Mercun pula terus dibakar tanpa mengendahkan larangan yang dibuat. Sebenarnya, ternyata kelompok yang membakar mercun tidak memahami konsep sebenar perayaan Deepavali. Mereka gagal membezakan antara amalan membakar mercun semasa Tahun Baru Cina dan amalan memasang bunga api dan lampu semasa Deepavali.
Perayaan rakan-rakan kaum Cina mementingkan dentuman mercun kerana dipercayai boleh menghalau unsur-unsur jahat. Sebaliknya, perayaan oleh kaum
Satu lagi perkembangan yang amat mengaibkan adalah amalan minum arak dan berjudi semasa perayaan Deepavali. Perbuatan ini pasti sahaja mencemar kesucian perayaan. Malah, memberi gambaran negatif kepada rakan-rakan kaum lain.
Sering juga kita mendengar mengenai pergaduhan yang tercetus pada malam perayaan Deepavali. Biasanya pergaduhan tercetus akibat judi atau arak. Semua ini mencemar semangat perayaan Deepavali.
Betapa indah perayaan Deepavali pada masa lalu! Setiap ahli keluarga menantikan ketibaannya dengan penuh gembira. Kedatangan Deepavali disambut meriah. Kanak-kanak akan berpakaian baru dan pelbagai warna. Masing-masing bermain dengan gembira. Peti televisyen tidak menjadi tarikan utama. Sebaliknya, kunjungan rakan-rakan dan anak-anak jiran memeriahkan suasana.
Semua hidangan dimasak sendiri. Tose, muruku dan bermacam-macam lagi juadah membuka selera. Rakan-rakan dan jiran pelbagai kaum, agama, adat dan budaya sama-sama menikmati hidangan. Tidak timbul sebarang prasangka. Masing-masing tahu dan sedar akan pantang-larang yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Berbalik pada realiti masa kini, makanan yang dihidang biasanya ditempah dari kedai. Tidak kurang juga kuih-muih yang dibuat menggunakan tepung adunan segera yang dijual di kedai. Sambutan Deepavali menjadi terlalu komersial dan hilang jati diri.
Cara generasi muda berpakaian semasa menyambut Deepavali juga cukup menyedihkan. Pakaian tradisional tidak lagi menjadi pilihan. Rata-rata memilih fesyen moden yang kurang sesuai dengan musim perayaan Deepavali.
Tidak kurang juga yang menganggap Deepavali sebagai pembaziran. Mereka lebih suka menggunakan peluang bercuti untuk tidur sepanjang hari. Atau menonton televisyen yang menghidangkan hiburan 24 jam sehari.
“Balik kampung” juga sudah menjadi amalan dalam kalangan masyarakat kaum
Dengan cara ini, mereka biasanya tidak perlu takut menerima kunjungan rakan-rakan dan jiran. Mereka juga tidak perlu menyediakan makanan dan juadah. Mereka tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membuat persediaan. Namun, tanpa mereka sedari, mereka menjadi “beban” kepada keluarga di kampung.
Belum terlewat untuk membaiki keadaan. Jika ada kesedaran dalam kalangan pihak terbabit, tentu sahaja usaha boleh dimulakan untuk mengembalikan semangat sebenar perayaan Deepavali.
Memanglah pada asalnya Deepavali merupakan perayaan bagi penduduk keturunan Gujrati dan Punjabi. Namun, kini, ia sudah diterima sebagai perayaan bagi semua penduduk kaum India di Malaysia. – Ikuti Bahagian Empat esok