22 Jan 2009

SJK (T) Ladang Midlands, Shah Alam



Aktiviti: Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar
Tarikh: 22 Januari 2009 (Khamis)
Masa: 2:00 – 4:00 petang
Tempat: SJK (Tamil) Ladang Midlands, Seksyen 7, Shah Alam
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Hadirin: Guru Besar & guru-guru SJK (T) Ladang Midlands

1. Taklimat Kelab Membaca Sinar Pintar ini adalah anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia.

2. Taklimat oleh Fasilitator Kelab Membaca Sinar Pintar, Uthaya Sankar SB mengenai segala perkara berkaitan kelab berkenaan. Taklimat disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil manakala maklumat pada slaid Power Point yang dipaparkan adalah dalam Bahasa Malaysia. Penjelasan dan taklimat yang diberikan adalah cukup menyeluruh dan membantu para guru memahami sepenuhnya objektif, gerak kerja, pengisian dan perkara-perkara lain berkaitan Kelab Membaca Sinar Pintar.

3. Borang Mentor diserahkan kepada semua guru yang hadir. Mereka berminat dan bersetuju untuk menjadi Mentor.

4. Borang Ahli diserahkan kepada guru-guru yang hadir untuk diedarkan kepada murid-murid yang berminat. Borang-borang yang lengkap diisi akan diserahkan kepada Kavyan pada awal Februari 2009.

5. Pihak sekolah bersetuju untuk menubuhkan Kelab Membaca di sekolah supaya aktiviti kelab dapat dijalankan secara lebih terancang dan menyeluruh. Ahli tertumpu pada murid Tahun 4, 5 dan 6.

6. Para guru juga berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti anjuran Kavyan dan Perpustakaan Negara Malaysia.

7. Bunting Kelab Membaca Sinar Pintar dan Kempen Membaca turut diserahkan untuk dipaparkan di SJK (Tamil) Ladang Midlands.

8. Secara keseluruhan, taklimat yang diadakan berjaya mempromosi Kelab Membaca Sinar Pintar kepada kumpulan sasaran.