2 Aug 2012

Ayurveda: Petua Panjang Umur



Masyarakat dunia memperakukan ayurveda sebagai sistem perubatan tertua serta dipercayai akan terus digunakan hingga akhir zaman. Kenyataan ini mungkin kedengaran keterlaluan. Namun, sekiranya sejarah dan keistimewaan ayurveda diteliti, pasti akan diakui kebenaran kata-kata tersebut.

Ayurveda adalah perkataan Sanskrit yang bermakna “sains kehidupan” di mana “ayur” bermaksud “hayat” atau “hidup” dan “veda” bermakna “ilmu” atau “pengetahuan”.

Ilmu ini diperturunkan secara lisan dari generasi ke generasi di Benua Kecil India sejak zaman dahulu. Segala maklumat ayurveda hanya dikumpulkan dalam teks bertulis sekitar lima ribu tahun lalu. Individu yang bertanggungjawab menulis teks berkenaan ialah Vyasa, seorang alim dan pakar perbuatan yang turut menulis/menyelenggarakan Mahabharata, 18 purana dan kitab-kitab veda.

Maka tidak menghairankan bahawa maklumat berkaitan ayurveda juga terdapat dalam empat kitab veda terkenal budaya India iaitu Rigveda, Samaveda, Yajurveda dan Atharvaveda. - Baca makalah penuh dalam Mandala Bicara.

(Uthaya Sankar SB gemar mendalami ilmu berkaitan budaya kaum India dan mengungkapkannya dalam Bahasa Malaysia supaya boleh difahami dan dihayati oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.  Makalah ini diperkemaskan pada 30 Mei 2012 dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 11 Jun 2012.)