25 Feb 2024

Kemalangan Yang Konon “Tidak Berlaku”

Pada 26 Februari 1994, sekitar 12:30 tengah hari, saya dilanggar sebuah kereta (SA900F, Alfa Romeo, merah) yang terbabas di lebuh raya.

Akibatnya, saya mengalami kecacatan kekal (wrist drop) pada tangan kiri—walaupun ramai tidak perasan. Saya juga terpaksa mengulangi setahun pengajian di Universiti Malaya.

Mahkamah pada 1999 memutuskan “tiada bukti kemalangan itu berlaku”—walaupun abang saya, Sivasankar, melihat sendiri insiden itu di depan mata. Maknanya, tiada sebarang pampasan bagi kecacatan dialami pada usia 21 tahun.

Namun, 30 tahun kemudian, saya masih aktif menulis—menaip sebelah tangan [video di sini]. Kisah bagaimana saya mula terlibat dalam bidang penulisan boleh dibaca di sini.

Jika anda mahu tunjukkan sokongan, miliki buku-buku saya—untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan kepada orang lain. Klik [di sini] untuk senarai buku.

Anda juga boleh membaca tulisan saya di portal Sastera Kavyan, atau mengikuti perkembangan saya di Facebook, Twitter, dan Instagram. Sudilah berkongsi (share) mana-mana paparan yang menarik di media sosial saya sebagai tanda sokongan moral.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!

Free the Bitches!

“Ini bukan lagi pemberontakan. Ini penebusan!” Suara serak itu bergema di antara kandang kayu dan dinding konkrit makmal pembiakan yang se...