7 Feb 2024

Sesi Bicara Dewi Pertiwi

Sesi ini diatur khusus untuk rakan-rakan yang sudah memiliki kumpulan esei Dewi Pertiwi (2024). Sesiapa yang belum membeli dan membaca buku ini tidak dibenarkan menyertai sesi tertutup ini.

 

Tarikh: 15 Februari 2024 (Khamis)

Masa: 9.00 – 10.00 malam [Waktu Kavyan]

Pelantar: Google Meet

Bahasa pengantar: Bahasa Malaysia

Tarikh tutup: 14 Februari 2024 (9:00 malam)

 

Gerak kerja adalah seperti berikut:

1. Individu yang berminat mendaftar dengan menghubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya Sankar SB).

2. Peserta mengirim minimum satu soalan yang memenuhi kriteria berikut selewat-lewatnya pada 14 Februari 2024 (9:00 malam):

2A. Soalan yang ditujukan khusus kepada penulis (Uthaya) berkaitan buku Dewi Pertiwi untuk dijawab semasa sesi Google Meet.

2B. Soalan umum untuk dibincangkan bersama oleh para peserta semasa sesi Google Meet. Sebaik-baiknya soalan ada kaitan dengan topik yang diperkatakan dalam buku Dewi Pertiwi.

3. Pautan (link) Google Meet dikirim kepada para peserta pada pagi 15 Februari 2024. Harap maklum bahawa hanya individu yang mengirim soalan dianggap sedia menjadi peserta.

4. Sesi Bicara Dewi Pertiwi berlangsung selama satu jam sahaja, iaitu dari 9:00 malam hingga 10:00 malam [Waktu Kavyan].

5. Para peserta diminta memastikan mikrofon dan kamera terpasang (on) sepanjang sesi.

6. Sesi dimulakan dengan Uthaya menjawab soalan-soalan 2A, diikuti perbincangan topik 2B. Soalan tambahan hanya dibenarkan jika ada masa.

7. Sesi dirakam dan mungkin didokumentasi di YouTube serta dikongsi di media sosial.

8. Sesi dihentikan sebaik cukup satu jam. Tidak ada masa tambahan diperuntukkan.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Uthaya.