11 Jan 2024

Mengulas Cereka Guluji

Saya (Uthaya Sankar SB) sedang mencari sukarelawan untuk membaca dan mengulas salah satu cereka berkaitan watak Guluji:

1 - “Cerita Guluji Tentang Asal Usul Bumi

2 - “Menghadiri Ceramah Khas Datuk Guluji

3 - “Datuk Guluji dan Para Dewa

4 - “Kisah Guluji Bertemu Dewa Indra

Harap maklum bahawa kisah-kisah cereka ini adalah sebahagian siri tulisan mengenai kultus (cult) dan ajaran sesat (heresy) dalam kalangan umat Bukan Islam. Sesiapa yang mungkin berasa kurang selesa dengan topik seperti ini dinasihati supaya tidak menawarkan diri menjadi pembaca dan pengulas.

Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran. Teks dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.

Gerak kerja:

1. Sukarelawan mendaftar nama dengan mengirim biodata ringkas dan foto profil ke WhatsApp 011-11411952. [Rujuk contoh pada reaksi “pembaca beta” di bawah.]

2. Sukarelawan memilih satu cereka Guluji yang mahu diulas. Pilih satu sahaja dari senarai di atas.

3. Tarikh tutup mendaftar nama: 13 Januari 2024 (7:00 malam)

4. Saya akan mengirim lima (5) soalan mudah untuk dijawab. Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.

5. Sukarelawan mengirim jawapan bagi lima (5) soalan selewat-lewatnya pada 15 Januari 2024 (7:00 malam).

6. Kesemua jawapan/reaksi akan disunting dan disiarkan di blog serta dipromosi menerusi media sosial.  [Reaksi Anuradha Chelliah] - [Reaksi M. Mahendran]

Berikut contoh reaksi “pembaca beta” sebelum ini: [Scammer – Anuradha Chelliah] – [Scammer – Razlina Razali] – [Guruji dari Jaisalmer] – [Anak Bunian]

Hubungi WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.