insiden berkenaan. Namun, Devayani masih berkeras. Dia mahu Sarmishtha sendiri menyembah kakinya.


Akhirnya Puteri Sarmishtha dibawa ke tempat itu. Dia mengaku salah dan menyembah kaki Devayani.


“Ini tidak mencukupi. Sarmishtha mesti menjadi orang suruhanku,” Devayani membuat tuntutan di hadapan orang ramai.


Puteri Sarmishtha yang terasa bersalah atas segala masalah yang wujud bersedia menerima keputusan itu. Namun, tuntutan Devayani belum berakhir.


“Aku mahu Maharaja Yayati mengambil aku sebagai isteri. Dia telah memegang tangan kananku dengan tangan kanannya. Jadi, dialah suamiku mengikut hukum budaya walaupun kedudukannya lebih rendah daripada kedudukan keturunan aku.”


Maharaja Yayati, Raja Vrishaparva dan Sukracharya berunding untuk mencapai kata sepakat. Keputusan diambil untuk melangsungkan perkahwinan Maharaja Yayati dan Devayani.


Selepas itu, Devayani pun pergilah bersama suaminya ke istana. Puteri Sarmishtha dibawa sebagai dayang. Maka bermulalah kehidupan baru bagi Devayani dan juga Sarmishtha. Devayani terasa gembira kerana kini bergelar Maharani. Puteri Sarmishtha pula kini hanya menjadi seorang dayang.


Masa berlalu. Maharaja Yayati mula menaruh perasaan ghairah terhadap Sarmishtha. Maka mereka menjalin hubungan sulit. Tidak lama kemudian, Maharaja Yayati mengumumkan keputusannya untuk memperisterikan Sarmishtha.


Berita itu merupakan satu tamparan bagi Devayani. Terus dia menghubungi bapanya. Sukracharya pun datang untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Maka diceritakanlah secara terperinci semuanya.


“Kau melakukan semua ini kerana tidak boleh mengawal nafsu sebagai orang muda. Maka aku sumpah kau menjadi tua!”


Sebaik sahaja Sukracharya berkata begitu, Maharaja Yayati terus menjadi tua dan kurang bermaya. Devayani tercegat memikirkan nasib dirinya.


Tentu sahaja kisah Maharaja Yayati tidak berakhir di situ. Semuanya boleh dibaca dalam epik Mahabharata yang pada mulanya dikarang dalam Bahasa Sanskrit oleh Vyasa dan kini terdapat dalam hampir semua bahasa utama dunia.


Pengalaman membaca epik dan hikayat seperti ini boleh membuatkan kita tersenyum sendiri kerana apa yang dipaparkan di dalamnya bagaikan “rakaman” kisah masa kini.


(Uthaya Sankar SB © 2003/2011. Disiarkan di Free Malaysia Today pada 10 Oktober 2011. Artikel ini ditulis berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan di majalah Siasah pada Ogos 2003 dan surat berita Kavya pada Oktober 2003.)

Wednesday, 19 October 2011

Mantera Sanjivini

Hikayat dan epik klasik umpama telaga di mana makin ia digali, semakin banyak air yang dapat diperoleh daripadanya.

Membaca Ramayana, Sejarah Melayu, Mahabharata dan Hikayat Hang Tuah (misalnya) pasti membawa kesan emosi dan intelektual yang berbeza sebelum dan selepas Reformasi (1998); sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008) serta sebelum dan selepas Bersih 2.0 (Julai 2011).


Contohnya, dikisahkan dalam Mahabharata bahawa pada suatu ketika, berlaku persengketaan antara golongan dewa yang menghuni kayangan dan golongan asura atau raksasa yang menghuni bumi.


Golongan dewa beranggapan mereka lebih berkuasa dan lebih istimewa berbanding golongan asura yang dianggap berkedudukan lebih rendah.


Tambahan pula, puak dewa mempunyai kelebihan tinggal di kayangan (ala-ala Putrajaya?). Maka, secara automatik, mereka beranggapan bahawa mereka lebih istimewa berbanding puak asura yang hodoh dan tinggal di bumi.


Semasa berlaku sengketa, kedua-dua kelompok memiliki pakar rujuk masing-masing. Kumpulan dewa sentiasa meminta panduan dan tunjuk ajar daripada Brihaspati iaitu seorang dewa yang terpelajar dalam bidang pengajian veda. Apa sekali pun arahan dan panduan Brihaspati, pasti dituruti para dewa tanpa dipersoalkan.


Bagi kelompok asura pula, pakar rujuk mereka ialah Sukracharya iaitu raksasa yang menghafaz mantera Sanjivini. Keistimewaan mantera Sanjivini adalah bahawa mantera berkenaan mampu menghidupkan semula apa-apa benda bernyawa yang mati.


Apabila berlaku pertempuran antara puak dewa dan asura, pasti ramai yang terkorban di kedua-dua pihak. Bezanya, di pihak golongan asura, Sukracharya hanya perlu membaca mantera Sanjivini dan serta-merta tentera asura yang terkorban akan hidup semula.


“Hal ini tidak boleh berterusan,” kata para dewa. “Golongan asura yang hina itu memiliki ilmu istimewa. Kuasa di pihak mereka adalah berterusan dan tidak boleh dipatahkan. Semakin kita membunuh mereka, semakin mereka hidup semula dengan semangat lebih kental untuk menentang kita.”


Ternyata golongan dewa semakin bimbang melihat kekuatan istimewa yang dimiliki puak asura. Kuasa dan kekuatan yang dimiliki puak asura tidak boleh dimusnahkan. Makin diperangi, makin kuat pula puak asura.


Di pihak golongan dewa pula, setiap kali mereka menyerang puak asura, pasti ada yang terkorban. Secara logik, kekuatan puak asura tidak berkurangan sedangkan kekuatan puak dewa semakin susut.


“Kita mesti lakukan sesuatu! Kalau tidak boleh dilakukan secara baik, kita gunakan taktik licik. Yang penting, kuasa kita mesti berkekalan. Puak asura tidak boleh dibiarkan berkuasa. Jika mereka sudah bangkit, puak dewa tidak akan ada tempat lagi di kayangan. Segala kemewahan yang kita miliki sekarang akan hilang,” kata para dewa dengan penuh bimbang.


Setelah mengadakan mesyuarat dan rundingan peringkat kabinet, golongan dewa memutuskan untuk meminta bantuan Brihaspati yang bijak pandai. Ada pun, Brihaspati juga risau memikirkan masalah yang sama.


“Sukracharya adalah satu-satunya individu yang tahu mantera Sanjivini. Dia tidak pernah mengajarnya kepada sesiapa. Malah, dia tidak pernah mengucapkan mantera itu dengan suara lantang melainkan diucapkan dalam hati,” kata Brihaspati. “Jadi, kita perlu fikirkan cara untuk masuk ke dalam hatinya untuk mempelajari mantera Sanjivini.”


“Maksudnya?” Beberapa dewa bertanya kerana kurang faham apa yang dimaksudkan.


“Seseorang perlu mendapat tempat dalam hati Sukracharya. Apabila orang itu benar-benar dipercayai oleh Sukracharya, pasti akan diajarnya mantera Sanjivini,” Brihaspati menjelaskan.


Akhirnya, anak Brihaspati yang bernama Kacha dipilih untuk misi tersebut. Dia seorang dewa muda yang tampan. Golongan dewa pasti bahawa Kacha akan mampu melaksanakan misi yang diberikan kepadanya.


“Kau harus berguru pada Sukracharya. Kau harus menambat hati asura itu. Apabila dia sudah benar-benar menaruh rasa percaya yang tidak berbelah-bagi terhadap kau, itulah masanya kau harus cuba mendapatkan mantera Sanjivini daripadanya,” Brihaspati mengarahkan anaknya.


“Bagaimana kalau dia tidak mahu mengajar mantera itu kepada saya?”


“Kau gunakanlah apa cara sekali pun (kecuali tuduhan diliwat?). Apa yang penting adalah bahawa kau mesti berjaya mendapatkan mantera Sanjivini. Mantera itulah kelebihan puak asura yang terhina itu. Kalau kita memilikinya, golongan dewa akan dapat berkuasa mutlak di seluruh mayapada. Golongan asura yang sedang melakukan reformasi dapat dimusnahkan dengan mudah,” kata Brihaspati.


Maka pergilah Kacha ke tempat tinggal Sukracharya setelah berjanji akan melaksanakan misi yang diberikan.


“Saya Kacha, anak kepada Brihaspati. Saya ingin berguru pada tuan,” kata Kacha dengan penuh sopan sambil menyembah di hadapan Sukracharya.


Sukracharya tahu bahawa Brihaspati adalah golongan dewa. Bagaimanapun, seorang guru tidak boleh menolak permintaan seorang murid yang mahu berguru padanya.


“Ayah kau seorang dewa yang terpelajar dalam bidang veda. Aku berbangga dapat menjadi guru kepada anaknya. Jika niat kau baik, maka aku terima kau sebagai murid,” kata Sukracharya.


Maka, Kacha berguru pada Sukracharya selama bertahun-tahun lamanya. Mengikut tradisi, seorang murid perlu tinggal bersama-sama gurunya dan membantu dalam segala tugas harian. Tugas utama yang diberi kepada Kacha adalah mengembala lembu-lembu milik Sukracharya.


Sukracharya mempunyai seorang anak bernama Devayani. Secara semula jadi, gadis jelita itu mula menaruh minat terhadap Kacha yang tampan dan berasal daripada golongan dewa. Namun, menyedari hakikat bahawa Kacha sedang berguru pada ayahnya, Devayani terpaksa memendam rasa.


Golongan asura pula mula tertanya-tanya tujuan sebenar kedatangan Kacha untuk berguru pada Sukracharya. Mereka menyangka bahawa dia mahu menggoda Devayani.


Lalu, pada suatu hari, semasa Kacha mengembala lembu di padang, sekumpulan asura membunuhnya. Mayat Kacha dikerat dan diberi makan pada anjing.


Pada senja berkenaan, Devayani mula risau kerana Kacha tidak pulang bersama-sama kumpulan lembu. Lalu diadunya kepada Sukracharya. Maka, bibir Sukracharya mula terkumat-kamit membaca mantera Sanjivini.


Sejurus selepas itu, Kacha kelihatan berjalan pulang. Keadaannya sangat normal. Tiada sebarang tanda dia dibunuh dan mayatnya dikerat-kerat.


“Sungguh ajaib,” kata Kacha kepada Devayani. “Saya diserang dan dibunuh sekumpulan pemuda puak asura. Entah apa yang berlaku selepas itu. Tiba-tiba sahaja saya mendapati saya sudah pulih dan mampu berjalan pulang.”


Tidak lama kemudian, pada suatu hari, Kacha pergi ke hutan untuk memetik bunga yang diminta oleh Devayani. Sekali lagi, dia diserang sekumpulan pemuda asura. Kali ini, mayatnya dikerat, dilenyek dan dibuang ke dalam laut.


Pada kali ini juga Kacha berjaya dihidupkan semula oleh Sukracharya menggunakan mantera Sanjivini. Perasaan kasih Devayani terhadap Kacha pula semakin bertambah. Tentu sahaja perkembangan ini membuatkan para pemuda asura semakin mendendami Kacha.


Bagi kali ketiga, Kacha dibunuh dan mayatnya dibakar menjadi abu. Kemudian, abu itu dicairkan dalam teh dan dihidangkan kepada Sukracharya. Raksasa tua yang tidak menyedari kandungan teh itu terus meminumnya.


Senja itu, Devayani mengadu, Kacha belum pulang. Maka, Sukracharya mula membaca mantera Sanjivini. Anehnya pada kali ini, roh Kacha bersuara dari dalam tubuh Sukracharya.


“Mayat saya dibakar dan abunya dicampurkan dalam teh yang tuan minum sebentar tadi. Saya kini berada di dalam tubuh tuan.”


Sukracharya terkejut. Kalau dia menggunakan mantera Sanjivini untuk menghidupkan Kacha, dia pula akan terbunuh. Devayani juga mula menangis. Dia sayang akan ayahnya dan dia juga sayang akan Kacha. Dia tidak mahu kehilangan mereka.


Akhirnya, Sukracharya tiada pilihan lain. Dia mengajar mantera Sanjivini kepada Kacha yang berada di dalam tubuhnya. Kemudian, Sukracharya membaca mantera berkenaan untuk menghidupkan Kacha. Sebaik sahaja Kacha muncul dari dalam tubuh Sukracharya, lelaki tua itu pula meninggal dunia.


Bagaimanapun, Kacha menggunakan mantera Sanjivini yang baru dipelajarinya untuk menghidupkan semula Sukracharya. Maka, Devayani terasa sangat gembira. Bagaimanapun, kegembiraannya hanya sementara.


“Saya telah muncul dari dalam tubuh Sukracharya. Maka saya juga adalah anak kepadanya. Dengan itu, saya tidak boleh menerima cintamu.”


Setelah berkata begitu, Kacha bersedia untuk pulang ke kayangan dengan perasaan gembira kerana sudah berjaya melaksanakan misi yang diberikan untuk “mempertahankan” kayangan.


Bagaimanapun, tentu sahaja Kacha tidak dapat pulang ke kayangan dengan begitu mudah …


Kisah ini pernah saya kongsikan menerusi majalah Siasah pada tahun 2003 dan ternyata ia masih “segar” hingga hari ini. Terpulanglah bagaimana anda mahu mentafsirnya mengikut perkembangan semasa.

(Uthaya Sankar SB © 2003/2011. Disiarkan di The Malaysian Insider pada 10 Oktober 2011.)