Wednesday, 4 August 2010

Perkembangan Pak Samad

Pada 2:00 petang, 3 Ogos 2010, saya bertemu Sdr Helmy Samad di The Curve untuk membicangkan persiapan program Pelancaran Sudut Sasterawan Negara. Memandangkan kami sudah agak lama bertemu, maka banyaklah juga kisah berat yang dibualkan secara santai.
.

Khususnya mengenai cabaran dan masa depan Wira Bukit Sdn Bhd, aktiviti semasa Helmy dan perkembangan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Pak Samad berada di utara bagi acara sebelum ini dan pada 3 Ogos, berada di Port Dickson.

.

Tentu sahaja kami berbincang mengenai rancangan menjual koleksi seni/sastera milik Pak Samad kepada suatu pihak di New Zealand. Kami bincangkan juga “cabaran” yang terpaksa dihadapi apabila bercakap benar berdasarkan fakta.

.

Pada 3:30 petang, saya di Bangsar Utama; sekali lagi bersama Helmy. Kami tunggu kedatangan Pak Samad dan isteri (Datin Rashidah) sebelum berbual lanjut mengenai Wira Bukit Sdn Bhd, soal penerbitan karya-karya Pak Samad (edisi baru dan juga novel baru), New Zealand, dunia penerbitan dan sastera, program 4 Ogos 2010 dan bermacam-macam lagi topik yang dekat di hati.

.

Tentu sahaja perbualan kami berempat adalah secara terbuka dan tanpa perlu berselindung atau berpura-pura. Tidak dapat tidak, kami terpaksa juga menyentuh mengenai Badut Paul Lathic apabila bercakap soal bahasa, sastera, negara bangsa dan sasterawan.

.

Mengenai Wira Bukit Sdn Bhd, Pak Samad menyebut dua perkara penting yang menandakan kejayaan: Satu, menuntut soal hak cipta. Dua, mewujudkan institusi yang mampu berperanan dalam soal karya (khasnya karya-karya Pak Samad).

.

Pak Samad dan Helmy turut berkongsi pandangan mengenai kebimbangan orang Melayu dalam soal hak dan peluang. Pandangan yang dibincangkan amat bernas dan objektif. Misalnya: Siapa sebenarnya yang menghalang peluang dan hak itu?

.

Ringkasnya, suatu pertemuan santai yang penuh dengan perbincangan topik-topik yang dekat di hati. Topik-topik yang terlalu penting untuk dibiarkan untuk diuruskan (baca: disalah urus) oleh kelompok tertentu; seperti dalam sajak “Gagak Parit” serta seperti kata Amir Muhammad: “politics is too important to be left to politicians.”

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!