Pokok rudraksha (ருத்ராட்சம்) atau pokok marble
blue tree mempunyai ketinggian 60–80
kaki (sekitar 2–2.5 meter) Pokok ini tumbuh subur di Himalaya (India), Nepal, Indonesia, Malaysia
dan China.
Dalam kitab suci penganut Hindu,
Rudra bermaksud nama Dewa Siva dan aksha bermaksud “titisan air mata”. Oleh
itu, rudraksha juga dikenali sebagai “titisan air mata Dewa Siva”. Penggunan biji rudraksha dalam kalangan penganut Hindu begitu sebati, dan sentiasa ada permintaan
tinggi terhadap biji rudraksha yang
tulen.
Biji rudraksha mempunyai struktur luaran yang
agak unik. Terdapat garis simetri yang berbeza bagi setiap bijih rudraksha dan bilangan garis ini akan
menentukan kategori rudraksha yang dikenali
sebagai “mugam” (muka).
Setiap
muka pula mewakili planet-planet tertentu serta mempunyai fungsi yang berbeza.
Sejak beribu-ribu tahun dahulu, para yogi
di India menggunakan rudraksha untuk
mendapatkan kekuatan diri dan mengekalkan kesihatan.
Dalam
bidang perubatan Ayurveda, rudraksha dikenali sebagai Raja Herba. Kehebatan rudraksha bukan sahaja dapat menyembuh
penyakit kronik, malah dapat mengekalkan keseimbangan emosi seseorang.
Tekanan
darah tinggi, kencing manis, kolestrol, masalah saraf, kanser dan jangkitan
kuman antara penyakit yang dapat disembuh dengan pengamalan terapi rudraksha. Selain itu, terapi ini juga dapat
membantu pesakit hipertensi dan tekanan jiwa.
Teknik terapi rudraksha sangat
mudah untuk diamalkan. Salah satu teknik terapi yang paling mudah adalah terapi deria rasa (Tactual Rudraksha Therapy)
dengan memakai kalung rudraksha yang
diikat menggunakan benang sutera berwarna merah atau hitam. Pemilihan muka (mugam) rudraksha bagi terapi ini adalah berdasarkan masalah yang dihadapi
oleh seseorang.
Terapi visual (Visual Rudraksha Therapy)
pula memerlukan seseorang individu bermeditasi menggunakan rudraksha yang dipilih. Proses ini bertujuan mewujudkan keharmonian dalam jiwa
seseorang. Selain itu, rudraksha
juga dijadikan ubat dengan menggunakan
daun atau bijinya.
Pada masa kini, terapi rudraksha
mula kembali mencuit perhatian orang ramai, terutamanya masyarakat Barat. Sejak
5,000 tahun dahulu, pengamalan terapi rudaksha
sudah menjadi kebiasaan di India. Pengamalan terapi ini dalam kalangan
masyarakat India di Malaysia pada masa kini jelas membuktikan terapi ini sangat
berkesan dan tahan diuji zaman.
Baca juga — Thali, Rantai
Perkahwinan Wanita India —
Pemakaian Sari Dalam
Kalangan Wanita Tamil —
Paramapatam,
Permainan Ular dan Tangga —
Kolattam
Memupuk Perpaduan —
Alat Muzik Thavil dan Nadasvaram — Nama-nama dari
Sangakalam —
Dewa
Ganesha Ketinggalan Zaman.
[Esei
ini ditulis oleh Susila Ramasamy sebagai salah satu usaha kecil-kecilan membantu Bangsa
Malaysia mengenali budaya India/Hindu, serta
“menyelamatkan” budaya India/Hindu daripada dicuri pihak lain. © Susila
Ramasamy 2018.]