Tuesday, 12 November 2019

Mari Menulis Cerpen Pertama Anda!


Program: Mari Menulis Cerpen Pertama (atau Kesepuluh) Anda!
Tarikh: 14 Disember 2019 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 2:00 petang
Tempat: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Yuran: RM10.00 sahaja

Sesi khas ini diadakan bagi membimbing orang ramai yang berminat mempelajari teknik menghasilkan karya kreatif, khususnya cerpen Bahasa Malaysia.

Individu yang langsung belum pernah menulis sebarang karya digalakkan menyertai sesi khas ini — Baca maklumat di sini

Individu yang sudah ada pengalaman tetapi masih bersedia untuk belajar juga dialu-alukan mendaftar sebagai peserta.

PENDAFTARAN HANYA SAH APABILA BAYARAN SUDAH DIBUAT. PERMINTAAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN TUNAI PADA TARIKH PROGRAM TIDAK AKAN DILAYAN.

Langkah mudah untuk mendaftar:

1. Bayar yuran RM10.00 ke akaun Perunding Media – CIMB – 8600563781

2. Kirim maklumat diri (Nama Penuh) serta tarikh dan masa bayaran yuran ke WhatsApp 011-11411952

Pendaftaran dibuka sehingga 10 Disember 2019, tetapi akan ditutup lebih awal jika sudah ada 10 peserta berdaftar. Yuran tidak dikembalikan jika peserta gagal hadir.

Menerusi sesi khas ini, peserta akan memahami asas penulisan cerpen bermutu. Uthaya Sankar SB bakal berkongsi pelbagai panduan dan pengalaman yang akan membolehkan karya sulung anda menarik perhatian editor.

Bagi peserta yang sudah ada pengalaman menulis, sesi ini boleh membantu anda lebih bersemangat menghasilkan cerpen bermutu yang bakal memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.

Pilihan kini di tangan anda! Anda boleh terus mencari seribu satu alasan untuk tidak menimba ilmu; atau membuat keputusan bijak dengan menyertai program ini untuk mengorak langkah awal menjadi penulis yang berjaya.

Oh ya! Peserta berdaftar akan menerima buku berharga RM20 apabila menghadiri bengkel ini. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 10 Disember 2019.