1 Mar 2015

Pulau Pendatang

Buku Pulau Pendatang memuatkan 20 cerpen, fiksyen dan faksyen Bahasa Malaysia tulisan Uthaya Sankar SB. Tarikh terbit: 14 Mei 2015. Kumpulan cerpen ini terbit dalam jumlah cetakan terhad (500 naskhah sahaja).

Setiap naskhah ditandatangani penulis – Buku tanpa tandatangan adalah cetakan haram. [BELI BUKU INI]

Sedikit makluman awal: Akta Hasutan dan Pulau Pendatang (The Malaysian Insider, 28 April 2015)


Cerpen-cerpen bagi buku ini dipilih secara khusus supaya mampu membantu membawa pembaca pelbagai kaum dari alam remaja menuju alam dewasa, dari segi pemikiran dan isu-isu politik yang disajikan.
 
Tempahan awal berbayar pada harga istimewa RM20.00 senaskhah (PosLaju percuma) dibuka selama dua bulan iaitu dari 1 Mac 2015 hingga 30 April 2015 - SENARAI NAMA DI SINI.

Majlis kecil-kecilan diadakan pada 17 Mei 2015 (Ahad) di Rumah Kavyan – MAKLUMAT LANJUT DI SINI.

Baca: TRIVIA BUKU PULAU PENDATANG.




Buku ini tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Tetapi PosLaju tetap ada GST.

Buku Pulau Pendatang boleh juga dibeli di Kedai Koperasi DBP (KL, Bangi, Melaka), Kedai Buku Fixi (Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya), DuBook Press (Bandar Baru Bangi) dan Silverfish Books (Bangsar Village II, Bangsar).




Sokongan dan kerjasama saudara-mara, rakan-rakan dan kenalan dalam menjayakan projek penerbitan buku ini menurut konsep modal sosial amatlah dihargai. Nama individu yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 25 April 2015 boleh dirujuk dalam buku Pulau Pendatang.