Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping dimulakan
pada tahun 2016 – maklumat di sini. Akibat penularan
wabak Covid-19 pada awal tahun 2020,
aktiviti secara bersemuka tidak dapat diteruskan.
Dalam usaha
menyediakan ruang aktiviti dan program bahasa, sastera, seni, dan budaya
berasaskan Bahasa Malaysia bagi penduduk sekitar Taiping, Perak,
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan
Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping menggerakkan semula program di Aulong
pada tahun 2022.
Acara “Temasya Bahasa” di bawah program Semarak Bahasa dan Sastera Kebangsaan
pernah diadakan di kuil ini pada 19 Mei 2019 – maklumat
di sini. Ruang dewan terbuka yang sudah siap dibina
menyediakan tempat yang cukup luas dan selesa untuk menjalankan aktiviti.
Program Dirgahayu
Bahasa Malaysia @ Aulong (12 November 2022) mendapat sambutan
menggalakkan. Aktiviti susulan diatur hasil maklum balas peserta dan
perbincangan dengan ibu bapa yang menghadiri program berkenaan.
Program
Program Temasya Bahasa
di Kuil bertujuan memupuk minat membaca bahan bacaan bermutu Bahasa
Malaysia dalam kalangan penduduk di sekitar Aulong. Bahan bacaan yag dimaksudkan
termasuk akhbar, majalah, buku, e-buku (e-book),
buku digital, dan bahan bacaan dalam talian (online). Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan dalam
komuniti, serta dalam kalangan peserta pelbagai peringkat umur.
Objektif
1. Memupuk minat membaca karya Bahasa Malaysia
2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai
3. Menggalakkan peserta menjadikan
membaca sebagai aktiviti sekeluarga
4. Berkongsi panduan aktiviti didik
hibur (edutainment) berasaskan buku
5. Memperkenalkan karya yang
dihasilkan para Sasterawan Kavyan
Penganjur Bersama
Jawatankuasa
Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan)
Tarikh
23 Mac 2024
(Sabtu)
Masa
10:00 pagi –
4:00 petang
Tempat
Dewan
Terbuka Kuil Sri Maha Sivalayam
860-D
Lorong 9, Aulong, 34000 Taiping, Perak
Panduan Waze
Kovil Sri
Maha Sivalayam Aulong
Syarat dan Panduan Penyertaan
1.0 Terbuka kepada masyarakat majmuk
(semua kaum, agama) di sekitar Aulong, Taiping
2.0 Penyertaan dibuka mengikut kategori
berikut:
2.1 Kanak-kanak (umur 7-12 tahun) – lima (5) peserta
2.2 Remaja (umur 13-17 tahun) – lima (5) peserta
2.3 Belia (umur 18-29 tahun) – lima (5) peserta
2.4
Dewasa (umur 30-60 tahun) – lima (5) peserta
3.0 Peserta wajib mampu
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia
4.0 Peserta wajib menyertai program
sepenuhnya. (Jika datang lewat atau pulang awal, maka tidak diiktiraf sebagai
peserta dan tidak layak menerima sijil penyertaan.)
5.0 Peserta perlu ada minat membaca buku
(mana-mana bahasa)
6.0 Hanya peserta berdaftar dibenarkan
hadir. (Sesiapa yang tiba-tiba datang pada tarikh program tidak diterima walau
atas apa alasan sekali pun) [Sudah ditutup]
7.0 Individu yang mendaftar tetapi
gagal hadir, maka tidak dibenarkan menyertai program seterusnya
Cara Mendaftar
Sila kirim
maklumat berikut secara berasingan bagi setiap peserta ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). [Sudah ditutup]
1. Nama Penuh Peserta:
2. Nombor MyKad/MyKid
Peserta:
3. Alamat Rumah (lengkap):
5. Nombor Telefon/WhatsApp:
Tarikh Tutup
Pendaftaran
ditutup pada 15
Mac 2024 (10:00 malam). Pendaftaran ditutup lebih awal jika sudah cukup 20 peserta. [Sudah ditutup]
Rangka Atur Cara
10:00 pagi
Ketibaan peserta berdaftar
Sarapan tidak disediakan
Suai kenal
10:30 pagi
Sesi 1 – Aktiviti Berkumpulan 1
12:00 tengah hari
Makan tengah hari
12:30 tengah hari
Sesi 2 – Aktiviti Berkumpulan 2
2:00 petang
Sesi 3 – Aktiviti Berkumpulan 3
3:30 petang
Komen ketua setiap kumpulan
Ucapan pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil (En.
Surendran)
Sesi fotografi berkumpulan
(Nota: Sijil digital akan dikirim kepada
peserta menerusi WhatsApp)
Minum petang
Bersurai
Maklumat Lanjut