18 Jan 2009

SJKT Taman Permata, Dengkil

Aktiviti : Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar
Tarikh : 18 Januari 2009 (Ahad)
Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
Tempat : SJK (Tamil) Taman Permata, Dengkil, Selangor
Penceramah : Uthaya Sankar SB
Hadirin
: Guru Besar SJK (T) Taman Permata
: Pengerusi PIBG SJK (T) Taman Permata
: Ibu bapa dan penjaga
: Guru-guru SJK (T) Taman Permata
: Murid-murid SJK (T) Taman Permata
: Penduduk Taman Permata











1. Ucapan pengacara majlis yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan PIBG SJK (Tamil) Taman Permata, Dengkil.

2. Ucapan Guru Besar SJK (Tamil) Taman Permata, Encik Mutiah yang menyatakan komitmen penuh pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar di sekolah berkenaan.

3. Ucapan Pengerusi PIBG SJK (Tamil) Taman Permata, Encik Gunasegaran yang meminta ibu bapa dan penjaga turut memberikan komitmen terhadap kejayaan Kelab Membaca Sinar Pintar demi manfaat anak-anak mereka sendiri melalui aktiviti yang amat berfaedah ini.

4. Taklimat oleh Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB mengenai segala perkara berkaitan kelab berkenaan. Taklimat disampaikan dalam Bahasa Tamil manakala maklumat pada slaid Power Point yang dipaparkan adalah dalam Bahasa Malaysia. Penjelasan dan taklimat yang diberikan adalah cukup menyeluruh dan membantu para hadirin memahami sepenuhnya objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara lain berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar.

5. Seramai 14 individu mengisi dan menyerahkan borang Mentor manakala 37 individu mengisi dan menyerahkan borang Ahli. Ramai lagi membawa pulang borang keahlian untuk diberi kepada anak-anak dan kenalan.

6. Cabutan bertuah dibuat menggunakan borang Ahli dan Mentor yang sudah diserahkan. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah buku nota, pensel, pen dan pemegang kunci Perpustakaan Negara Malaysia.

7. Bunting Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan untuk dipaparkan di SJK (Tamil) Taman Permata.

8. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada penduduk sekitar Taman Permata, Dengkil.

9. Dapatkan maklumat lanjut Kelab Membaca Sinar Pintar DI SINI.