Thursday, 5 August 2010

Faksyen Pulau Pendatang

Cerpen terbaru bertajuk “Pulau Pendatang” akan disiarkan secara bersiri di blog saya bermula 7 Ogos 2010, 7:00 pagi, dengan izin Tuhan. [Kemudian dimuatkan dalam buku Pulau Pendatang pada 2015]

Sebelum ini, saya pernah menyiarkan cerpen “Mengubah Alpa” dalam tujuh bahagian pada 23-29 Mac 2009 di blog ini sebelum dimuatkan dalam Kathakali (2009).

Faksyen “Pulau Pendatang” saya tulis (sebenarnya menaip) bermula sekitar 11:00 malam, 31 Julai 2010 dan siap sepenuhnya sekitar 2:00 pagi, 1 Ogos 2010. Cerpen ini saya tulis hampir sepuluh hari selepas cerpen “Onam di Pulau Cinta”.

Saya secara penuh sedar membahagikan manuskrip “Pulau Pendatang” kepada beberapa bahagian di mana setiap bahagian panjangnya dua halaman kertas A4, ditaip langkau dua menggunakan fon Century Gothic, saiz 12.

Saya memilih untuk mula menyiarkannya pada 7 Ogos 2010 kerana kisah penting dalam faksyen itu – yang berlatarkan Pulau Cinta – berlaku pada tarikh 7 Ogos.

Perlu saya akui bahawa cerpen “Pulau Pendatang” sebuah faksyen yang ada kaitan dengan konsep “pendatang” dan mungkin membuatkan pihak tertentu “panas punggung” seperti yang berlaku selepas penyiaran cerpen “Fail Merah: Konspirasi Membunuh Sasterawan Pulau Cinta (Dewan Masyarakat, September 2002).

Kalau ada mana-mana pihak di Pulau Cinta yang mahu bertindak di luar batas kemanusiaan (mengarak kepala binatang tertentu atau merancang membakar rumah ibadat agama tertentu, misalnya) selepas membaca cerpen “Pulau Pendatang”, terbukti mereka tidak berkesempatan membaca cerpen “Politik Baru YB J” yang menjadi contoh klasik “hak penulis untuk berkreatif” mengikut undang-undang Malaysia.

Satu lagi "hujah" sokongan terhadap karya yang "ada unsur kejelekan" tetapi "mendaulatkan perpaduan kaum" boleh dibaca DI SINI. Baca kisah-kisah ini dalam buku Pulau Pendatang (2015).

Nota: Foto pulau sekadar hiasan. Sila KLIK DI SINI untuk membaca cerpen berkenaan.