Pengenalan
Pada masa
sekarang, terdapat 530 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh
negara, di mana lebih 130 buah terdapat di negeri Perak manakala hampir 100
buah lagi di negeri Selangor. Buat masa ini juga, sekitar 45% kanak-kanak kaum
India dilaporkan belajar di SJKT manakala selebihnya (55%) di Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan sebagainya. Maklumat
terperinci boleh dibaca dalam buku Suvarna Bhumi (2022) dan Dewi
Pertiwi (2024).
Bahan Bacaan Bahasa Malaysia
Pelbagai
kepincangan, masalah, isu, kelemahan, dan kekurangan di SJKT sering dilaporkan
di akhbar Tamil serta diperkatakan di media sosial. Salah satu perkara yang boleh
dan wajar diberi perhatian adalah penyediaan bahan bacaan bermutu dalam Bahasa Malaysia bagi murid-murid di
SJKT. Perlu diakui bahawa pihak sekolah mungkin menghadapi kekangan dana untuk
membeli buku Bahasa Malaysia bagi perpustakaan sekolah. Pada masa sama, terlalu
banyak buku cerita Melayu dalam pasaran yang kurang sesuai (malah bercanggah) dengan
budaya, agama, dan keperluan murid-murid kaum India-Hindu. Menyedari situasi
ini, saya (Uthaya Sankar SB) bercadang mengumpul
sumbangan dana (wang) daripada orang ramai bagi menghantar buku cerita Bahasa
Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan, iaitu penulis kaum India
yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.
Senarai Buku Dicadangkan
Buku-buku
yang sedia ada dalam simpanan dan mampu diberi pada harga kos sahaja dipilih
bagi tujuan kempen ini. Aspek kesesuaian bahan bacaan bagi murid SJKT juga
diambil kira. Buku-buku ini boleh ditempatkan di perpustakaan sekolah supaya
boleh dibaca oleh semua murid dan guru.
Pakej |
Judul Buku |
Kos (Termasuk Pos) |
Satu |
Vetalam dan Vikramaditya (2020) Peluru
Aksara
(2020) Landasan
Hidup
(2020) Lakaran
Diri
(2022) |
RM30 |
Dua |
Vetalam dan Vikramaditya (2020) Peluru
Aksara
(2020) Landasan
Hidup
(2020) Lakaran
Diri
(2022) Thirukkural dan Megha Duta (2018) Bhagavad Gita (2021) |
RM50 |
Tempoh Kempen
Sumbangan
dibuka sehingga 31 Mei 2024 (6:00
petang). Penghantaran buku dilakukan dari semasa ke semasa menggunakan Flash Express.
Cara Memberi Sumbangan
Berikut
langkah yang perlu diikuti jika anda sudi dan berminat memberi sumbangan bagi
menjayakan kempen ini.
1. Pilih “Pakej Satu (RM30)” atau “Pakej
Dua (RM50)”
2. Buat bayaran ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB)
3. Kirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952:
A. Nama anda:
B. Nombor telefon anda:
C. Tarikh deposit:
D. Pakej: Satu (RM30) / Dua (RM50)
E. Nama sekolah:
F. Alamat sekolah: (lengkap)
G. Nombor telefon sekolah:
Cara Penghantaran Buku
Buku dikirim melalui pos ke sekolah pilihan penyumbang. Sepucuk surat dilampirkan di mana nama
dan nombor telefon penyumbang dinyatakan. Surat ini supaya pihak sekolah tahu
maklumat penyumbang dan boleh menghubungi penyumbang untuk mengucapkan terima
kasih. Salinan pdf surat berkenaan turut diberi kepada penyumbang sebagai bukti dan rujukan.
Senarai Sekolah Tamil
Terdapat 530 buah SJKT di Malaysia pada masa sekarang. Senarai alamat SJKT yang ada pada saya ialah di Perak (134), Selangor (99), Johor (70), Negeri Sembilan (61), Kedah (59), Pahang (41), Pulau Pinang (28), Melaka (21), Kuala Lumpur (15), Perlis (1), dan Kelantan (1). Jika penyumbang tidak mahu memilih mana-mana sekolah secara khusus, sekurang-kurangnya boleh memilih negeri yang diingini.
Senarai Penerima
Berikut senarai sekolah yang menerima sumbangan buku. Terima kasih kepada para penyumbang yang membantu menjayakan kempen ini.
- SJKT Arumugam Pillai, Bagan Serai, Perak
- SJKT Barathi, Hutan Melintang, Perak
- SJKT Bedong, Bedong, Kedah
- SJKT Bestari Jaya, Batang Berjuntai,
Selangor
- SJKT Bukit Darah, Sungai Buloh, Selangor
- SJKT Changkat Asa, Kuala Kubu Bharu,
Selangor
- SJKT Dato K. Pathmanaban, Rompin, Negeri
Sembilan
- SJKT Jebong Lama, Simpang, Perak
- SJKT Kampong Baru Batu, Matang, Perak
- SJKT Kampung Columbia, Ayer Tawar, Perak
- SJKT Kamunting, Kamunting, Perak
- SJKT Kangar, Kangar, Perlia
- SJKT Ladang Allagar, Trong, Perak
- SJKT Ladang Getah Taiping, Trong, Perak
- SJKT Ladang Holyrood, Selama, Perak
- SJKT Ladang Lauderdale, Simpang, Perak
- SJKT Ladang Malaya, Selama, Perak
- SJKT Ladang Matang, Matang, Perak
- SJKT Ladang Mayfield, Tasek Gelugor, Pulau
Pinang
- SJKT Ladang Pasir Gajah, Kuala Krai,
Kelantan
- SJKT Ladang Selinsing, Semanggol, Perak
- SJKT Ladang Sin Wah, Kamunting, Perak
- SJKT Ladang Stoughton, Batu Kurau, Perak
- SJKT Ladang Tanah Merah, Lukut, Negeri
Sembilan
- SJKT Ladang Tekal, Kuala Krau, Pahang
- SJKT Ladang Temerloh, Trong, Perak
- SJKT Ladang Vallambrosa, Kapar, Selangor
- SJKT Ladang Yam Seng, Semanggol, Perak
- SJKT Natesa Pillay, Teluk Intan, Perak
- SJKT Pangkor, Pangkor, Perak
- SJKT Pondok Tanjung, Pondok Tanjung, Perak
- SJKT Pulau Sebang, Tampin, Melaka
- SJKT Ramakrishna, Georgetown, Pulau Pinang
- SJKT Selama, Selama, Perak
- SJKT Subramaniya Barathee, Gelugor, Pulau
Pinang
- SJKT Sungai Bakap, Sungai Jawi, Pulau
Pinang
- SJKT Taman Permata, Dengkil, Selangor
- SJKT Thamboosamy Pillai, Sentul, Kuala
Lumpur
- SJKT Thiruvalluvar, Alor Setar, Kedah
- SJKT Tun Sambanthan, Bidor, Perak
- SJKT Ulu Sepetang, Taiping, Perak
- SJKT YMHA, Taiping, Perak
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada
sebarang pertanyaan, sila hubungi uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 31 Mei 2024 (6:00 petang).